Dilema Agen Dropship Masalah Perang Harga


Bila saya baca semula, artikel yang saya tulis tentang topik perang harga lebih 10 tahun yang lepas, saya tersenyum sendiri.
Dunia hari ni dah banyak berubah.
Tapi isu perang harga masih tak pernah reda.
 
Zaman permulaan dropship Pada masa ni, rasa macam semua orang nak jadi ejen!
 
Sekitar tahun 2013 – 2014, kalau anda masih ingat, konsep perniagaan berasaskan dropship adalah antara peluang paling hot di negara kita.
 
Waktu tu, orang mula buka mata, yang nak berniaga tak semestinya kena ada kedai fizikal atau perlukan modal yang besar.

Orang yang tak ada kedai dan tak ada modal bisnes pun boleh mula berniaga!
Gunakan sahaja model perniagaan ejen dropship.
 
Pada waktu tu, Facebook boleh dianggap sebagai syurga bagi usahawa baru.
 
Tak perlu susah payah nak tekan iklan berbayar, iklan produk kita boleh reach ribuan orang.

 
Apa yang penting, konten kita cukup menarik.
Ada testimoni, ada ayat promosi panjang, dan yang penting disampaikan dengan gaya bercerita.
 
Jangkauan audiens pada waktu tu memang luas.
Saya kira ini adalah trend biasa bagi mana-mana platform media sosial.
 
Waktu awal-awal diperkenalkan, reach dia memang besar.
Tapi lama-kelamaan, apabila pengguna dah makin ramai, reach mula mengecil, dan kalau kita nak dapatkan reach yang besar, perlu buat iklan berbayar.
 
Saya masih ingat lagi, antara produk yang paling hangat pada masa tu ialah
(1) Felinna Inch Loss
(2) Pil pelangsingan badan, Figure Up
 
Siapa-siapa yang pernah promosikan produk ini, besar kemungkinan mereka juga pernah rasa keuntungan daripada hasil jualan produk ini.
 
Kalau anda aktif di media sosial pada waktu tu, mesti biasa nampak trend seperti
a. Gambar before and after berlambak dekat newsfeed
b. Ayat promosi gaya testimoni
c. Ribuan komen “PM sis” dan “PM done”.
 
Masa tu, siapa yang cepat, dia yang menang.
Ayat keramat pada waktu tu, yang sering diulang-ulang ialah
“Fast Action Fast Result.”
 
Kemudian ayat fast action fast result mula merebak dan digunakan dalam pelbagai lagi bisnes yang dipromosikan secara online.
 
Saya tak tahu, siapa orang pertama yang mula mencetuskan idea dan menggunakan ayat tersebut. Mudah-mudahan individu tersebut baik-baik sahaja hari ini.
 
Pada waktu tu, saya pun terlibat dalam dunia tersebut.
Saya tengok sendiri, macam mana produk boleh viral dalam masa yang singkat, dan satu Malaysia kehabisan stok dalam seminggu.
 
Seronok?
Bukan setakat seronok tau.
BEST Giler…
 
Tapi dalam keseronokkan tu, muncul satu dilema besar yang akhirnya membunuh banyak bisnes dropship.
 
Perang Harga Pada awalnya, semua ejen jual dengan harga yang sama.
Semua ikut harga yang ditetapkan oleh pihak HQ.
Waktu ini, beli dekat siapa pun, akan dapat harga yang sama.
 
Tapi manusia ni biasalah.
Dia nak cepat dapat untung.
 
Dia bukan peduli pasal pasaran akan rosak.
Yang penting dia boleh buat duit.
Dan dia nak duit tu, sekarang.
 
Orang lain jual harga RM75?
Dia jual harga RM70.
 
Orang lain bagi free gift?
Dia bagi dua free gift dan penghantaran percuma.
 
Kalau orang lain bagi diskaun sempena peristiwa tertentu.
Dia hari-hari bagi diskaun.
 
