Dipenjara 3 Tahun Rompak Warga Emas Kerana Isteri Ingin Bersalin


 

Pemandu kontena yang merompak seorang warga emas akibat terdesak mencari wang untuk menampung perbelanjaan isterinya yang akan melahirkan anak kedua, hari ini dipenjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas Yap Chin Boon, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 6 September lepas.
Emilia Kaswati: Mengapa kamu melakukan kesalahan ini, cuba bayangkan, kalau orang yang dirompak itu adalah bapa kamu?”
Yap: Saya buat kerana terdesak isteri mahu bersalin. Saya buat bukan dengan sengaja, saya betul-betul insaf, saya mahu jumpa anak kedua yang baru dilahirkan, harap beri saya peluang sebab nak tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak saya.
Yap didakwa merompak antaranya sebuah kereta, dompet dan tiga kad bank milik pemandu perkhidmatan e-hailing, S. Marathamuthu, 68, bersenjatakan sebilah pisau di tepi Jalan Besar Kepong, Sentul, di sini, pada 7.30 malam, 5 September lalu mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal  ke atas tertuduh  mengambil kira mangsa adalah pemandu perkhidmatan e-hailing dan seorang warga emas manakala peguam Nicholas Cheoh yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara minima.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian tertuduh menaiki kereta yang dipandu oleh mangsa, tiba- tiba meminta mangsa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dengan alasan emaknya menunggu di hadapan jalan lalu tertuduh mengacukan sebilah pisau ke perut mangsa serta mencekik lehernya dari arah belakang.
Berlaku pergelutan antara mereka dan mangsa telah menolak tangan tertuduh dan terus keluar dari keretanya dan Yap seterusnya membawa lari kereta itu dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang bekas juruteknik dipenjara tiga tahun dan dua sebatan kerana cuba melakukan rompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan di tapak tangan terhadap seorang juruwang di sebuah kedai serbaneka.
Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas Tamilselvam, 24, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 27 Mac lepas.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Akhbar Hussien Jamaluddin, 19, di sebuah kedai serbaneka di Taman Jinjang Baru, Sentul di sini, pada 6.41 pagi, 27 Mac lepas, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh manakala Tamilselvam yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibunya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/dipenjara-3-tahun-rompak-warga-emas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Bersalin Tahun Hadapan Isteri Pelakon Jehan Miskin Kini Hamil

Bakal Bersalin Tahun Hadapan Isteri Pelakon Jehan Miskin Kini Hamil

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 432 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Jehan Miskin yang telah mengumumkan mengenai kehamilan pertama isrerinya Julie Camelia Rhee Berita tersebut dikongsikan pelakon terbabit menerusi Instagram pada Selasa View this post on Instagram A post shared...
Warga Emas Maut Mangsa Anak Lelaki Sakit Mental

Warga Emas Maut Mangsa Anak Lelaki Sakit Mental

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 468 hits
IPOH Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang sakit mental di rumah mereka di Kampung Rapat malam ini Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata kejadian berl...
Baru Jer Isteri Ali Selamat Bersalin Dan Anak Diberi Nama Seperti Nama Abam Sekali Ini Respon Emak Ali

Baru Jer Isteri Ali Selamat Bersalin Dan Anak Diberi Nama Seperti Nama Abam Sekali Ini Respon Emak Ali

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 551 hits
Awal pagi ini pelawak Ali Puteh berkongsi berita gembira dan mengucapkan rasa syukur tidak terhingga selepas isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka Isteri Ali Melati selamat nayi lelaki seberat 3 07 kilogram itu dilahirkan pada jam...
Covid 19 Kkm Kesan Kluster Pulau Libatkan Wanita Warga Emas Menjangkiti 8 Ahli Keluarganya

Covid 19 Kkm Kesan Kluster Pulau Libatkan Wanita Warga Emas Menjangkiti 8 Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 353 hits
Satu kluster COVID 19 baharu yang dinamakan Kluster Pulau telah dikesan di Kunak Sabah melibatkan seorang wanita 68 tahun yang menjangkiti lapan orang ahli keluarganya Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia wanita tersebut
Kebakaran Rumah Warga Emas Ditemui Rentung

Kebakaran Rumah Warga Emas Ditemui Rentung

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 444 hits
BUTTERWORTH Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah dua tingkat di Lorong Laksamana Taman Telok Molek di sini selepas kediaman itu musnah dalam kebakaran awal hari ini Ketua Polis Daerah Seberang...
Suami Isteri Sebak Berjaya Jumpa Semula Anak Yang Diculik 38 Tahun Lalu

Suami Isteri Sebak Berjaya Jumpa Semula Anak Yang Diculik 38 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 555 hits
Pasangan warga emas dikenali sebagai Su Bingde dan isterinya Huang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan anak lelaki mereka yang dilaporkan hilang setelah diculik 38 tahun yang lalu Selama 38 tahun pasangan tersebut tidak pernah sekal...
Hiburan Lima Tahun Menghilang Nomad Ingin Kembali Menyinar Menerusi Program Gegar Vaganza Musim Ke 7

Hiburan Lima Tahun Menghilang Nomad Ingin Kembali Menyinar Menerusi Program Gegar Vaganza Musim Ke 7

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 534 hits
Penyanyi yang namanya meningkat naik menerusi lagu Tetap Menantimu Nomad memberitahu akan kembali ke industri muzik tanah air menerusi penyertaannya dalam program realiti TV Gegar Vaganza musim ke 7 Mengakui merasa satu kerugian apabila tid...
3 Ditahan Samun Warga Emas

3 Ditahan Samun Warga Emas

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 444 hits
3 DITAHAN SAMUN WARGA EMAS JOHOR BAHRU Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kesa samun dan mencederakan seorang wanita warga emas di Taman Pelangi di sini pada 22 Ogos lalu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Moh...
Terima Kasih Allah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Rizman Bingkiskan Video Romantis Buat Isteri

Terima Kasih Allah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Rizman Bingkiskan Video Romantis Buat Isteri

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 599 hits
Terima kasih Allah Begitu yang dikongsikan oleh pereka fesyen terkemuka tanah air Rizman Nordin dalam sebuah video bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama Terima kasihnya tanda syukur kerana dianugerahkan seribu kebahagi...
Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers