Dikatakan Inilah Driver Bas Upsi
Dato Azlan abdullah








Jika benar fulan dalam gambar ini adalah pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan beberapa orang pelajar UPSI semalam, maka fulan ini memang pernah bekerja dengan saya beberapa tahun yang lalu.
Sebelumnya saya tidak kenal beliau, tetapi saya menerimanya bekerja sebagai pengurus pentadbiran kerana pada waktu itu dia bertemu saya sambil menyatakan hasratnya untuk bekerja memandangkan dia amat-amat memerlukan kerja demi menyara keluarganya setelah dia berhenti kerja di tempat kerja lama.
Dia agak bagus dan pandai dalam menyusun fail-fail serta dokumen pejabat, mungkin disebabkan dia pernah menimba pengalaman di tempat kerja sebelumnya.
Cuma satu saya perhatikan, dia agak cepat marah dan sedikit sukar menerima teguran. Sama ada pada waktu itu dia belum bersedia menambah pengalaman melalui nasihat atau pandangan orang lain, atau dia merasa ego kerana dia rasa dia lebih pandai, Wallahuaklam.
Setelah berkhidmad beberapa ketika dan ada ' beberapa pertembungan pandangan ' yang menunjukkan kurangnya keseraksian dalam mengendalikan urusan kerja di pejabat, saya memintanya berhenti dengan cara yang baik sekaligus memelihara silaturrahim pada masa hadapan.
Dia berhenti kerja dengan baik, dan saya sangka semuanya murni sahaja seperti kebanyakan bekas pekerja yang datang serta pergi biarpun kami tidak lagi bertemu selepas itu.
Sehinggalah suatu ketika, seorang kawan saya memberitahu saya bahawa si fulan tersebut sering berkata yang kurang enak terhadap saya kepadanya di belakang saya dengan macam-macam persepsi tidak sewajarnya.
Awalnya saya agak terkilan, tapi saya mengambil langkah bertabayyun dan bersangka baik, mana tahu kot-kot kawan tersebut sengaja mereka cerita, apatah lagi saya sendiri tidak mendengar secara langsung perbualan kurang enak yang dikatakan diucapkan oleh si fulan tersebut kepada saya .
Jadi saya mengambil langkah berdiam diri sambil menganggap perkara itu adalah biasa terutamanya bila ada orang-orang tertentu tidak suka dengan kita, itu adalah normal.
Apatah lagi, kita sebagai bos tentu saja tidak sempurna. Jadi , saya terbuka jika dikritik. Tapi, jangan pula hingga ke tahap membuat tohmahan tidak patut apatah lagi sehingga memerli dengan komen yang merendahkan orang lain secara peribadi.
Buat kesekian kalinya, saya harap sikap fulan tersebut hanyalah sekilas angin lalu dan bukanlah kerana hasad dengki terhadap saya. Saya sangka, semua itu akan berakhir.
Namun sangkaan saya meleset, fulan tersebut nampaknya terus-menerus memburukkkan saya, kali ini dengan turut ' menumpang sekaki ' dengan kaki-kaki fitnah seperti Che Wan Al Lakazam yang mana ada di antara individu dalam geng-geng tersebut yang saya ambil tindakan saman fitnah.
Saya menyedarinya apabila-kira-kira lebih setahun yang lalu, kawan saya menunjukkan kepada saya komen-komen buruk fulan tersebut terhadap saya di faceebook, siap dia mention nama pangilan saya lagi.
Saya terkejut, apa kena dengan dia ni ? Komen-komen buruk dan berunsur mengejek atau memerli terhadap saya sedangkan dia tak pernah ada urusan apa-apa lagi dengan saya selepas dia berhenti kerja.
Apa lagi yang dapat saya bersangka baik , sehingga saya terpaksa beranggapan si fulan ini sebenarnya mungkin mempunyai hasad dengki terhadap saya.
Saya ditunjukkan satu-persatu komen buruk daripada fb yang beliau gunakan untuk urusan perniagaan sewa bas.
Bukan sekali, namun berkali-kali dan berulang.
Saya jenis agak teliti supaya tidak mudah terjatuh ke dalam dosa menuduh atau berburuk sangka tanpa usul periksa. Maka, saya selidik lebih mendalam fb tersebut dan saya yakin dengan jelas bahawa itu memang fb kepunyaan beliau, cuma beliau kerap gunakan sebagai platfom untuk menawarkan servis sewa bas yang beliau uruskan.
Menurut saya, memang fulan tersebut tujukan komen-komen buruk itu kepada saya.
Ada komen yang saya rasa sangat menyedihkan, saya delete. Namun ada juga komen tersebut yang staf saya siap screenshoot simpan sehingga kini.
Saya sedih dan benar-benar kecewa, tak sangka orang yang pernah menumpang rezeki dari asbab perniagaan saya dan tanpa ada apa-apa urusan melibatkan saya selepas dia berhenti kerja, namun bertindak berlanjutan memburukkan saya.
Saya akui, dalam sedih diperlakukan sedemikian oleh orang yang pernah bekerja dengan saya, beberapa kali saya solat hajat dan berdoa kepada Allah agar Allah tunjukkan kesedaran dan kurniakan hidayah kepada fulan itu supaya dia dapat meneruskan hidup dengan lebih berkat.
Semalam, ketika mendapat berita kemalangan maut melibatkan bas di Grik, Perak, sehingga mengorbankan belasan nyawa para pelajar UPSI, saya sangat bersedih.
Melihat video bas dipandu laju sehingga terbabas dan terbalik, hati kecil saya marah walaupun pada waktu itu saya tidak tahu pun siapa pemandu bas tersebut. Ya, keselamatan penumpang adalah keutamaan. Apatah lagi hari ini melihat video mangsa di kalangan pelajar yang terselamat namun tercedera menceritakan detik cemas sambil menangis, hati bertambah hiba dan turut sama menangis.
Walaupun hari in saya mendapat tahu pemandu bas tersebut adalah fulan yang pernah memburukkan saya, saya tidak kisah akan cerita peribadi beliau terhadap saya.
Saya tidak berdendam walau saya diburukkan oleh fulan itu tanpa sebab. Saya memaafkan.
Cuma jauh di sudut hati, saya harap dia beristighfar memohon keampunan kepada Allah di atas musibah ini, dan mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku.
Ingat, mengata orang itu beroleh dua dosa. Jika apa yang diperkatakan adalah betul, dapat dosa kerana mengumpat. Jika apa yang diperkatakan adalah salah, dapat dosa memfitnah.
Sedarlah, doa orang yang dizalimi itu dekat di sisi Allah . Bukan berdoa atau mendoakan keburukan, cuma meminta diberikan hidayah. Dan seringkali doa itu ' dijawab ' dengan pelbagai cara oleh Allah.
Selebihnya tentang kejadian kemalangan itu, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka menyiasat kemalangan yang berlaku.
Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban, dan saya doakan ketabahan serta kesembuhan kepada mangsa-mangsa yang tercedera.
Akhir kata, saya turut nasihatkan diri saya sendiri serta memperingatkan semua. Marilah kita semua berhati-hati terutamanya di jalan raya, InsyaAllah pandu cermat jiwa selamat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/06/dikatakan-inilah-driver-bas-upsi.html