Harga pasaran RM75.
Tapi harga untuk ejen dropship, ialah RM40.
(ini contoh sahaja okay)
 
Rasionalnya supaya ejen ada margin yang cukup untuk buat iklan berbayar, atau menyerap apa-apa kos lain sepanjang menjalankan perniagaan ini.
 
Tapi ada ejen yang potong terus harga.
Jual RM50 sahaja.
Dapat untung RM10 pun jadilah.
 
Lama-kelamaan pelanggan jadi keliru.
Mereka mula syak yang sebenarnya dekat pasaran sekarang ini, ada ejen rasmi, ejen dropship dan ada juga yang mula perkenalkan produk tiruan.
 
Akhirnya yang jadi mangsa ialah pemilik jenama itu sendiri.
 
Bila pelanggan nampak, harga dah jatuh, mereka mula hilang kepercayaan.
 
Mereka mula fikir perkara-perkara yang sebelum ini mereka tak pernah terfikir langsung.
Ini produk original ke?
Tamaknya seller ni, jual mahal-mahal.
Takutlah nak beli produk ini, baik cari jenama lain.
 
Dan dari situ, kepercayaan mula runtuh.
Sebab tu, tawaran jadi ejen ini tak boleh dibuka kepada semua tanpa ada sebarang tapisan.
 
Dapat dekat orang yang tak amanah, dia pasti akan potong harga.
Sama ada secara terbuka, atau senyap-senyap.
Untuk jangka masa panjang, pasaran untuk produk tu semestinya akan rosak.
 
Ejen lain yang sebelum ini menjadi tukang promoter setia pun akan mula berhenti jual.
Bukan sebab produk tak laku, tapi sebab tak sanggup nak lawan harga dengan ejen lain, yang mungkin dia pun anggap sebagai kawan.
 
Kalau dulu, satu produk boleh dapat margin untung RM20 – RM25.
Tapi bila dah mula main harga, satu produk cuma boleh untung RM5 – RM10.
 
Rasa tak berbaloi dengan banyak kerja dan penatnya untuk hasilkan jualan.
Perang harga ini, memang satu perkara yang perlu ditangani dengan serius!
 
Masalah Perang Harga jadi semakin parah Kalau dulu, kita mungkin cuba berperang harga dengan sesama peniaga kecil, atau dengan usahawan yang lebih kurang sama macam kita.
 
Tapi sekarang ni, situasinya dah jauh berbeza.
 
Perasan tak, sekarang ini pintu sempadan antarabangsa semakin terbuka dan kuasa beli pelanggan juga berubah.
 
Kita bukan sekadar bersaing dengan peniaga dari kedai sebelah, ataupun dari page sebelah.
 
Sebaliknya, kita juga bersaing dengan usahawan dari negara lain, sama ada dari Indonesia, China dan sebagainya, yang turut menjual melalui platform yang sama.
 
Cubalah perhatikan betul-betul platform e-commerce macam Shopee atau Lazada.
Anda boleh tengok, seller tu kadang-kadang bukannya dari Malaysia.
 
…dan ya, mereka mampu tawarkan harga yang lagi murah berbanding seller tempatan.
 
Pelanggan boleh beli barang dari seller luar negara dan dapat harga yang murah.
Bagus ke tidak?
Ya, bagus dari segi penjimatan.
 
Tapi pada masa yang sama, kita juga nak tahu, boleh atau tidak pelanggan dari luar negara beli dari seller tempatan?
 
Kalau transaksi yang boleh berlaku hanya bersifat satu hala, pada saya itu hanya menguntungkan peniaga dari negara luar semata-mata.
 
Akhirnya peniaga tempatan kehilangan pelanggan, apabila pelanggan lebih selesa beli dari negara luar.
 
Kesetiaan pelanggan?
Benda apa tu (ha ha).
 
