Didiktv Kpm Mula Bersiaran 17 Februari


Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bakal memperkenalkan semula saluran khusus TV Pendidikan dan mula bersiaran 17 Februari ini dengan dikenali sebagai DidikTV KPM.
Saluran itu ke udara setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam dan dijadual dilancar secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama bersiaran.
“Pewujudan saluran ini adalah usaha berterusan dalam meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi semua murid seluruh negara,” kata kenyataan kementerian itu di sini hari ini.
DidikTV KPM boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 107 di platform MYTV atau siaran TV satelit berbayar Astro saluran 147 dan juga siaran kabel UnifiTV di saluran 107.
Kenyataan tersebut memaklumkan, bagi set jenis televisyen digital bersepadu atau IDTV yang menggunakan antena, carian saluran boleh dibuat melalui kaedah penalaan automatik.
Sebelum ini, kementerian berkenaan sejak tahun lalu pernah menyediakan program berjumlah 11 jam setiap hari menerusi saluran TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan slot DidikTV NTV7.
“Program disiarkan saluran DidikTV KPM ini diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum malah pihak kementerian sentiasa komited melakukan yang terbaik,” katanya.
Kenyataan itu menjelaskan, ia juga menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan semasa, program bercorak didik hibur serta pengisian kandungan yang dihasilkan oleh murid sendiri.
Di samping itu ujarnya lagi, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan bagi mengisi ruang slot tertentu sepanjang tempoh waktu siaran selama 17 jam sehari tersebut.
TV Pendidikan mula dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak Hussain pada 1972 dengan menumpang saluran TV1 dan TV2 RTM sehingga 1999.
Saluran itu kemudian disiarkan menerusi Astro sejak tahun 2000 hingga 2006 sebelum berpindah kepada stesen TV9 pula dan akhirnya ditamatkan langsung pada akhir 2008 lepas.
Mulai 2009, saluran ini digantikan dengan pewujudan laman sesawang rasmi EduwebTV milik kementerian yang turut merintis konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ia dihidupkan kembali dengan menumpang TV Okey, TV Tutor dan NTV7 pada tahun lalu susulan penutupan sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan bagi kekang wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/didiktv-kpm-mula-bersiaran-17-februari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Perkenal Didiktv Kpm Mulai 17 Feb

Kpm Perkenal Didiktv Kpm Mulai 17 Feb

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 300 hits
Astro AwaniDidikTV KPM akan bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk di Tutor TV ASTRO saluran 147 Gambar hiasan BERNAMA KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidi...
Pm Launches Didiktv Kpm

Pm Launches Didiktv Kpm

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 415 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin speaks during the launch of TV Pendidikan s special channel DidikTV KPM KUALA LUMPUR Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today launched TV Pendidikan s special channel DidikTV KPM He said the chan...
Saluran Ntv7 Akan Ditukar Kepada Tv Pendidikan Dikenali Sebagai Didiktv Kpm

Saluran Ntv7 Akan Ditukar Kepada Tv Pendidikan Dikenali Sebagai Didiktv Kpm

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 760 hits
Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari ini Pelancaran siaran televisyen pendidikan ini pastinya memberi kelegaan kepada golongan pendidik ibu bapa dan muri...
Setelah Didesak Pelbagai Pihak Akhirnya Kerajaan Wujudkan Saluran Khas Didiktv Kpm

Setelah Didesak Pelbagai Pihak Akhirnya Kerajaan Wujudkan Saluran Khas Didiktv Kpm

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 328 hits
February 13 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM yang akan memulakan siaran pertamanya pada 17 Februari ini Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KPM saluran te...
Didiktv Kpm On Air From Feb 17 To Be Launched By Pm

Didiktv Kpm On Air From Feb 17 To Be Launched By Pm

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR The Education Ministry will introduce a special TV Pendidikan channel known as DidikTV KPM which will air special programmes based on the ministry curriculum Starting Feb 17 DidikTV KPM will air from 7am to midnight daily on ch...
23 Tahun Beroperasi Saluran Ntv7 Akan Tamat Siaran Hari Ini Bakal Diganti Dengan Didiktv Kpm

23 Tahun Beroperasi Saluran Ntv7 Akan Tamat Siaran Hari Ini Bakal Diganti Dengan Didiktv Kpm

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 782 hits
Setelah bersiaran sejak 7 April 1998 Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7 akhirnya mengundur diri bagi memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM pada Khamis ini Difahamkan DidikTV K...
Salahkan Kpm Didiktv Bukan Guru Kata Aktivis Selepas Rancangan Tv Dikecam

Salahkan Kpm Didiktv Bukan Guru Kata Aktivis Selepas Rancangan Tv Dikecam

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 365 hits
February 19 2021 Jangan mengejek guru tetapi persoal pihakbertanggungjawab kata Teo Nie Ching PETALING JAYA Aktivis memberitahu Kementerian Pendidikan dan penerbit DidikTV supaya mengambil tanggungjawab ke atas rancangan TV Pendidikan yang ...
Didiktv Kpm Lonjak Sektor Pendidikan Negara

Didiktv Kpm Lonjak Sektor Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 354 hits
Oleh Saluran DidikTV KPM adalah sebahagian usaha Kementerian Pendidikan membantu pelajar sekolah dalam proses PdPR Foto Saifullizan Tamadi KUALA LUMPUR Inisiatif saluran khusus TV Pendidikan DidikTV KPM adalah satu transformasi kemahiran pe...
Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kampung Warna Warni Perlis

Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear

Pico Laser Kl Brighter Smoother Skin With Dr Chong Clinic

Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment