Dilema Mak Janda


 
“Awak ni sehari kalau tak minum kat warung janda tu tak sah, ya!”
Sepotong dialog di atas adalah sekeping kartun lerang karya kawan saya yang saya baca di media sosial. Ia langsung mengingatkan saya kepada beberapa dialog lain selain daripada kartun yang saya baca itu. Dialog sebegitu juga ada di atas pentas, di drama TV dan juga di filem. Perihal wanita berstatus janda yang selalunya berkonotasi negatif pada mata masyarakat kita.
Jangan tak percaya. Ini bukan dalam drama TV sahaja. Yang sebetulnya drama TV yang kita tonton itu merakam kenyataan dalam kehidupan keliling-kelalang kita. Wanita berstatus janda amat dicurigai oleh wanita-wanita lain yang dirasakan akan menggugat kedudukan mereka manakala bagi ‘jantan-jantan’, ia adalah peluang untuk cuba masuk jarum kalau-kalau ‘dapat’ kerana bagi mereka janda-janda ini sebenarnya sentiasa di dalam kehausan. Seks – skandal – sondol. Itu yang selalu dikaitkan terhadap janda-janda. Ini penyakit lama yang masih menyaluti minda kebanyakan kita.
Lalu, saya teringat sebuah cerita pahit ketika saya kanak-kanak dahulu. Di hujung kampung kami tinggallah Kak Tila. Dari situlah saya mula kenal apa maksud janda kerana setiap kali namanya dipetik dalam perbualan atau umpatan oleh kaum ibu, mereka menggunakan ganti nama Kak Tila sebagai ‘janda tu’. Kalau saya terdengar kaum lelaki berbual tak kira geng bujang atau pak cik-pak cik yang sudah berkahwin, mereka menggunakan gelaran Tila Janda. Kisah yang dijaja oleh mereka selalunya tak enak didengar. Jiwa kanak-kanak saya berasa hairan dan kemudian saya berasa simpati terhadap Kak Tila.
Kak Tila tinggal bersama ibunya yang sudah tua. Suaminya lari entah ke mana. Kak Tila mempunyai seorang anak lelaki yang saya ingat muda dua tiga tahun sahaja daripada saya tetapi anaknya bisu. Nah! Bukankah itu pakej yang cukup untuk dihina orang ramai? Janda – tak sekolah tinggi – kuli di sebuah restoran di pekan – mak sudah tua – ada anak tetapi cacat. Macam dalam drama TV, kan?
Kerana Kak Tila, suami isteri boleh bergaduh. Kerana Kak Tila, lelaki sama lelaki boleh bertumbuk. Kerana Kak Tila, semua kes buruk boleh dihempap kepada dia dan anaknya.
“Yang awak pergi tumpangkan anak ‘janda tu’ balik sekolah buat apa? Awak nak sangat ke ‘janda tu’?” jerit seorang mak cik di kampung kami memarahi suaminya. Nada pada perkataan ‘janda tu’ ditekankan bagi menunjukkan betapa hinanya Kak Tila.
“Kau jangan kacau Tila Janda. Itu aku dah ‘cop’ dulu. Kalau kau nak mampus, cubalah!” jerkah mat samseng kampung kepada mamat kampung sebelah yang dilihat cuba mengayat Kak Tila di restoran tempat Kak Tila bekerja.
Walaupun belum menginjak remaja saya terkesan melihat nasib Kak Tila. Saya nampak sendiri pak cik-pak cik miang merenyam bergurau lucah di meja restoran.
“Tila! Karipap ada lagi? Abang nak karipap. Karipap panas,” gurau seorang pak cik, bekas pesara kerajaan sambil terkekeh-kekeh ketawa bersama kawan-kawan. Tila hanya tersengih-sengih. Agaknya nak jawab salah, tak jawab pun salah. Kalau dijawab makin menjadi-jadi. Pak cik dan kawan-kawan terus berlawak lucah. Karipap, susu, kuih pau atau apa saja subjek yang boleh dilucahkan, mereka sebut. Telinga kecil saya geli mendengarnya. Semudah dan semurah itu Kak Tila dibuat oleh mereka. Dan Kak Tila harus menghadap mereka setiap hari.
Dalam kalangan kaum wanita kampung pun saya melihat sebuah kepura-puraan. Jika ada kenduri-kendara baik di rumah atau di masjid, Kak Tila pun turut menolong memotong cili dan mengupas kentang. Dia biasa sahaja berbual dan bergurau dengan kaum wanita yang sama-sama menolong. Tapi, itu bila berdepan. Di belakangnya, dia diumpat keji. Kalau berpakaian cantik dia dikata, kalau selekeh lagilah. Kalau bersolek dikutuk, tak bersolek lagilah!
