Dilarang Lakukan Seks Jika Dijangkiti Cacar Monyet


Ketua-ketua kesihatan di Britain memberi amaran kepada pesakit cacar monyet supaya berhenti melakukan hubungan seks kerana dibimbangi boleh membantu penyebaran virus, lapor akhbar Mirror UK.


Menerusi panduan baharu yang dikeluarkan, agensi-agensi kesihatan awam di Britain menetapkan langkah baharu itu untuk menangani penularan penyakit cacar monyet.

Antaranya termasuk me­minta pesakit berhenti melakukan hubungan seks sementara masih dijangkiti virus tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan Britain meminta orang ramai untuk berhenti melakukan hubungan seks sehingga lapan minggu, termasuk menasihati pesakit supaya memakai kondom sepanjang tempoh tersebut sekiranya terlibat dalam sebarang aktiviti seksual.

Panduan baharu itu dipersetujui oleh empat agensi kesihatan awam Briatin termasuk Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), Kesihatan Awam Scotland (PHS), Kesihatan Awam Wales (PHW) dan Agensi Kesihatan Awam Ireland Utara (PHA).

Pesakit perlu menahan diri daripada berhubungan intim semasa tempoh permulaan gejala dan tidak menyentuh sebarang jenis luka.

Walaupun ketika ini tiada bukti virus cacar monyet ada dalam cecair alat kelamin, sebagai langkah berjaga-jaga, pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan kondom selama lapan minggu selepas jangkitan.

Panduan ini akan dikemaskini apabila terdapat bukti baharu, menurut agensi-agensi ber­kenaan.

Sebelum ini, mereka mene­gaskan bahawa cacar monyet tersebar melalui sentuhan fizikal terutamanya melalui luka dan kudis.

Dalam pada itu, pesakit turut dinasihatkan untuk me­ngasingkan diri di rumah sehingga mereka didapati cukup sihat.

Penyakit mula dikesan di Congo

Penyakit cacar monyet mula dikesan di Republik Demokratik Congo pada 1979 selepas seorang kanak-kanak didapati mempunyai gejala menyerupai cacar air (smallpox), namun ujian makmal menunjukkan ia jangkitan disebabkan virus cacar monyet.

Selepas penemuan berkenaan, terdapat kes dikesan, namun terbatas di beberapa negara Afrika sahaja iaitu yang berdekatan seperti Cameroon, Republik Afrika, Gabon, Cote d'Ivoire, Liberia, Nigeria, Sierra Leone dan Sudan.

Wabak dilaporkan di luar Afrika iaitu di benua Amerika dan Eropah baru-baru ini bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Ini kerana sepanjang tempoh dari 1990-an dan era 2000 terdapat kes cacar monyet dilaporkan berlaku di luar Afrika.

Namun, apa yang perlu diberikan perhatian untuk wabak terkini yang dilaporkan itu berlaku dalam jumlah atau bilangan agak tinggi daripada yang biasa dilaporkan.

Individu ada kontak dengan monyet

Jangkitan cacar monyet berlaku dalam kalangan individu yang tinggal di persekitaran mempunyai kontak dengan monyet melalui aktiviti domestik, perladangan, pemburuan, deforestasi dan sebagainya, yang mana ia tersebar melalui gigitan haiwan atau sentuhan langsung cecair tubuh dari haiwan atau individu yang dijangkiti.

Bendalir tubuh boleh menular menerusi bendalir daripada lesi kulit berupa ruam 'makulapapular' (vesikel) yang biasanya berisi cecair, atau daripada bahagian lapisan mukosa mulut yang turut mempunyai lesi berkenaan melalui air liur dan kahak.

Tularan juga boleh berlaku melalui darah (melalui gigitan) dan sebarang bendalir tubuh daripada haiwan atau individu dijangkiti. Kumpulan umur terdedah dengan jangkitan ini ialah mereka yang aktif dalam aktiviti harian serta mempunyai potensi kontak rapat dengan haiwan atau dengan kumpulan individu berisiko.

Laporan menyebut mereka dalam kumpulan umur kurang 50 tahun berisiko terhadap jangkitan, manakala sebahagian negara melaporkan terdapat kecenderungan agak tinggi dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun.

Jangkitan ditandai demam tinggi, diikuti muncul ruam 'makulapapular' pada kulit, biasanya dalam bentuk vesikel berisi cecair dan majoritinya berlaku pada bahagian muka serta tangan dan kaki.

Penyebaran ruam jarang berada pada bahagian badan. Selain demam dan ruam, individu dijangkiti turut mengalami bengkak bahagian kelenjar limfa, berasa letih, sakit dan kejang otot.

