Dijemput Ilahi Ketika Laung Azan Guru Kongsi Sifat Terpuji Bilal Muda


‘NAMAMU tersemat kemas di hati teacher semenjak teacher mengajar kamu di tingkatan 5 Marikh tahun 2015 lagi.
Itu yang ditulis guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Kuantan, Pahang menerusi catatan Facebook Normujaidah Osman bertarikh 11 Mei 2019 (Sabtu).
Dalam catatan tersebut, Teacher Normujaidah melahirkan perasaan sedih dan pilu dengan pemergian anak muridnya, Amirul Najmi ketika melaungkan azan kedua solat Jumaat, baru-baru ini.
Ikuti selanjutnya, perkongsian kisah Amirul Najmi yang pasti membuatkan ramai sebak.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Seorang lagi anakanda ku telah berpulang ke negeri abadi.
Sungguh kematian ini sangat teacher cemburui, duhai anakanda Amirul Najmi.
Pergi mengadap Ilahi tatkala engkau bertugas sebagai bilal yang sedang melaungkan azan kedua, menyeru umat manusia mengadapNya menunaikan solat Jumaat.
Rupa-rupanya, anakanda telah terlebih dulu menemuiNya secara abadi sebelum sempat para jemaah menyahut seruanmu tatkala kamu rebah ketika itu.
Kata doktor, pemergianmu akibat pendarahan di dalam otak.
Duhai anakanda Amirul Najmi,
Namamu tersemat kemas di hati teacher semenjak teacher mengajar kamu di tingkatan 5 Marikh tahun 2015 lagi.
Anak yang sangat berdedikasi dan berakhlak mulia.
Anak yang sentiasa mendamaikan jiwa.
Takkan teacher lupa perbualan kita bila kamu nyatakan hasrat kamu dulu.

“Teacher, saya minat nak sambung bahagian agama, tapi saya bukan pelajar sekolah agama.”
Allah. Kamu punya cita-cita yang sangat jelas.
“Kamu ambil Tasawwur Islam, kan? Cuba tengok syarat kemasukan ke mana- mana IPT. Mungkin ada kursus yang bersesuaian yang tidak mensyaratkan kamu ambil mata pelajaran Bahasa Arab semasa SPM.”
Lalu, kamu melangkah dengan begitu bersemangat sejak kamu belajar di Jabatan Dakwah, KUIPSAS.
Kamu tidak hanya menunjukkan kesungguhan di dalam kelas. Malah kamu begitu gigih berada di medan.
Sungguh, meneliti kisah- kisah kamu dalam melunaskan tugasan pengajian kamu buat teacher rasa sangat bangga, Amirul Najmi.
“Aku ajar sekolah biasa. Tapi ada anak didikku jadi Ustaz. Moga sedikit ilmu Bahasa Inggeris serta ilmu kehidupan yang teacher ajar itu akan dapat membantumu menyebar luaskan lagi perananmu di medan dakwah, anakku.’
Itu getus hati teacher. Doa yang teacher panjatkan kepada Ilahi tatkala kita berjumpa bila kamu datang melawat teacher di sekolah.
Malah teacher masih ingat sifat merendah diri kamu bila teacher bagi saranan ini kepada kamu.
“Tahniah. Nampaknya sudah jadi orang hebat sekarang. Berceramah di sana sini. Boleh lah ya, teacher jemput ke sekolah, bagi ceramah motivasi kepada adik- adik selaku alumni?
“Allah. Segan saya, teacher. Saya ni baru-baru belajar. Tapi kalau teacher nak, saya boleh cadangkan kawan saya di KUIPSAS. Beliau masuk program TV hari tu. Dia lagi best, teacher.”
Aduhai. Rupa-rupanya perancangan kita terhenti di situ.

Teacher sayang kamu, Najmi.
Ibu bapa kamu tentu juga sayangkan kamu.
Namun, Allah lebih lagi mengasihi kamu tatkala dia menjemput kamu pulang di dalam bulan yang penuh keberkatan.
Bertepatan pula pada hari Jumaat di rumahNya yang mulia.
Maka termakbullah hasrat kamu duhai anakku saat kamu menyatakan bahawa kamu mahu berdakwah ke seluruh pelusuk dunia, menyebut nama Tuhanmu sehingga penghujung usia dan Allah memakbulkannya dengan menjemput kamu pulang di saat kamu sedang bersungguh-sungguh menyeru manusia menuju Tuhan sekalian alam.
Menuju sebuah kejayaan!
Sungguh anakku. Bondamu ini sangat cemburu.
Damai lah anakanda.
Tiada lagi kerisauan buatmu tatkala bertahan melawan kesakitan.
Tiada lagi kerisauan untuk kamu menangguhkan pengajian kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sungguh anakku. Bondamu ini bersaksi bahawa perjalanan hidupmu penuh dengan kebaikan.
Maka selayaknya kamu dimuliakan Allah sebegini, di saat kamu berangkat pulang.

