Dipenjara Ketika Wabak Kami Dilayan Seperti Binatang


Low Choon Chyuan
LAPORAN KHAS | Hari sudah lewat malam. T duduk bersandar pada dinding sel sementara di Penjara Pengkalan Chepa, mendengar rakan satu selnya berdengkur.
“Aku tak boleh tidur lagi, kena tunggu …” dia memujuk diri sendiri sambil memandang rakan-rakan lain yang sedang tidur rapat-rapat.
T sedang menunggu gilirannya untuk tidur. Dia menunggu salah seorang daripada rakan sel bergerak atau beralih badan. Kalau mereka terjaga, dia akan cepat-cepat bertanya: “Boleh saya baring pula? Rasa tak sedap badan.”
Barulah dia akan baring menyelit di celah-celah batang tubuh itu, sehinggalah dia juga dikejutkan oleh rakan lain yang menunggu giliran untuk baring.
Imbau bekas banduan itu, semua orang di dalam sel sementara itu susah hendak tidur. Dengan ruang yang sempit, mereka terpaksa tidur berselang-seli, kepala menghadap kaki banduan lain di sebelah.
T sudi bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat dia tidak dinamakan.
Dia menceritakan pengalamannya menjalani hukuman penjara dari 2019. Katanya, sesetengah banduan di sel sementara itu memang tidak mempunyai pilihan selain duduk dan menunggu giliran untuk tidur.
Katanya, jika ada yang enggan berbuat demikian, pergaduhan boleh tercetus di sel pada tengah-tengah malam.
Meskipun T pernah ditempatkan di sel yang berbeza saiz, katanya, semuanya sendat. Hendak bergerak pun susah, apatah lagi jika mahu memastikan penjarakan fizikal di bawah prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Dia teringat papan notis yang menyatakan kapasiti penjaranya adalah 1,500 banduan, tetapi dakwanya, terdapat hampir 3,000 banduan di situ.
“John” pula mula menjalani hukuman di penjara Selangor akhir Ogos lalu dan dipindahkan ke satu penjara lain beberapa bulan kemudian.
Ketika dipindahkan ke penjara kedua, gelombang ketiga Covid-19 tercetus. Kata John, banduan baru terus-terusan masuk sehingga sel penuh seperti “tin sardin”. Banduan harus bersesak-sesak untuk tidur supaya semua orang mendapat sedikit ruang.
Kata John, dia mendapat insomnia memandangkan tiada ruang untuk dia menggerakkan badan. Tapi akhirnya, dia terbiasa dengan keadaan itu.
John menunjukkan bagaimana banduan menyusun diri mereka untuk tidur dalam sel sempitBerdasarkan jawapan bertulis di Parlimen daripada Menteri Dalam Negeri pada Jun 2019, 26 daripada 38 penjara di Malaysia mengalami kesesakan melampau- melebihi kapasiti asal, dengan empat penjara menempatkan bilangan banduan hampir dua kali ganda daripada kapasiti maksimum.
Kebersihan diri terabai
Apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020, keadaan menjadi semakin buruk.
Pada 17 Dis 2020, berdasarkan data Jabatan Penjara Malaysia bertarikh 9 Nov 2020, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bahawa 39 penjara di seluruh negara dengan kapasiti maksimum 44,620 banduan, harus menempatkan 64,732 banduan - kesesakan melebihi kapasiti sehingga 39.45 peratus atau 18,312 banduan.
Pada 6 Okt, dilaporkan bahawa Jabatan Penjara merancang untuk melepaskan 11,018 pesalah kecil - mereka yang dihukum penjara kurang setahun dengan baki hukuman kurang tiga bulan - bagi mengurangkan kesesakan di penjara.
Bagaimanapun, pendekatan ini ditolak, dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata undang-undang sedia ada tidak membenarkan kerajaan membebaskan banduan sebelum mereka menghabiskan hukuman mereka.
Meskipun Jabatan Penjara, ahli-ahli parlimen dan NGO telah memberikan amaran kepada kerajaan berhubung kesesakan melampau di penjara, isu itu masih tidak diselesaikan, menyebabkan banduan di penjara menjadi pencetus penularan wabak Covid-19.
 Bukan sahaja ruang yang terhad, penjara juga tidak menyediakan barangan kebersihan peribadi seperti tuala, sabun, ubat gigi atau berus gigi, apatah pensanitasi tangan dan pelitup muka - yang penting dalam mencegah jangkitan Covid-19.
Ketika T dan John mula-mula masuk ke penjara, mereka diberikan sepasang baju seragam penjara, dua buku sabun, ubat gigi dan berus gigi. Meskipun ada kedai di penjara, ia memerlukan pelawat untuk membayar barang-barang yang mahu dibeli oleh banduan.
Kekurangan barangan penjagaan diri menyebabkan keadaan kebersihan yang teruk di penjara. Pengurus pembangunan komuniti (penjara dan ketagihan) Malaysian Care, Sam Lim (bawah) selalu mengunjungi penjara di Malaysia. Katanya, penjara berbau busuk kerana kekurangan sabun.
“Apabila kamu berada dekat dengan banduan, kamu akan tertanya-tanya apakah lelaki ini mandi atau tidak? Mereka mandi, tapi cuma dengan air sahaja.
“Jabatan Penjara kekurangan bajet. Apabila kamu masuk, kamu akan diberikan dua buku sabun. Kalau sudah habis dan tak ada orang datang melawat kamu dan membelikan barangan keperluan itu, kamu terpaksalah bergantung pada rakan,” kata Lim.
Bergantung pada rakan dalam kesusahan
Jika tak ada yang sudi berkongsi sabun atau ubat gigi, banduan akan berdepan kesukaran menjaga kebersihan diri seadanya. Kata Lim, sesetengah penjara perempuan bahkan kekurangan tuala wanita.
John berkata, setelah dia masuk ke penjara, dia mula sedar kepentingan untuk bergantung pada orang lain. Setiap banduan diberikan sehelai selimut yang merupakan barang penting bagi menghadapi suhu sejuk awal pagi di penjaranya yang terletak di kawasan berbukit.
Tapi, untuk mengelak daripada dipukul, John dan beberapa banduan baru harus menyerahkan selimut mereka kepada banduan-banduan senior yang gemar menggunakan lebih daripada sehelai selimut. Akibatnya, ketika menggeletar pada waktu malam, John perlu meminta ihsan banduan di sebelahnya untuk berkongsi selimut dengannya.
John berjaya mendapat selimut dan sepasang seluar menerusi seorang rakan baru. “Dia ambil daripada banduan lain. Kita perlu ada kawan dekat dalam. Kalau dapat (kawan), okey, kalau tidak, sangat susahlah.”
 T bersetuju bahawa pentingnya berkawan di penjara. Dia teringat, jika ada banduan yang mempunyai makanan lebih atau snek, pergaduhan akan tercetus.
“Makanan dekat dalam (penjara) sangat teruk, semua orang tahu mereka tak basuh sayur, ada pasir dalam (masakan),” katanya.
John turut bersetuju. Katanya, dia selalu menahan lapar kerana nasi yang disediakan semasa waktu makan tidak cukup.
T mendedahkan sebelum dia dibebaskan, dia dapat menikmati makanan yang lebih baik dan snek lazat sehingga berat badannya juga naik selepas dia berkawan dengan seorang “abang besar” dalam penjara.
Untuk tandas pula, T berkata, ada dua jenis sel. Satu yang lengkap dengan tandas dan tiub air. Jika tidak cukup air minuman, banduan terpaksa menyedut air daripada tiub air berkenaan.
Sejenis sel lagi ialah sel sementara untuk banduan baru, yang tiada tandas atau pun pili air. Sebaliknya, banduan diberikan baldi hitam untuk kencing atau berak.
“Ada baldi plastik hitam, kami duduk di atasnya untuk kencing dan berak. Selepas itu, kami bersihkan diri menggunakan satu lagi baldi berisi air”.