Kami ini kanak-kanak memanglah nakal tetapi penilaian orang tak sama dengan anak Kak Tina yang bisu itu. Jika Talib buat hal, kemarahan orang terhadapnya luar biasa. Dia dihina dengan kata-kata pedih ‘anak tak berbapak’, bodoh, cacat, miskin dan ‘anak janda’. Hina gelaran tersebut sudah hampir sama dengan gelaran anak haram. Adakalanya kepala Talib diluku oleh orang tua dengan selamba. Menyeringai dibuatnya si Talib menahan sakit sambil menggosok-gosok kepalanya.
“Kau ni beranak je tau. Jaga anak tak tau. Ada laki, laki pun cabut lari!”
Selancar itu mulut orang melempar kata nista kepada Kak Tila. Pernah saya nampak Kak Tila menangis di sudut masjid ketika orang ramai sibuk berkenduri. Entah kenapa, tak berani saya tanya. Barangkali kerana sebab-sebab seperti yang saya kata itulah. Barangkali orang lain pun nampak tetapi melihat orang lemah menangis bukankah sesuatu yang amat memuaskan hati?
Beberapa tahun kemudian setelah ibunya meninggal dunia, saya dengar Kak Tila telahpun membawa Talib berpindah ke Shah Alam. Waktu itu era kilang elektronik sedang tumbuh banyak. Khabarnya dia lari, tak mahu lagi duduk di kampung kerana membuat onar. Ada yang kata dia curi duit restoran tempat dia bekerja. Ada yang kata dia dihalau oleh isteri tauke restoran kerana isteri tauke ternampak Kak Tila cuba menggoda suaminya yang rongak dan berperut gendut. Entahlah! Macam saya kata. Wanita janda tak bersekolah tinggi yang miskin dan ada anak cacat; pakej lengkap untuk dihina dan dikambinghitamkan!
Dari dialog kartun yang saya baca, drama yang saya tonton, dan sekarang tinggal semula di kampung – suasana seperti itu masih ada. Tanggapan masyarakat terhadap janda masih ada. Saya sangkakan masyarakat kita makin baik, maklumlah pelajaran makin tinggi, sumber ilmu sudah banyak. Bukan hanya di TV, di media sosial pun ada banyak video ceramah agama tentang ‘man ikhwanuka?’ atau ‘siapakah saudara kamu?’ – soalan di dalam kubur yang hanya mampu dijawab oleh iman kita dengan fasih jika kita benar-benar mengamalkannya.
Atau tak pernah dengarkah ustaz mengajar hadis tentang ‘tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri’? Saya sudah menghafal hadis ini ketika di Tingkatan 4 sebab ia adalah hadis yang dijangka keluar dalam soalan SPM mata pelajaran agama.
Tidak terlintas dalam fikiran kita betapa berhempas-pulasnya Kak Tila bekerja dengan gaji tak seberapa menanggung ibu yang uzur dan belanja sekolah anak. Jika pun tak mahu membantu usahlah dihempuk kepalanya dengan curiga-curiga tak berasas yang direka oleh kita sendiri. Ternyata sifat khianat dalam diri telah mengatasi sifat belas kasihan.
Namun, memang sudah lumrah hidup manusia begitu. Apabila dia berasa dia ada sedikit kelebihan berbanding seseorang yang lainnya, dia akan membuli pihak yang lemah. Dalam hal ini orang seperti Kak Tila adalah sehina-hina manusia. Bagi kaum lelaki, Kak Tila dibayangkan murah dan hauskan seks, jika pandai pujuk boleh dapat. Bagi kaum wanita khususnya yang sudah berkeluarga mereka risau tempat mereka akan dirampas oleh perempuan seperti Kak Tila.
“Apa kau ingat pakej yang kau sebutkan tu sahaja yang dipandang hina oleh masyarakat kita? Aku ni?” rungut kawan saya Jun.
Saya terkedu. Jun, juga seorang janda yang punya anak tetapi Jun berpelajaran tinggi, berpangkat besar dan berharta.
“Kau pun orang jahat ke Jun?” tanya saya dalam bentuk gurauan tetapi serius.
Jun mengangguk. Astaga! Jun yang berada di liga berbeza juga tidak terlepas daripada fitnah dan syak wasangka sehingga sukar untuk dia bergerak selesa. Mata jiran, kawan sepejabat, keluarga dan saudara-mara seperti anak panah yang bila-bila masa sahaja hendak menikam janda seperti dia. Di ‘inbox’ media sosial, kerap dia terima mesej menggoda daripada lelaki-lelaki tua suami orang. Saya mengucap panjang dan bertanya, kenapa mereka sering menjadi sasaran? Dan mengapa kita boleh berada di dalam masyarakat begini, hah? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/dilema-mak-janda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