Pelanggan pada hari ini tahu macam mana cara nak terus berurusniaga melalui platform luar negara untuk beli dengan harga borong.
 
Proses borong pun tak susah.
At least tak susah macam dulu.
 
Bila pelanggan kita nampak produk yang sama, atau lebih kurang sama dijual jauh lebih murah jika beli terus dari seller China, mereka mula bandingkan harga.
 
Akhirnya, kita yang jual secara dropship akan tertekan.
Kalau turunkan harga, margin akan jadi terlalu nipis dan tak berbaloi dengan usaha untuk dapatkan jualan tu.
 
Inilah realiti baru dunia e-dagang.
Perang harga bukan antara sesama peniaga tempatan, tapi dah mula melangkau ke peringkat global.
 
Cabaran Dunia Dropship 2025 Bersiap sedia untuk hadapi cabaran baru.
 
Dalam apa juga bidang, cabaran itu pasti ada.
 
(1) Platform Dulu bila kita nak buat dropship, platform yang boleh kita gunakan tak begitu banyak seperti sekarang.
 
Biasanya kita akan fokus untuk gunakan Facebook personal, Fanpage dan juga FB Group.

Kalau dari segi jenis posting pula, konten jenis perkongsian testimoni juga dah cukup untuk tarik perhatian pelanggan dan dapatkan jualan.
 
Pada waktu itu, fokus pelanggan adalah lebih kepada untuk dapatkan produk yang murah dan servis penghantaran yang cepat.
 
Hari ini kita sudah ada banyak platform jualan.
Kita ada TikTok shop, Shopee, dan macam-macam lagi.

Platform jualan tidak lagi terhad kepada platform Facebook semata-mata.
 
Sekarang usahawan dropship perlu aktif di TikTok Shop, Shopee, dan juga platform media sosial untuk kekal relevan.
 
Pelanggan pula sudah semakin bijak dan terdedah dengan pelbagai pilihan.
 
(2) Jenis konten Kalau peringkat awal-awal dulu, konten jenis perkongsian gambar testimoni sudah cukup baik untuk memuaskan hati bakal pelanggan untuk beli produk yang kita promosikan.
 
Hari ni lebih cerewet.
 
Pelanggan nak tengok konten dalam bentuk video, live selling dan sebagainya.
 
Selari dengan perkembangan teknologi, pelanggan mula bijak mempertikaikan apa yang dilihat.

Gambar?
Boleh edit dengan perisian photoshop ataupun AI.
 
Jadinya, kita tak boleh percaya sangat dengan gambar yang memaparkan kesan “before and after”.
 
Kadang-kadang gambar tu memang bukan edit, tapi ia sekadar disusun secara terbalik.
 
Lagi mudah nak tambahkan berat, berbanding nak turunkan.
Model tersebut mungkin pada awalnya kurus, tapi diberikan makanan yang sedap-sedap untuk beberapa minggu supaya naik berat badan.
 
Kalau video pula?
Sekarang dah ada perisian AI yang boleh bantu untuk buat sebarang video yang kita mahukan.
 
Asalkan tahu nak gunakan prompt yang bersesuaian, apa-apa video boleh dihasilkan.
 
(3) Modal & Stok Dulu cabaran paling besar bagi pemain dropship adalah berkisar kepada modal untuk mula berniaga dan juga stok produk.
 
Pada masa itu, cukup susah nak dapatkan maklumat individu atau syarikat yang boleh jadi pembekal untuk bisnes dropship kita.
 
Tapi sekarang dah lain.
Maklumat supplier dropship boleh diperolehi dengan mudah.
At least, tak susah macam dulu.
 
Hari ini, walaupun kita ada banyak senarai pembekal, tak tentu lagi kita boleh buat apa-apa dengan maklumat tersebut.
 
Cabaran berniaga hari ini lebih kompleks.
Kalau nak buat iklan berbayar, kos iklan hari ni semakin mahal.
 
Dulu orang kata, content is king.
Hari ini, konten masih lagi King, tapi konten biasa-biasa dah tak cukup untuk tarik perhatian pelanggan kita.
 
Hari ini kita berada dalam satu era dimana hampir semua orang adalah pencipta kandungan.
 
(4) Pesaing Jenis pesaing yang kita akan jumpa juga dah berubah.
 
Kalau dulu pesaing kita hanyalah sesama ejen individu tempatan yang menjual produk sama, hari ini kita bersaing dengan peniaga dari China dan juga usahawan yang mahir menggunakan teknologi AI dalam laman jualan milik mereka.
 
Setakat nak buat repricing, itu sangat mudah.
Harga yang ditawarkan tak pernah tetap, sebabnya ianya akan terus berubah secara automatik mengikut keadaan semasa.
 
Kalau anda nak faham konsep price repricing ini, boleh lihat contoh seperti laman web Agoda, Airbnb dan sesetengah platform e-commerce.
 
Kalau anda perasan, harga yang mereka tawarkan akan sentiasa bertukar.
 
(5) Harga murah Harga murah ini ada manfaatnya, terutama sekali dari segi penjimatan.
 
Tapi kalau dalam situasi peniaga kecil macam saya, mustahil untuk bersaing dengan memberikan harga murah.
 
Lambat-laun, kita akan ditendang keluar oleh pesaing yang mempunyai modal yang sangat besar dan mampu untuk berikan harga yang sangat murah.
 
Strategi Elak Perang Harga Pesan guru pemasaran saya,
… jangan bersaing dalam bab harga.
 
Peniaga A jual murah.
Kemudian, ada peniaga B yang jual lebih murah berbanding peniaga A.
 
Tiba-tiba kita masuk ke pasaran yang sama, terus open satu harga yang lebih murah dari peniaga A dan peniaga B.
Ini bukan bermakna yang kita lebih cerdik berniaga.
 
Tapi ini sebenarnya satu tindakan yang berpotensi untuk bunuh pasaran.
Ia bukan satu strategi perniagaan yang sihat.
 
Tapi realitinya, ramai juga yang gunakan pendekatan macam ni.
Lagi produk tu tak laku, lagi banyak dia buang harga.
 
Walaupun kita menang dalam kategori harga terendah, kita sebenarnya kalah dalam persaingan yang kita sendiri reka.
Peniaga A mungkin dah ada pelanggan mereka sendiri.
Peniaga B pun mungkin sama juga. Dia dah ada pelanggan dan pengikut setia sendiri.
 
Kita andaikan, kedua-dua peniaga A dah letakkan margin keuntungan yang mereka sasarkan iaitu RM20 untuk satu produk. Kita pulak, disebabkan nak menang, dengan harapan akan dapat customer yang ramai, kita sanggup compromise dan hanya ambil untung RM5 sahaja untuk setiap barang yang terjual.
 
Kerja kita sebenarnya sama banyak dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh peniaga A dan B.
Bezanya, untuk setiap jualan yang terhasil, mereka dapat untung RM20, kita pulak hanya dapat RM5.
 
Berbaloi ke?
Saya rasa, tak berbaloi.
 
Kalau tak bersaing dalam bab harga, macam mana?
Macam mana kita nak bersaing dengan orang lama dalam industri yang sama yang kita berada sekarang?
 
Jawapannya bukan pada siapa yang paling murah, tapi siapa yang paling memberikan nilai kepada audiens.
 
Mari kita terokai satu per satu strategi yang masih relevan sampai hari ini.
 
(1) Penghantaran Percuma Zaman dulu, tawaran “free postage” ini dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.
Tapi sekarang?
 
Sekarang tak lagi.
Tawaran penghantaran percuma ni dah dianggap sebagai sesuatu yang biasa.
 
Kalau anda masih nak guna strategi ini, perlu pastikan ia juga datang dengan kelebihan lain, misalnya seperti
a. Penghantaran pada hari yang sama
b. Servis pembungkusan premium
c. Nota ucapan
d. Sistem tracking yang sistematik
 
Hari ini pelanggan bukannya beli sebab adanya penghantaran percuma.
Tapi, kalau tak ada penghantaran percuma ni, pelanggan mungkin tak berminat nak beli pula.
 
(2) Free Gift Berikan free gift masih lagi meruupakan satu strategi yang kuat.
Lagipun, siapa yang tak suka dapat hadiah, kan?
 
Tapi ramai yang buat silap, sebabnya mereka berikan hadiah yang langsung tak ada kaitan dengan produk.
 
Kalau jual produk skincare, bagi sample serum baru.
Kalau jual produk digital, bagilah ebook mini, checklist, atau voucher diskaun produk seterusnya.
 
Yang penting, hadiah tu mesti bantu pelanggan rasa dihargai dan percaya.
 
Sekarang saya nak sentuh mengenai servis after sales support.
 
(3) Servis After Sales Support Daripada 10 pelanggan yang kita dapat, belum tentu kesemua sepuluh orang ini betul-betul faham cara menggunakan produk yang mereka beli.
 
Persoalannya ialah, selepas mereka beli, kalau ada masalah mereka nak tanya pada siapa?
Dekat mana mereka nak buat rujukan?
 
Sepatutnya sudah tentu dia bertanya kepada anda.

Ketakutan pembeli bukanlah hanya ketika hendak membeli sahaja, malahan, setelah pembelian dilakukan, mereka masih lagi menyimpan perasaan takut.
 
Jadi, apa kata kita lenyapkan ketakutan tersebut dengan menawarkan after sales service kepada pembeli-pembeli produk kita. Caranya?
 
Sediakan group khas yang mereka boleh sertai. Kita namakan group tersebut sebagai group support. Gunakan skrip ini jika bersesuaian dengan situasi dan perniagaan anda.
Terima kasih kerana puan sudi berurusniaga dengan saya. Bagi memastikan puan mendapat khidmat sokongan yang terbaik, saya ingin jemput puan untuk sertai group berikut >> [nama group anda]
Sekiranya puan ada sebarang pertanyaan tentang produk atau apa sahaja, team saya dengan senang hati akan bantu puan.
Saya juga menyediakan voucher diskaun, khas untuk ahli sahaja bernilai RM100 untuk ahli baru yang menyertai group tersebut
 
Lepas pelanggan kita dah join group kita tu nanti, apa akan jadi? Adakah dia akan selalu kacau kita? Dia akan tanya macam-macam ke? Dia akan susahkan hidup kita?
 
Jawapannya, tidak.
Mereka tak akan susahkan kita, malah akan lebih memudahkan kita.
 
Kita mudah nak keep in touch dengan mereka.
Kita juga mudah untuk build relationship dengan mereka.
 
Paling penting, kita mudah untuk promosikan sebarang produk baru kepada mereka. Pernah dengar kan…
“Menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding menjual kepada pelanggan yang kita tak pernah berurusan.”
 
Dalam hal ini, anda pasti tak menyangka, customer yang selama ni cuma beli kain dari anda, bila anda dah masukkan mereka dalam satu group khas yang menghimpunkan produk-produk lain yang turut dijual, mereka juga akan shopping untuk beli produk lain.
 
Anda tak tau macam mana nak create group? Mudah sahaja. Kalau saya secara peribadi, saya akan syorkan anda buat group di Facebook.
Buat sahaja Facebook Group.
 
Saya lebih suka FB Group sebab ianya lebih mudah untuk dikawal dan kita boleh kawal posting dari ahli lain. Kita boleh tapis apa jenis post yang akan keluar di wall group kita. Ini bermakna, ahli lain tak boleh dengan sewenang-wenangnya buat spam dalam group kita seperti mana yang kerap berlaku dalam group whatsapp.
 
