Cacar Monyet




Apakah Cacar Monyet?

Cacar monyet atau monkeypox merupakan sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan ke manusia (zoonosis virus). Simptomnya hampir sama dengan simptom yang dilihat dalam penyakit jenis cacar (smallpox) pada satu ketika dahulu tetapi kurang serius secara klinikal. Setelah pembasmian cacar pada 1980 dan pemberhentian penghasilan vaksin cacar, cacar monyet muncul sebagai orthopoxvirus yang paling penting. 
Cacar monyet biasanya berlaku di Afrika Tengah Dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika. Kes pertama cacar monyet dilihat pada seorang warganegara Kongo, Afrika Selatan pada tahun 1970. Semenjak itu, terdapat beberapa kes eksport yang dikenal pasti di Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom dan juga Singapura. Terdapat satu kes sahaja cacar monyet di Singapura yang disahkan pada bulan Mei 2019. Walaubagaimanapun, tiada kes cacar monyet di indonesia dan Malaysia.

Gejala Cacar Monyet

Gejala cacar monyet akan muncul dalam anggaran 5-21 hari selepas pesakit terdedah kepada virus ini. Jangkitan ini boleh dibahagikan kepada dua tempoh.

Tempoh pertama berlangsung selama 0-5 hari. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit otot dan rasa letih yang melampau. Benjolan kelenjar getah bening pada peringkat awal merupakan sifat yang biasanya membezakan cacar monyet daripada penyakit yang serupa seperti cacar air, campak dan cacar.Erupsi kulit biasanya berlaku satu ke 1-3 hari selepas demam. Ruam lebih tertumpu di bahagian muka dan anggota badan berbanding badan. Ruam ini akan dilihat pada muka, tapak tangan dan tapak kaki. Bahagian lain seperti mukosa mulut, genitalia, konjunktiva dan kornea turut boleh terjejas. Ruam yang terbentuk biasanya bermula sebagai bintik-bintik kemudian bertukar kepada vesikel yang berair atau bernanah. Ruam ini akhirnya akan mengering dan membentuk kerak di kulit lalu tertanggal dari permukaan kulit. Kadangkala, ruam ini boleh bergabung sekiranya tumbuh berdekatan dan menyebabkan ruam yang lebih besar saiznya.
Cacar monyet biasanya boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 2-4 minggu. Kes yang lebih serius dan berlarutan biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Penyebab Dan Faktor Risiko Cacar Monyet

Kes index biasanya pesakit yang terdedah kepada virus ini melalui kontak dengan darah dan cecair lain (seperti air liur) haiwan yang dijangkiti. Haiwan seperti tupai, monyet dan tikus dikenal pasti sebagai pembawa virus ini. Oleh itu, anda boleh mendapat cacar monyet sekiranya anda makan daging haiwan yang dijangkiti secara mentah atau kurang masak.
Jangkitan manusia ke manusia adalah terbatas tetapi boleh berlaku. Penyakit cacar monyet dalam manusia disebabkan oleh virus monkeypox  yang tersebar melalui titisan air liur pesakit yang masuk melalui mata, mulut, hidung atau luka yang terdedah. Benda pesakit cacar monyet yang tercemar juga boleh menjadi punca jangkitan seperti pakaian dan sudu. Dapatlah disimpulkan bahawa penjawat kesihatan dan mereka yang tinggal serumah dengan pesakit cacar monyet berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.


Cara Mendiagnosis Cacar Monyet
Pada peringkat awal jangkitan ini, doktor akan melakukan pemeriksaan simptom dan ruam yang timbul. Sejarah perjalanan ke negara yang tinggi dengan kes cacar monyet juga akan diambil kira kerana ini akan meningkatkan kemungkinan bahawa punca gejala yang dihadapi ialah cacar monyet. 
Namun, ruam sahaja tidak dapat mengasingkan simptom cacar monyet daripada penyakit lain yang mempunyai ruam yang serupa seperti cacar air, jangkitan bakteria pada kulit, kudis, sifilis dan reaksi alergi pada kulit. Oleh itu, ujian makmal akan dikendalikan untuk mendapat diagnosis yang tepat. Ujian ini bernama polymerase chain reaction. Antara sampel yang boleh diambil ialah:Sampel darahBiopsi ruam kulit

