Kebakaran Rumah Warga Emas Ditemui Rentung


Bernama
 
BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, di sini selepas kediaman itu musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, mayat Azali Saad, 64,  ditemukan dalam bilik yang disewanya di rumah itu pada kira-kira pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal bomba, kebakaran bermula dari sebuah bilik bahagian atas rumah sebelum merebak kerana bahagian atas rumah itu diperbuat dari kayu, menyebabkan api merebak dengan pantas, dan menurutnya punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Arwah menyewa sebuah bilik di situ, dan terdapat dua bilik lain yang turut disewa penyewa di rumah itu namun mereka sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat yang ditemukan dalam keadaan rentung itu telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk di bedah siasat.
Noorzainy berkata, dua penyewa lain termasuk seorang wanita bersama anaknya turut dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, ketika jentera bersama anggota dari Balai Bomba Penyelamat Butterworth tiba, api sedang marak, dengan bahagian atas rumah itu telah terbakar lebih 70 peratus.
“Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman dan mengawal supaya api tidak merebak ke rumah lain, dan kami dimaklumkan terdapat seorang penghuni di sebuah bilik tingkat atas terperangkap, tidak sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran.
“.. semasa ditemui di dalam bilik, lelaki itu didapati telah meninggal dunia,” katanya.
Katanya, sembilan jentera bersama 50 pegawai dan anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi pemadaman, dengan kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.15 pagi, dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/kebakaran-rumah-warga-emas-ditemui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Warga Emas Meletup Gara Gara Lalat

Rumah Warga Emas Meletup Gara Gara Lalat

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 239 hits
Menurut laporan Bbc seorang lelaki yang berusia 80 tahun telah meletupkan ruangan dapur rumahnya secara tidak sengaja gara gara mengejar lalat Kejadian ini berlaku pada waktu malam di Kampung Parcoul Chenaud Perancis Ketika warga emas itu i...
Dipercayai Pandu Dalam Keadaan Mabuk Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas

Dipercayai Pandu Dalam Keadaan Mabuk Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 411 hits
Baru sahaja berlaku petang tadi di mana seorang pemandu Honda City telah bertindak memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain Pada mulanya pemandu berkenaan memandu dalam keadaan tidak betul sebelum hampir...
Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 380 hits
Kes gangguan bekalan air di beberapa wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor telah mencetuskan kemarahan penduduk Menerusi tinjauan Gempak di media sosial rata rata netizen mengambil pendekatan berbeza untuk mendapatkan air Ada diantaranya men...
Pemerintah Minta Warga Tetap Pakai Masker Di Dalam Rumah

Pemerintah Minta Warga Tetap Pakai Masker Di Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 226 hits
Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak meminta masyarakat tetap memakai masker baik di luar maupun di dalam rumah guna mencegah potensi penyebaran virus corona di lingkungan keluarga Penggunaan masker di rumah juga untuk m...
So Jisub Derma Rm355 000 Bantu Warga Emas Tidak Berkemampuan Menjelang Perayaan Chuseok

So Jisub Derma Rm355 000 Bantu Warga Emas Tidak Berkemampuan Menjelang Perayaan Chuseok

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 395 hits
Rasa sejuk hati apabila pelakon yang diminati kita sering melakukan perkara yang baik kan Sama juga apabila So Ji sub yang dikhabarkan telah menderma untuk warga emas yang tidak berkemampuan baru baru ini Pada 21 September bantuan antaraban...
Banjir Bandang Terjang Sukabumi 2 Warga Hanyut Dan 85 Rumah Terendam

Banjir Bandang Terjang Sukabumi 2 Warga Hanyut Dan 85 Rumah Terendam

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 246 hits
Banjir bandang akibat anak sungai Cicatih meluap terjang sejumlah kampung di empat desa dan satu kelurahan di Kecamatan Cicurug Sukabumi Jawa Barat Data sementara Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Sukabumi menyebutkan desa dan k...
3 Ditahan Samun Warga Emas

3 Ditahan Samun Warga Emas

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 378 hits
3 DITAHAN SAMUN WARGA EMAS JOHOR BAHRU Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kesa samun dan mencederakan seorang wanita warga emas di Taman Pelangi di sini pada 22 Ogos lalu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Moh...
Rumah Tertimpa Pohon 2 Warga Klaten Terima Bantuan Rtlh

Rumah Tertimpa Pohon 2 Warga Klaten Terima Bantuan Rtlh

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 315 hits
Dua orang warga Klaten Sugito dan Yoto Diharjo menerima bantuan dana Program Bina Lingkungan Rumah Tinggal Layak Huni dari Perum Perhutani Kesatuan Pemangkuan Hutan Surakarta setelah rumah mereka rusak tertimpa pohon
Covid 19 Kkm Kesan Kluster Pulau Libatkan Wanita Warga Emas Menjangkiti 8 Ahli Keluarganya

Covid 19 Kkm Kesan Kluster Pulau Libatkan Wanita Warga Emas Menjangkiti 8 Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 288 hits
Satu kluster COVID 19 baharu yang dinamakan Kluster Pulau telah dikesan di Kunak Sabah melibatkan seorang wanita 68 tahun yang menjangkiti lapan orang ahli keluarganya Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia wanita tersebut
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord