Dipercayai Mampu Terbalikkan Kapal Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Ramai Tak Tahu
Pasti ramai diantara kita yang sangat menyukai bunyi ombak membadai pantai. Ya benar, bunyi tersebut boleh menjadi terapi kerana terdapat elemen ketenangan di dalamnya.
Pun begitu, tahukah anda bahawa ombak ini juga mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri antaranya ialah ombak yang berbentuk petak. Pasti ramai yang tidak pernah mendengar mahupun melihat sendiri bentuk sebenar ombak yang dimaksudkan ini.
Namun yang pastinya, anda disarankan untuk mengelak daripada mandi di pantai ketika fenomena ombak berbentuk petak ini berlaku. Ini kerana, ombak berbentuk petak ini diklasifikasikan sebagai merbahaya.
Bentuknya mungkin akan membuatkan anda menjadi teruja kerana ianya sangat unik dan cantik untuk disaksikan. Namun perlu diingatkan bahawa arus yang terdapat di bawah rupa ombak yang unik ini adalah sangat ganas.
Ianya dikatakan sangat bahaya kerana mampu untuk menterbalikkan kapal laut yang bersaiz besar. Bagaimana ia mampu untuk menterbalikkan kapal besar? Seperti yang diketahui, kapal direka untuk menahan hentaman ombak daripada satu arah dan membelah ombak secara hadapan.
Namun begitu, jika ombak datang daripada arah berlainan dalam masa yang sama seperti yang terjadi dalam fenomena ombak berbentuk petak ini, kapal laut yang bersaiz besar bagaimana pun mampu terbalik akibat daripada ombak ini.
Ombak berbentuk petak ini dikenali sebagai “cross sea”. Fenomena ini terhasil apabila ombak tersebut bertemu dengan ombak yang datang daripada berlainan arah.
Secara lazimnya, ianya berlaku apabila angin yang meniup kencang dari satu arah bertembung dengan tiupan angin yang sama kencang dari arah yang bertentangan.
Fenomena ini kerap terjadi di salah sebuah kawasan yang terletak di perairan negara Perancis iaitu di kawasan Pulau Île de Ré.
Ianya mungkin jarang berlaku dan kemungkinan untuk ianya terjadi adalah sebanyak satu per sepuluh. Namun jikalau ianya terjadi di hadapan mata anda, segeralah meninggalkan kawasan tersebut dan utamakan keselamatan diri anda.
Sumber: Newsmagazine.com
The post (Video) Dipercayai Mampu Terbalikkan Kapal, Fenomena Ombak Berbentuk Petak Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/fenomena-ombak-berbentuk-petak/