Risiko kesihatan
Menurut T, pengawal penjara akan mengagihkan air minuman, tetapi selalunya ia tidak mencukupi, lebih-lebih lagi jika sel penuh. “Apabila kami tak cukup air (minuman), apa boleh kami buat? Kami minum daripada itulah (baldi air),” keluhnya.
Selain minum air yang tidak bersih, dedah T lagi, penyakit kulit adalah masalah biasa dihadapi banduan ekoran persekitaran yang kotor. Dia menghidapi psoriasis di penjara manakala John dijangkiti staphylococcus aureus, menyebabkan kudis bernanah dan demam panas.
Ketika dia dipindahkan ke penjara kedua, dia menghadapi kudis buta (scabies) yang menyebabkannya berasa sangat sakit sehingga tidak dapat bergerak, bahkan memerlukan bantuan untuk mandi.
 John mendakwa di penjara kedua itu, pernah terjadi insiden keracunan makanan yang besar.
“Terdapat insiden keracunan makanan yang besar pada Januari. Kalau saya sahaja, tak apalah, tetapi 70 peratus rakan sel saya jatuh sakit akibat keracunan makanan.
“Kami beritahu pengawal tapi tak diendahkan. Bagaimana kalau kami dijangkiti Covid-19? Mereka hanya pantau kalau kami langgar apa-apa peraturan penjara, itu saja. Mereka tak ambil tanggungjawab ke atas kesihatan kami,” tambahnya.
Lama sebelum Covid-19 tercetus di penjara, pakar penyakit berjangkit telah memberi amaran bahawa penjara merupakan tempat penularan penyakit seperti HIV, tuberkulosis (batuk kering/TB) dan hepatitis, dan banduan boleh menjadi pembawa selepas dibebaskan.
 Berdasarkan kajian pada 2010 oleh Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aids (Ceria) Universiti Malaya bersama Universiti Yale, tahap jangkitan HIV di kalangan banduan adalah 15 kali lebih tinggi daripada populasi umum.
Pada 2014, satu kajian oleh pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman di Penjara Kajang menemukan bahawa sekitar 90 peratus banduan dijangkit TB laten (terpendam).
Kesesakan melampau membimbangkan
Senator DAP Liew Chin Tong yang juga Kumpulan Rentas Parti Parlimen Mengenai Reformasi Penjara Dan Tempat Tahanan Awam (KRPPM), memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah melawat beberapa penjara semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat.
“Ketika saya melawat beberapa penjara pada 2019, pengawal memberitahu saya bahawa masalah TB agak serius, rakan setugas mereka meninggal dunia tiba-tiba (setelah dijangkiti).”
Liew memberitahu bahawa jika isu kesesakan melampau penjara tidak ditangani, penularan wabak Covid-19 akan terus berulang kembali dan merebak menjadi jangkitan komuniti.
Portal berita kesihatan CodeBlue melaporkan bahawa pusat tahanan menyumbangkan kira-kira 5.62 peratus atau 523 kes daripada 9,316 kes Covid-19 yang dilaporkan dari 22 Feb hingga 2 Apr tahun ini.
Ini merupakan penyumbang keempat terbesar, selepas kilang (48.06 peratus), jangkitan komuniti (12.55 peratus) dan kawasan pembinaan (11.56 peratus). Ia mengatasi kawasan pendidikan (5.53 peratus) dan kawasan beli-belah/kedai (4.78 peratus).
Berkenaan pelepasan awal banduan kesalahan kecil bagi membendung masalah kesesakan melampau, KDN mendedahkan jawapan bertulis bertarikh 18 Julai 2019 di Parlimen bahawa kira-kira 61 peratus banduan tersebut menjalani hukuman untuk kesalahan berkaitan dadah.