Mak Ayah Mula Menyesal Tapi Sudah Terlambat 5 Beradik Hidap Pelbagai Penyakit Lepas Lahir Padah Tak Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 114 hits
Akses dan pendedahan yang terhad menyebabkan ramai generasi terdahulu tidak menerima suntikan vaksin Namun dalam dunia sekarang tiada alasan untuk ibu bapa membiarkan anak anak mereka membesar tanpa perlindungan kesihatan kecuali mereka ter...
Anak Susah Nak Tidur Mak Ayah Cuba Bacakan Surah Ni Untuk Anak

Anak Susah Nak Tidur Mak Ayah Cuba Bacakan Surah Ni Untuk Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 107 hits
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut ...
Meja Lipat Iron Board Boleh Bawa Maut Mak Ayah Perlu Simpan Tempat Selamat

Meja Lipat Iron Board Boleh Bawa Maut Mak Ayah Perlu Simpan Tempat Selamat

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 119 hits
Kes seorang kanak kanak enam tahun yang maut kerana tersepit di celah meja lipat banyak membuka mata orang ramai akan bahayanya yang tidak boleh dipandang ringan Siapa menyangka peralatan rumah yang nampak ringan dan tidak berbahaya itu bol...
Takwim Cuti Sekolah Kalendar Akademik 2025 2026 Mak Ayah Boleh Rancang Cuti Anak Anak

Takwim Cuti Sekolah Kalendar Akademik 2025 2026 Mak Ayah Boleh Rancang Cuti Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 201 hits
Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti Takwim Cuti Sekolah 2025 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua Dalam artikel ini...
Tulisan Anak Kurang Cantik Tak Kemas Mak Ayah Cuba Periksa Ni

Tulisan Anak Kurang Cantik Tak Kemas Mak Ayah Cuba Periksa Ni

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 167 hits
Menulis sememangnya memerlukan kekuatan tangan kemahiran sejak awal Disebabkan itulah anak kecil kita perlu dilatih lebih awal untuk memegang pensil dan dapat menulis dengan baik Menurut perkongsian Terapis Cara Kerja Kanak Kanak Pn Maryam ...
Serang Dan Pukul Janda 5 Wanita Ditahan

Serang Dan Pukul Janda 5 Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 188 hits
Abdul Rahemang Taimingam hmetro com myTawau Polis tahan lima wanita termasuk dua beranak selepas disyaki menyerang dan memukul seorang wanita di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel dekat sini Isnin lalu Ketua Polis Daerah Tawau Asisten...
Janda Pasangan Berdepan Hukuman Sebatan Kerana Khalwat Berulang

Janda Pasangan Berdepan Hukuman Sebatan Kerana Khalwat Berulang

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 117 hits
Baharom Bakarbhnews bh com myKUALA TERENGGANU Seorang janda bersama pasangannya bakal berdepan dengan hukuman sebatan selepas ditangkap berkhalwat kali kedua pada Selasa lalu Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Eh...
Mak Pesan Suruh Cari Bakal Suami Gaji Rm2 000 Ke Atas Wanita Risau Kekasih Tak Mampu Sara Anaknya

Mak Pesan Suruh Cari Bakal Suami Gaji Rm2 000 Ke Atas Wanita Risau Kekasih Tak Mampu Sara Anaknya

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 171 hits
Pendapatan dan komitmen bulanan sering dianggap sebagai topik sensitif yang sepatutnya kekal sebagai rahsia peribadi Namun sejak kebelakangan ini semakin ramai individu khususnya pasangan kekasih mula mempersoalkannya atas alasan ingin menc...
Makan Di Kedai Makan Mak Esah

Makan Di Kedai Makan Mak Esah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum WBT MEMANG tak cukup sehari nampaknya nak makan di tempat tempat viral dan legend di Kluang ni Malam tu kami ke Kedai Makan Mak Esah Selalu nampak anak Mak Esah di Tik Tok hari tu nampak live depan mata macam nampak retis pu...
Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders