Dilarang Mati Selepas Cucuk Vaksin
											 							 							Dr Suhazeli Abdullah

Pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD ( Gambar hiasan)	 												 					 						Diberitakan seorang mati mengejut awal pagi. Beliau adalah  antara nama penerima vaksin sehari sebelumnya, tetapi mengambil  keputusan tidak nak vaksin.
Kami kategorikan sebagai individu menolak vaksin. Arwah bukan  antivaksin, dengan harapan satu masa nanti beliau tampil untuk dapatkan  vaksin.
Namun Allah lebih menyayangi beliau. Meninggal dunia semasa tidur.  Umurnya masih muda sekitar 38 tahun, cuma terdapat kencing manis  terkawal dan saiz badan agak gemuk.
Maklumat dari waris, doktor beritahu punca kematian adalah mungkin  serangan jantung, kegagalan paru-paru atau kencing manis. Pengesahan  rasmi akan diberitahu selepas siasatan dan post mortem dari pakar  forensik dijalankan.
Bayangkan, jika beliau cucuk vaksin pada hari kematian! Sudah pasti melompat terus pihak tertentu menuduh vaksin punca mati.
Tuan puan. Mati itu tidak boleh diawalkan walau sesaat atau dilewatkan walau sesaat:
“Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” [Al A’raf: 34]
Kes kematian yang berlaku dalam negara telah diberikan maklumat oleh  pihak berwajib. Sama ada kita tahu atau tidak, itu bukan urusan kita.  Setiap kes kematian diberitahu kepada ahli keluarga mengenai punca atau  penyebab utamanya.
Maklumat tidak rasmi bahawa semua kes dalam negara setakat ini tiada  pun dikaitkan dengan vaksin secara langsung (No causality relationship).  Pihak NPRA dalam proses penyiapan laporan lengkap.
Tetapi apabila kerajaan menjawab, ramai pulak yang menuduh kerajaan  tipu dan lain-lain. Sedangkan kerajaan berikan penjelasan berdasarkan  post mortem dan siasatan kronologi terperinci oleh pakar-pakar forensik.
Namun setelah terlalu banyak komen yang negatif dan cuba mengalih isu  sebenar, persepsi dan sensasi terus dinaikkan. Itulah hakikatnya apa  yang berlaku.
Innalillahi wainna ilaihiraajiun. Salam takziah kepada keluarga.  Dalam suasana yang penuh kepiluan dan saat getir ini, semoga Allah  berikan ketabahan. Doakan arwah bersama para Solehin.
(*) Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/dilarang-mati-selepas-cucuk-vaksin.html