Rawatan Cacar Monyet
Buat masa sekarang, masih tiada rawatan spesifik untuk cacar monyet. Rawatan untuk cacar monyet biasanya rawatan simptomatik. Ubat seperti paracetamol akan diberi untuk meredakan demam dan sakit badan. Berdasarkan CDC (Centre For Disease Control And Prevention), apabila berlakunya wabak cacar monyet, ubat antiviral boleh digunakan untuk rawatan bagi jangkitan yang serius. 
Komplikasi Dan Cara Pencegahan 
Cacar monyet mempunyai kadar sembuh yang tinggi. Namun, kadar kematian dalam kalangan pesakit yang dijangkiti cacar monyet ialah sebelas peratus. Kadar kematian lebih tinggi dalam kanak-kanak. Hal ini kerana terdapat komplikasi yang boleh muncul daripada jangkitan ini. Menurut WHO, komplikasi yang boleh berlaku ialah:Jangkitan sekunderBronkopneumoniaSepsisJangkitan otakJangkitan kornea diikuti kehilangan penglihatan
Untuk mengelakkan daripada dijangkiti cacar monyet, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan
Elakkan kontak rapat dengan haiwan pembawa virus inElakkan makan makanan yang mentah atau kurang masakSentiasa membasuh tangan sebelum makan, menyentuh mata atau hidung dan membersihkan lukaElakkan berkongsi alat makan dengan pesakit cacar monyetAsingkan pesakit cacar monyet daripada orang seisi rumah Bagi penjawat kesihatan, sentiasa gunakan alat pelindung diri semasa mengendalikan pesakit cacar monyet

Sumber: Dr Sri Viknarajan, MD (Universiti Hasanuddin, Indonesia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2022/05/cacar-monyet-monkeypox.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kes Cacar Monyet Diterima Kkm Setakat Ini

Tiada Kes Cacar Monyet Diterima Kkm Setakat Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 113 hits
Tiada kes cacar monyet diterima KKM setakat ini Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 May 2022 10 47PM
Anak Buah Kawan Mak Kena Monkey Pox Tapi Tak Keluar Berita Kkm Nafi Dakwaan Penyakit Cacar Monyet Merebak Di Malaysia

Anak Buah Kawan Mak Kena Monkey Pox Tapi Tak Keluar Berita Kkm Nafi Dakwaan Penyakit Cacar Monyet Merebak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 134 hits
Tular di media sosial gambar seorang kanak kanak didakwa dijangkit penyakit cacar monyet di lokasi yang tidak dinyatakan Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut berkata kanak kanak itu merupakan anak buah kepada rakan ibunya Malah...
Who Sebut Tidak Perlu Vaksinasi Cacar Monyet Massal Asal Lakukan Langkah Langkah Ini

Who Sebut Tidak Perlu Vaksinasi Cacar Monyet Massal Asal Lakukan Langkah Langkah Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 145 hits
Pernyataannya muncul ketika Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Serikat mengatakan sedang dalam proses merilis beberapa dosis vaksin Jynneos untuk digunakan dalam kasus cacar monyet
Joe Biden Semua Orang Harus Khawatir Dengan Wabah Cacar Monyet

Joe Biden Semua Orang Harus Khawatir Dengan Wabah Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 112 hits
Sekitar 92 kasus cacar monyet telah ditemukan di 12 negara yang bukan endemik virus tersebut
Israel Konfirmasi Kasus Pertama Cacar Monyet

Israel Konfirmasi Kasus Pertama Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 125 hits
Cacar monyet sebelum terdeteksi di sejumlah negara Eropa juga Amerika Serikat Kanada dan Australia
Monkeypox Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet Kenali Simptom Dan Cara Penularan

Monkeypox Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet Kenali Simptom Dan Cara Penularan

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 134 hits
MonkeyPox Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet Kenali Simptom Dan Cara Penularan BELUM reda mengenai Covid 19 dunia kini digemparkan pula dengan penularan penyakit yang jarang berlaku iaitu monkeypox atau cacar monyet di Amerika Syarikat Sat...
Who Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Mungkin Tak Dapat Dibendung

Who Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Mungkin Tak Dapat Dibendung

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 127 hits
WHO beri amaran wabak cacar monyet mungkin tak dapat dibendung Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun 2022 8 00A
Roche Swiss Kembangkan Alat Tes Pcr Untuk Virus Cacar Monyet

Roche Swiss Kembangkan Alat Tes Pcr Untuk Virus Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 118 hits
Menurut Badan Kesehatan Dunia ada lebih dari 200 kasus suspek atau terkonfirmasi cacar monyet di Eropa dan Amerika Utara
Who Lebih Dari 550 Kasus Cacar Monyet Ditemukan Di 30 Negara

Who Lebih Dari 550 Kasus Cacar Monyet Ditemukan Di 30 Negara

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 118 hits
Organisasi Kesehatan Dunia saat ini mencatat ada lebih dari 550 kasus cacar monyet di seluruh dunia
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16