Gejala dimanifestasikan dalam tempoh enam hingga 21 hari selepas mula terdedah pada punca jangkitan. Majoriti dijangkiti mempunyai gejala dan tanda klinikal selama tempoh dua hingga empat minggu.

Kebanyakan mereka pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi melainkan individu tertentu mempunyai masalah sistem pertahanan tubuh lemah.

Kadar kematian akibat jangkitan cacar monyet dicatatkan sekitar tiga hingga enam peratus berbanding cacar air yang merekodkan kadar kematian sehingga 30 peratus.

Kematian akibat cacar monyet biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dewasa yang 'terimunokompromi' atau mempunyai masalah komorbid. Ia turut dikaitkan dengan komplikasi organ dalaman iaitu radang di paru-paru dan otak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Cacar Monyet, Punca, Simptom Dan RawatannyaAdakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?
sumber: (1)(2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/06/pesakit-cacar-monyet-di-larang-seks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Sebut Tidak Perlu Vaksinasi Cacar Monyet Massal Asal Lakukan Langkah Langkah Ini

Who Sebut Tidak Perlu Vaksinasi Cacar Monyet Massal Asal Lakukan Langkah Langkah Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 190 hits
Pernyataannya muncul ketika Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Serikat mengatakan sedang dalam proses merilis beberapa dosis vaksin Jynneos untuk digunakan dalam kasus cacar monyet
Pakar Kesehatan Pasien Cacar Monyet Harus Hindari Kontak Dengan Hewan Peliharaan

Pakar Kesehatan Pasien Cacar Monyet Harus Hindari Kontak Dengan Hewan Peliharaan

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 147 hits
Cacar monyet yang menjadi endemik di Afrika Barat dan Afrika Tengah telah menyebar ke negara lain di Eropa dan Amerika
Kes Cacar Monyet Makin Meningkat Mysejahtera Bakal Diguna Semula Untuk Pemantauan

Kes Cacar Monyet Makin Meningkat Mysejahtera Bakal Diguna Semula Untuk Pemantauan

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 171 hits
Berikutan kes cacar monyet semakin berleluasa dan dibimbangi ramai Malaysia dikatakan sudah bersedia menghadapi kemungkinan kemasukan kes cacar monyet dengan pelan strategik dan langkah kesihatan sewajarnya
Cacar Monyet Adakah Ia Bakal Menjadi Pandemik Baru Yang Menggemparkan Dunia

Cacar Monyet Adakah Ia Bakal Menjadi Pandemik Baru Yang Menggemparkan Dunia

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 187 hits
Oleh Nurul Najihah Setelah COVID 19 dunia digegarkan lagi dengan berita penyebaran Monkeypox atau cacar monyet Ia berjangkit melalui cecair badan yang tercemar atau kontak rapat dengan orang atau haiwan yang telah dijangkiti virus tersebut ...
Who Lebih Dari 550 Kasus Cacar Monyet Ditemukan Di 30 Negara

Who Lebih Dari 550 Kasus Cacar Monyet Ditemukan Di 30 Negara

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 168 hits
Organisasi Kesehatan Dunia saat ini mencatat ada lebih dari 550 kasus cacar monyet di seluruh dunia
Who Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Mungkin Tak Dapat Dibendung

Who Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Mungkin Tak Dapat Dibendung

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 174 hits
WHO beri amaran wabak cacar monyet mungkin tak dapat dibendung Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun 2022 8 00A
Cacar Monyet Gejala Dan Penularan Mirip Virus Corona

Cacar Monyet Gejala Dan Penularan Mirip Virus Corona

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 230 hits
Covid 19 mereda Vius baru muncul yang gejalanya mirip corona yaitu cacar monyet Kita berharap cacar monyet tidak menjadi pandemi kedua setelah corona Amin Apa itu Cacar Monyet Cacar monyet adalah penyakit yang disebabkan infeksi virus langk...
Roche Swiss Kembangkan Alat Tes Pcr Untuk Virus Cacar Monyet

Roche Swiss Kembangkan Alat Tes Pcr Untuk Virus Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 160 hits
Menurut Badan Kesehatan Dunia ada lebih dari 200 kasus suspek atau terkonfirmasi cacar monyet di Eropa dan Amerika Utara
Cacar Monyet

Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 375 hits
Apakah Cacar Monyet Cacar monyet atau monkeypox merupakan sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan ke manusia Simptomnya hampir sama dengan simptom yang dilihat dalam penyakit jenis cacar pada satu ketika dahulu tetapi kurang serius secara...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Bian Gindas Cinta Angka Satu Chord

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million

Awal Kisah Cinta Angga Yunanda Shenina Cinnamon Terungkap Dekat Sejak Proyek Film Penyalin Cahaya

Resepi Terung Balado Untuk Berbuka Puasa Ramadhan Nanti

Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

Keadilan Untuk Wan Ahmad Faris