Kalau group whatsapp, sesetengah orang selamba je promosikan produk dia dalam group yang kita bina. Ianya juga agak sukar untuk dikawal.
 
Sampai ke hari ini, saya percaya, inilah rahsia sebenar ejen yang mampu bertahan lama.
 
Mereka menyediakan khidmat after sales support yang benar-benar first class!
After sales support bukan sekadar hantar mesej, “terima kasih kerana beli”.
Tapi ini adalah ruang dimana anda membina hubungan atau connection dengan pelanggan anda.
 
Kalau dalam konteks hari ini, platform berikut boleh digunakan untuk tujuan after sales support.
a. FB Group
b. Whatsapp Channel
c. Telegram Group
 
(4) Jaminan Pulangan Wang Ramai yang takut nak tawarkan money-back guarantee sebab takut rugi.
 
Nanti elok-elok boleh dapat untung RM20 untuk satu unit produk yang terjual, silap-silap kena tanggung kerugian sebanyak RM75 pula, sebabnya customer minta refund.
 
Kerisauan itu sebenarnya memang berasas.
Saya pun rasa perkara yang sama.
 
Tapi apabila saya sendiri cuba gunakan strategi ini, saya mula sedar sesuatu.
 
Tujuan kita offer money back guarantee bukan sebab nak beri peluang kepada customer untuk mintak balik duit dia suka-suka hati. Bukan macam tu.
 
Peranan money back guarantee adalah sebagai pelincir yang melancarkan proses jualan. Bila ada money back guarantee, pelanggan jadi lebih yakin dan tak teragak-agak untuk bank in duit ke akaun kita.
 
Itu yang kita mahukan.
 
Jangan risau.
Sepanjang saya buat dropship, tak pernah lagi customer mintak balik duit dia.
 
Paling teruk pun, diorang akan mintak tukar barang, sebab barang yang dia dapat kurang sempurna.
Dan ini memang hak pelanggan tersebut untuk dapatkan barang yang sama dari segi kuantiti dan kualiti seperti mana yang dia tempah.
 
Kalau mereka mintak balik duit sekalipun tak ada masalah.
Kita anggap je la duit yang kita kena keluarkan untuk refund duit customer tu sebagai modal perniagaan kita.
Walaupun orang kata dropship ini perniagaan tanpa modal, TAPI, janganlah sampai kita tak siap sedia dengan modal langsung.
 
Kita berani jual barang dekat customer, kita jugak kena berani tanggung kalau ada apa-apa masalah yang akan timbul.
 
Dari perspektif saya sebagai penjual, saya berani rekemen sesuatu produk dan berani buat marketing untuk sesuatu produk sebabnya saya yakin
1. Produk tu berguna
2. Produk tu bagus
3. Supplier saya mampu untuk deliver produk tu dalam keadaan yang baik
 
Manakala dari perspektif pembeli pula, mereka sanggup untuk buat pembelian kerana
1. Mereka nak/mahu/ingin/perlu produk tersebut
2. Mereka yakin kita memang boleh dipercayai
3. Mereka nak mencuba sesuatu yang baru dan ambil risiko (calculated risk)
 
Ini melahirkan satu situasi menang-menang antara kita sebagai penjual, dan juga pelanggan kita. Money is not an issue.
 
Kat Malaysia ni, teruk macam mana pun servis yang diterima oleh pelanggan, majoritinya lebih suka ambik pendekatan …
… ala tak pe la.
… kali ni kita bagi peluang, esok lusa jangan harap aku nak order dengan dia lagi
 
My point is, amat jarang untuk mereka minta refund, lebih-lebih lagi bila kita dah letakkan syarat siap-siap, kalau nak mintak refund
1. Mula-mula kena ambik gambar produk yang diterima kemudian emel pada kita gambar tersebut
2. Balut elok-elok produk tersebut dan hantarkan semula pada kita
3. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli
4. Setelah produk sampai pada kita, barulah kita refund
 
Ingat pembeli nak buat macam tu?
Leceh.
 
Jangan harap mereka akan buat.
Mungkin daripada 100 orang, akan ada seorang je yang buat macam tu.
 
Oh saya bukan bagi anda idea untuk jual barang reject ye.
Jangan salah faham pulak.
 
Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya ialah, pelanggan yang akan tuntut refund biasanya sangat kecil peratusnya.
Hampir kepada tak ada.
 
Tapi kalau anda jumpa pelanggan yang suka-suka minta refund, mungkin kena tengok semula.
Adakah dia memang benar-benar ikhlas nak jadi pelanggan?
Atau mungkin sebenarnya dia adalah scammer yang menyamar jadi pelanggan.
 
Zaman sekarang ini, siapa-siapa boleh jadi scammer.
Sama ada dia dipihak penjual ataupun pembeli.
 
Saya nak tegaskan sekali lagi, tawaran money back guarantee ni dapat naikkan tahap kepercayaan pelanggan.
Ia juga menunjukkan bahawa anda sangat berkeyakinan terhadap kualiti produk yang anda jual.
 
Apa yang sebenarnya tak berubah? Hari ini, masih ada lagi ke orang yang nak buat dropship?
 
Saya pun tak tahu.
Saya dah lama tinggalkan dunia dropship.
 
Bila dihidangkan dua pilihan, sama ada dropship atau affiliate, saya lebih cenderung untuk pilih affiiliate marketing.
 
Lagipun dengan perkembangan teknologi hari ini, eko-sistem affiliate itu dilihat lebih menarik.
 
Bukan setakat menarik, tapi ia lebih sesuai dengan cara saya bekerja.
 
Saya boleh fokus kepada penghasilan kandungan. Lepas tu, kalau orang nak beli, belilah.
 
Tak nak beli?
Suka hati lah.
 
Tapi posting ini bukannya nak bincangkan pasal program affiliate.
Saya nak fokus kepada persoalan dropship sahaja.
 
Teknologi pada hari ini memang banyak yang dah berubah.
Tapi kalau kita lihat dari aspek psikologi pelanggan, ia tak banyak berubah pun sebenarnya.
 
Pelanggan tetap nak rasa dilayan dengan penuh hormat, dihargai, dan rasa mereka untung besar bila dia beli dari kita.
Semua ini masih belum mampu diberikan oleh mana-mana algorithma.
 
Baca juga: Buku Psikologi Menjual oleh Brian Tracy
 
Kesimpulan Jangan lawan harga, tapi kita lawan persepsi.
 
Orang tak semestinya membeli sebab harga yang paling murah.
Sebab harga murah ini boleh buatkan kita ragu-ragu dari segi kualiti dan perkhidmatan.
 
Tapi mereka pasti beli dari orang yang mereka paling percaya.
 
Perang harga hanya akan buat anda letih dan rugi.
Sebaliknya, bina nilai tambah, servis baik dan kepercayaan pelanggan.
 
Itu sebenarnya strategi untuk bertahan lama, bukan untuk seminggu dua, tetapi untuk bertahun-tahun lamanya.
 
 
The post Dilema Agen Dropship & Masalah Perang Harga appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/dilema-agen-dropship-masalah-perang-harga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang Kualiti Tip Top Harga Pun Berbaloi

Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang Kualiti Tip Top Harga Pun Berbaloi

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 165 hits
Korang tengah plan nak buat untuk staf atau team Nak cari yang nampak profesional selesa dipakai dan paling penting tak buat bajet lari Kalau ya ni mungkin artikel yang korang tengah cari Sekarang makin ramai dah mula sedar kalau nak jimat ...
Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 199 hits
Pernah tak korang pening nak cari tempat tempah baju korporat yang betul betul berkualiti tapi masih dalam bajet Kadang kadang baju nampak cantik dalam gambar tapi bila sampai material panas warna tak sama dan jahitan pun longgar Kalau kora...
Berapa Harga Pmx Nak Let Go Light Stick G Dargon