Sam Lim memaklumkan bahawa kebanyakannya merupakan kesalahan kecil yang melanggar Seksyen 15 (1) (memasukkan dadah ke dalam badan atau mengambil dadah) dan Seksyen 12 (2) (pemilikan dadah), di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, akta itu cenderung melayan penagih sebagai penjenayah, berbanding sebagai pesakit yang perlu diubati. “Daripada menjadikan mereka penjenayah, kenapa tidak kita tangani isu itu daripada perspektif kesihatan? Ketagihan dadah ialah penyakit, kalau kamu tidak tangani ini, mereka akan kembali (menagih) apabila mereka keluar (dari penjara).”
Lim percaya sekiranya penggunaan dadah secara haram tidak dianggap sebagai kesalahan jenayah (decriminalised), kesesakan penjara akan dapat dikurangkan, sekali gus menjadikan keadaan kebersihan dan gaya hidup di penjara lebih baik.
Isu berulang
Peguam hak asasi manusia Sangeet Kaur Deo bersetuju bahawa sistem perundangan masa kini terlalu memfokuskan untuk menghukum, berbanding memulihkan, dan ini tidak membantu penagih sebaliknya mengasak mereka ke rangkaian jenayah lebih dalam, dibantu penjenayah berat yang ada di penjara.
“Bila mereka keluar, mereka hilang hubungan dan sokongan keluarga, dan mereka tak diambil bekerja (kerana) stigma, jadi apa mereka buat? Mereka kembali ke kancah jenayah.
“Kemudian mereka kembali ke penjara. Kita tak tangani masalahnya, kita cuma mengitar semula isu sama lagi dan lagi,” katanya yang juga ahli KRPPM.
 Sangeet Kaur DeoTambahnya, rawatan penagihan dadah bukanlah keutamaan di penjara. Katanya, sekiranya pengguna dadah menerima hukuman dua-tiga bulan, itu bukanlah tempoh yang cukup untuk program pemulihan yang berkesan.
Sementara itu, John mahupun T berkata banduan yang mengalami isu penagihan dadah tidak menerima sebarang rawatan di penjara.
Selepas penularan Covid-19 tercetus di beberapa penjara, penjara menghalang lawatan keluarga sementara aktiviti riadah dan keagamaan dibatalkan. Banduan tak dapat ke penjara, bahkan waktu rehat untuk banduan meninggalkan sel mereka juga dibatalkan.
John berkata, penjara pertama dia ditempatkan membenarkan banduan untuk meninggalkan sel dari jam tujuh pagi hingga dua petang untuk senaman.
Bagaimanapun, ketika dia dipindahkan ke penjara kedua, penjara mula mengetatkan langkah pencegahan Covid-19 dan dia langsung tidak dibenarkan untuk meninggalkan selnya.
Ahli keluarganya juga tidak dapat melawatnya dan sesi panggilan telefon juga disingkatkan, yang membuatkannya tertekan.
Ketika mahkamah ditutup akhir Oktober lalu, dia perlu perlu menunggu sehingga Februari untuk kesnya didengar. Meskipun dia dibebaskan apabila mahkamah kembali dibuka, dia kesal apabila harus menjalani tempoh penjara lebih lama daripada yang dijatuhkan ke atasnya.
Dia kini bergelut untuk mencari kerja di tengah wabak Covid-19.
T berkata Penjara Pengkalan Chepa tidak membenarkan banduan meninggalkan sel, kecuali untuk mandi pada waktu pagi, untuk mengambil makanan atau untuk aktiviti keagamaan (sejam setiap minggu), atau ketika mereka menerima pelawat.
 Katanya, selain daripada itu, banduan harus tinggal di sel. “Kami terkurung di sel kami 24 jam sehari. Tak ada aktiviti, atau televisyen, tak ada apa-apa.”
Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Jabatan Penjara Malaysia dan KDN berhubung isu yang dibangkitkan bekas-bekas banduan ini .
T kini sudah mendapat semula kebebasannya dan kini bekerja untuk sebuah syarikat pembinaan. Katanya, dia tidak mempunyai pendidikan tinggi.
T selalu menekankan bagaimana kehidupan penjaranya adalah terlalu sukar dan tidak tertanggung untuknya.
Katanya, banduan sering menyamakan penjara seperti Zoo Negara - mereka dilayan seperti binatang.