Berangkat menuju sebuah kejayaan!
Tidurlah anakanda.
Damailah aduhai nyawa.
Tugasan dakwahmu sudah selesai.
Sekarang tugasan teacher pula menyebarkan kebaikan kamu agar teacher di izinkan Allah untuk bersedekah pahala buatmu pula, andai bicara tinta ini dapat menyapa mana- mana jiwa.
Selamat tinggal anakku.
Selamat pulang ke pangkuan Tuhan yang sedang merinduimu.
Kamu telah pergi dulu.
Kudoakan agar di JannahNya kita bertemu.
NORMUJAIDAH OSMAN
Bonda yang sedang rindu dan cemburu.
Sumber: Normujaidah Osman


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/dijemput-ilahi-ketika-laung-azan-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilal Muda Dijemput Ilahi Saat Laung Azan Solat Jumaat

Bilal Muda Dijemput Ilahi Saat Laung Azan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1079 hits
SEORANG bilal muda meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan solat Jumaat semalam Amirul Najmie Asrul Leonard pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah itu rebah ketika berdiri untuk melaungkan azan kedua Jumaat di Masjid ...
Rebah Saat Laung Azan Solat Jumaat Jemaah Masjid Jadi Saksi Bilal Muda Dijemput Ilahi

Rebah Saat Laung Azan Solat Jumaat Jemaah Masjid Jadi Saksi Bilal Muda Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 452 hits
Semalam seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Izzan telah mencoretkan sedikit perkongsian mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan Teman rapatnya itu yang dikenali sebagai Amirul Najmie dilaporkan rebah semasa...
Bilal Baru Dilantik Menangis Laung Azan Kali Pertama Di Masjid Nabawi

Bilal Baru Dilantik Menangis Laung Azan Kali Pertama Di Masjid Nabawi

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 343 hits
SEORANG lelaki yang baru dilantik menjadi bilal di Masjid Nabawi menangis teresak esak apabila melaungkan azan buat kali pertama di masjid suci umat Islam itu Bilal yang dikenali sebagai Mohammed Marwan dilantik sebagai bilal baharu bagi me...
Bertemu Ilahi Ketika Laung Azani

Bertemu Ilahi Ketika Laung Azani

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 405 hits
ISMA WEB Ustaz cerita nostalgia bersama pelajar semester lima Diploma Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad ShahBANGI Perginya pada penghulu segala hari pada bulan yang lebih baik daripada 1 000 bulan di tempat mulia ia...
Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 380 hits
SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban Trong Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi Dalam kejadian jam 8 45 malam itu Shaharudin Nordin 65 meninggal dunia akiba...
Wanita Kongsi Pengalaman Anak Nampak Kakak Ketika Bermalam Di Hutan

Wanita Kongsi Pengalaman Anak Nampak Kakak Ketika Bermalam Di Hutan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 774 hits
Pastinya ada ujian getir buat para pendaki lagi lagi yang suka membawa bersama anak bermalam di dalam hutan pergunungan apatah lagi saat berdepan gelap malam debaran mistik yang boleh terlihat oleh hijab pandangan anak yang mulus hatinya In...
Meninggal Dunia Ketika Sedang Laungkan Azan Jumaat Perginya Pemuda Ini Amat Dicemburui

Meninggal Dunia Ketika Sedang Laungkan Azan Jumaat Perginya Pemuda Ini Amat Dicemburui

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kerap kali kita dengar berita pemergian orang yang baik baik di bulan Ramadan yang berkat ini Terbaru satu perkongsian di Facebook menjadi tumpuan netizen apabila seorang pemuda telah dijemput Ilahi ketik...
Ibu Muda Ini Kongsi Tips Kewangan Dan Pengalaman Bersalin Di Avisena Specialist Hospital

Ibu Muda Ini Kongsi Tips Kewangan Dan Pengalaman Bersalin Di Avisena Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 978 hits
Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti mengimpikan melalui proses itu di hospital yang selesa dan dibantu oleh doktor pakar dan jururawat yang mesra dan berkemahiran tinggi Paling penting suami tersayang sentiasa berada di sisi setiap ...
Tiada Siapa Boleh Pisahkan Kami Kecuali Pengasas Dnars Sempat Tinggalkan Pesanan Sebelum Dijemput Ilahi

Tiada Siapa Boleh Pisahkan Kami Kecuali Pengasas Dnars Sempat Tinggalkan Pesanan Sebelum Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1820 hits
USAHAWAN kosmetik Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad sebenarnya sempat menitip pesanan semua anaknya seminggu sebelum dijemput Ilahi Tiada siapa boleh pisahkan kami kecuali Pengasas Dnars sempat tinggalkan pesanan sebelum dijemput Ilahi
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall