Dinner Malam Semalam
Hi korang..
Hari ni SA bersiaran dari rumah Seremban. As usual work from home setelah 6 hari bekerja dari office sejak Rabu minggu lepas. Penat skit sebenarnya sebab berulang kan Seremban- Kuala Lumpur. Macam yang korang ketahui, SA kerja ikut rotation 3 hari bekerja dan 2 hari cuti. So hari ni sampai Selasa minggu depan SA akan bekerja dari rumah. Agak relaks sikit nampaknya walau hakikatnya takde la relaks macam mana pun. SA rindu betul nak "metime" la...selalunya kalau SA penat melampau, SA akan kemana- mana berdekatan untuk me time. Kali ni memang tak boleh kan..
Well nak citer pasal semalam. SA ambil cuti half day. Takde apa pun cuma nak rehat je..ingat keluar office pukul 12.30 tu boleh la SA balik cepat dan rehat kat rumah. hakikatnya non hado..tak dapek de sebab train ikut schedule baru. Next train nyer timetable masa tu pukul 2.30pm. Terpaksa la SA merayau- rayau ke NuSentral selepas makan sekejap kat The Chicken Rice Shop. Sorang? Harus la sorang...takkan berdua or beramai- ramai plak. Lepas makan...merayau sana sini walau dalam hati risau sangat. Pergi Sam Grocer beli Lamb slice. Dah janji ngan Dania dan Abah nak masak lamb grill nanti
Lepas settle semua SA balik. Sampai rumah Seremban 4.00pm lebih kurang
Bawah ni lauk SA masak untuk dinner...yang SA x masak lauk Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api tu. yang lain tu simple je kan so memang SA yang masak...
Kailan Goreng Ikan Masin
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api campur Daun Kunyit- Mak Masak
Telur dadar last minute requested by Dania
Pekasam Ikan Sepat...my fav and SA sorang je makan.
Makanya kita nangis kat bucu sofa sebab terpaksa makan nasi malam tadi.. Giler tak makan dah lauk sedap macam tu ha...macam mana badan x naik...tapi SA berjaya makan sesenduk nasi je...takde makan bertambah. Memang sedap makan nak plak ada pekasam baru sampai. Pekasam tu pun SA sorang jer layan. Kalau ada adik ipar orang Utara tu ok gak bleh gang makan pekasam.
Macam mana SA pandai makan pekasam
Hasil bergaul ngan ramai orang kat opis dan ada kawan- kawan alam maya yang ramai. SA ni suka mencuba. Nanti nak cuba pula pekasam daging dan pekasam telur sotong....ermmm...x sabar...Sebenarnya SA kena marah ngan mak. SA beli 2 pek pekasam tu. Dia risau nanti buang je...eh...mana pernah buang...elok je SA simpan dan masak...nanti nak cuba jugak ikan belanak jeruk. Kawan- kawan kata sedap....ermmm....canti wait lagi...
Korang masak apa hari ni
Lauk pauk hari ni SA update petang ye...
See ya next entry..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/11/dinner-malam-semalam.html