Grafik oleh Syariman Badrulzaman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/dipenjara-ketika-wabak-kami-dilayan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pks Kritik Rektorat Ui Soal Meme Jokowi Jangan Mengesankan Seperti Orde Baru

Pks Kritik Rektorat Ui Soal Meme Jokowi Jangan Mengesankan Seperti Orde Baru

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 256 hits
Lebih baik bertemulah secara akademik sambil menguatkan intelektualisme dan mendidik ujar Hidayat
Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

Kapasiti Vaksinasi Harian Di Selangor Lebih 80 000 Bukan 40 000 Seperti Didakwa Kj Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 206 hits
June 28 2021 Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah yang dihadapi di Selangor ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin bukan kapasiti mahupun jumlah PPV PETALING JAYA Kapasiti vaksinasi harian di 73 pusat pemberian vaksin di seluruh Selan...
Hiburan Ceria Seperti Selalu Siti Elizad Kembali Positif Setelah Tiga Hari Tanpa Telefon

Hiburan Ceria Seperti Selalu Siti Elizad Kembali Positif Setelah Tiga Hari Tanpa Telefon

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 211 hits
Setelah tiga hari mendiamkan diri atas isu dihina mandul pelakon Siti Elizad akhirnya kembali semula dengan keadaan yang lebih positif dan gembira AdvertisementElizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengakui bahawa buka...
Pemimpin Korup Sama Seperti Lampin Bayi Dah Penuh Kena Tukar Naim Daniel

Pemimpin Korup Sama Seperti Lampin Bayi Dah Penuh Kena Tukar Naim Daniel

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 251 hits
Berikutan pelbagai kontroversi mengaitkan ahli politik kebelakangan ini ramai pihak meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pemimpin bersikap lepas tangan dengan masalah yang menimpa rakyat Mana tidaknya ramai yang dikhabarkan mem...
Berang Tak Dilayan Dengan Baik Wanita Rosakkan Iphone Ipad Macbook Di Apple Store

Berang Tak Dilayan Dengan Baik Wanita Rosakkan Iphone Ipad Macbook Di Apple Store

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 277 hits
Berang tak dilayan dengan baik wanita rosakkan iPhone iPad Macbook di Apple StoreSeorang wanita tidak berpuas hati dengan layanan di premis Apple mengundang kemarahannya lalu merosakkan beberapa alat peranti seperti iPhones iPad dan Macbook...
Fenomena Ombak Ganas Seperti Tsunami Di China Yang Menggerunkan

Fenomena Ombak Ganas Seperti Tsunami Di China Yang Menggerunkan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 251 hits
FENOMENA OMBAK GANAS SEPERTI TSUNAMI DI CHINA YANG MENGGERUNKAN Pemandangan menakjubkan Sungai Qiantang Tide biasanya jatuh pada hari ke 18 bulan kelapan dalam kalendar lunar Cina Tahun ini fenomena oleh supermoon ini air pasang datang deng...
Group Video Calls Share Screen Melalui Voice Chats Telegram Sama Seperti Google Meet Zoom

Group Video Calls Share Screen Melalui Voice Chats Telegram Sama Seperti Google Meet Zoom

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 595 hits
Salam semua Bermula semalam 25 Jun 2021 aplikasi TELEGRAM melalui update terbaru kepada version 2 8 1 telah menambah fungsi panggilan video secara berkumpulan dan share screen melalui fungsi Voice Chats kepada semua peranti seperti telefon ...
Tiada Kenaikan Harga Tepung Gandum Seperti Yang Ditularkan Menteri

Tiada Kenaikan Harga Tepung Gandum Seperti Yang Ditularkan Menteri

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 147 hits
Umavathi RamayahSetakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum kata Datuk Alexander Nanta Linggi Gambar hiasan Unsplash KUALA LUMPUR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pe...
Bekalan Vaksin Tiba Seperti Dijadualkan Pm

Bekalan Vaksin Tiba Seperti Dijadualkan Pm

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh Muhyiddin Yassin bertanya khabar kepada orang ramai yang menunggu giliran untuk divaksin di PPV KLCC Kuala Lumpur hari ini Gambar FB KLCC SASARAN negara untuk mencapai tahap imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba