Dilema Seorang Mrs A Dengan Blognya
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya. Memula tadi Mrs. A bagi tajuk lain pastu tukar lain kemudian tukar yang ni. Memang dilema sangat seorang Mrs. A dengan blognya huhuuhuu. Bagi seorang blogger walaupun blogger biasa-biasa bila tak up-date blog tu rasa macam ada yang tak kena betul tak rakan-rakan blogger?
Bulan Julai ni memang mood menulis ke laut dalam sungguh!. Sobs...sobs...sobs... kesian blog picisan kesayangan Mrs. A ni tau. Okaylah sebab tak mau blog sendu lagi biarlah Mrs. A paksa diri tuliskan aje apa-apa yang terlintas di fikiran ya...
Actually di awal-awal Julai aritu Mrs. A struggle pasal kerja nak siapkan sesuatu yang... ntahlah takde minat nak buat tapi memang kena buat dan siapkan jugak pastu pulak ada date line. So itu yang rasa macam the struggle is real. Nak memblog pun tak menjadi. Tetapi laaa nih! Alhamdulillah dah settle so hidup kembali ceria.
Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya.
Takde orang so kita snap gambar kat face scanner tu ahaks!Anak-Anak Kembali Ke Sekolah Di Musim PKPP. Pada 15 Julai sekolah dah mula balik untuk Adik dan Aryssa. Itu yang Mrs. A datang awal dari biasa cause kena hantar Adik ke sekolah dulu. Aryssa Mr. A yang hantar hiks! Sementelah company up-grade sistem guna face scanner kiranya ini sesuatu yang baharu haruslah snap gambar gittewwww...
Walaupun ini bukanlah tahun baharu kembali ke sekolah tetapi persediaan ke sekolah tetaplah kena ada. Untuk Aryssa mujurlah uniform masih muat cuma kena beli kasut baharu je. Kasut Aryssa dah koyak lagipun masa awal tahun aritu memang tak beli kasut dia.
Tapi untuk Adik kena beli uniform semua hahahaaa.... masalahnya unifrom lama semua dah tak muat nampak sangat 4 bulan duduk rumah Adik memang membesar bagai johan, seluar bila try, masuk sampai ke paha aje nak teruskan sampai atas memang dah tak muat, baju pun sama dah tak boleh butang, uniform putih, baju Melayu dan baju PKBM semua kena beli yang baharu huwargh! sabar yolah mak/pak ko ni dik oiii! Selain daripada tu kena jugak beli dua benda nih!
Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya.
Kena sediakan hand sanitizer
Kena sediakan face mask jugakMacam-macam perasaan ada bila Adik dan Aryssa kembali ke sekolah. Perasaan risau dah tentulah rasanya semua ibubapa pun ada perasaan yang sama. Al-maklumlah kita belum menang masih ada lagi virus Covid 19 ni. Lagi satu rasa release sikit hidup seorang ibu bekerja ni, haru-biru dan caca-merba nak pantau study online mereka berdua tu, harapnya takde dah. Mrs. A terus terang cakap memang tak confident 100% bila mereka duduk rumah tu akan study sebaik di sekolah. Biarlah mereka kembali ke sekolah menimba ilmu dengan cara yang formal. Itu adalah lebih baik untuk mereka berdua. Alhamdulillah hari pertama mereka ke sekolah keadaan berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Along pulak InSyaAllah akan sambung belajar semula dalam pertengahan bulan Ogos nanti. Untuk semester pertama Along, Mrs. A selalu doa agar cara pembelajaran mereka akan kembali normal didalam kelas sebagaimana sebelum dunia dilanda virus covid 19. Sebelum masuk belajar semula ni Along kerja di Pizza Hut alhamdulillah tekun dia kerja. Actually sebelum ni dah dua tempat dia kerja tapi dedua tu bertahan 3 empat hari je... hurm... anak-anak muda biasalah kerja, suka datang, tak suka tak datang. Tapi kat Pizza Hut tu suka pulak dia gi kerja, bahagia pulak Mrs.A rasa dah matang anak ibu ehh!
Okaylah cukup dah kot kisah Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya. Nak bagi tahu jugak sampai sekarang Bobo masih belum pulang lagi. Sedih dan rindu Bobo huwaaa..waaa.waa...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/07/dilema-seorang-mrs-dengan-blognya.html