Berapa Harga Pmx Nak Let Go Light Stick G Dargon

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 138 hits
Komen netizen memang mencuit hati tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi hadiah yang diterimanya selaku ketua kerajaan yang menyaksikan persembahan G Dragon sempena APEC 2025 di Gyeongju Korea SelatanKUALA LUMPUR 5 Nov P...
Harga Ram Pc Di Pasaran Global Dilaporkan Naik Mendadak

Harga Ram Pc Di Pasaran Global Dilaporkan Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 142 hits
Harga memori DDR5 dilaporkan melonjak sehingga dua kali ganda berbanding beberapa bulan lalu ekoran permintaan tinggi dari sektor AI https x com ghost motley status 1985827062813249936 Kenaikan ini turut menjejaskan jenis RAM DDR4 dengan ke...
Cuktech Lancar 3 Power Bank Baharu Harga Serendah Rm69

Cuktech Lancar 3 Power Bank Baharu Harga Serendah Rm69

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 131 hits
Jenama teknologi generasi akan datang CUKTECH telah mengumumkan pelancaran rasmi tiga produk terbarunya iaitu CUKTECH CP24 CUKTECH CP24 dan CUKTECH 10 Pengecas Kereta CUKTECH CP24 Didatangkan dengan kapasiti 20 000mAh yang menyokong pengeca...
Usd Chf Analisis Harga Ramalan Pasangan Ini Menyasarkan Paras Tertinggi Empat Bulan

Usd Chf Analisis Harga Ramalan Pasangan Ini Menyasarkan Paras Tertinggi Empat Bulan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 163 hits
Pasangan USD CHF telah menarik pembeli untuk hari keenam berturut turut mencapai tahap tertinggi sejak 12 Ogos Momentum ini telah mendorong harga melebihi tahap penting 0 8100 dan disokong oleh pembelian dolar AS yang berterusan Indeks Dola...
Usd Jpy Analisis Harga Ramalan Yen Jepun Mengekalkan Dinamik Negatif

Usd Jpy Analisis Harga Ramalan Yen Jepun Mengekalkan Dinamik Negatif

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 171 hits
Dengan bermulanya minggu baru yen Jepun terus meneruskan trajektori negatifnya kekal di bawah tekanan dari minggu lalu Pada hari Khamis yang lalu Bank of Japan telah mengekalkan kadar faedah pada paras yang sama walaupun terdapat bantahan d...
Rapid On Demand Harga Senarai Laluan Cara Tempahan

Rapid On Demand Harga Senarai Laluan Cara Tempahan

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 187 hits
Pengguna kini boleh menggunakan satu lagi mod pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid Bus iaitu Rapid On Demand Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkhidmatan ini Mengenai Rapid On Demand Perkhidmatan ini yang yang dahulunya ...
Harga Durian Muar Musim Hujung 2025

Harga Durian Muar Musim Hujung 2025

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 171 hits
Senarai Harga DurianSyoknyaUmmi Isnin 03 11 25 Lokasi kami https maps app goo gl gWVrs1v6SLKS8jEZ6 Wasap www wasap my 601158961229 booking durian Nov 2025 Harga durian 2025 hujung tahun klik link https www blog muhasabahtrading com harga du...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Tefal Cookware 5pcs Cookware Periuk Non Stick Terbaik Dengan Harga Mampu Milik

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Food Plan

Penemuan Puteri Khok Phanom Di Misteri Sejarah Yang Tersembunyi

Senarai Pemain Futsal Malayan Tigress Untuk Kem Latihan Pusat Sebagai Persiapan Kejuaraan Antarabangsa

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Dalam Dunia Ni Kalau Buat Jahat Azab Dunia Pedih Macam Mana Pula Akhirat Prince Syed