Dicop Pekerja Migran Ini Hakikat Struggle Ali Dari India Yang Ramai Tak Tahu
Bukan dalam 'Squid Game' je sedih hidup dia, rupanya dalam realiti jauh lagi teruk. Betullah orang kata, rezeki tu tak salah alamat. #ErinSakura
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)
Sejak menjadi hit di peringkat antarabangsa, tak dinafikan kesemua bintang K-drama ‘Squid Game‘ kini melonjak populariti masing-masing. Antaranya adalah pelakon dari India, Anupam Tripathi yang memegang watak sebagai Pemain 199 ataupun pekerja migran Pakistan yang dikhianati, Abdul Ali.
@ferigoper03 ##squidgame ##netflix ##sangwoo ##alisquidgame ##xyzbca ##😭
♬ Hero - Cash Cash,Christina Perri Sembunyikan rancangan untuk pindah Korea daripada mak ayah Mengorak langkah sebagai pelakon di negara orang bukanlah suatu yang mudah buatnya. Untuk rekod, Tripathi dilahirkan di New Delhi dari latar keluarga sederhana. Dia kemudian berpindah ke Korea Selatan pada 2010 setelah rakannya mengesyorkannya mendapatkan biasiswa dari Universiti Nasional Korea (KARTs). Ketika pertama kali sampai di sana, dia bergelut dengan masalah kejutan budaya seperti makanan dan bahasa.
“Saya sampai sembunyikan rancangan untuk berpindah ke Korea Selatan daripada ibu bapa kerana mereka menentangnya. Tapi mereka hanya mengalah apabila keputusan entrance examination saya diterima.”
Struggle sesuaikan diri…dicop watak pekerja migran Disebabkan mahu penuhi karier impiannya sebagai aktor, Tripathi bekerja sambilan sebagai seorang pelakon teater. Pada 2014 dia mendapat peranan pertama dalam ‘Ode To My Father’, iaitu filem keempat terlaris dalam sejarah pawagam Korea Selatan. Selama tempoh 1 dekad, Tripathi hanya memegang watak sampingan sahaja yang kebanyakannya sebagai ‘pekerja migran’. Walaupun begitu Tripathi tidak pernah mengeluh, sebaliknya bersyukur memiliki pekerjaan dan ambil peluang tersebut untuk memperkasakan Bahasa Korea.
Penangan Squid Game ubah hidupnya…tapi tak dapat kongsi kejayaan dengan seorang individu Ibarat terima durian runtuh, penangan watak ‘Ali’ nyata mengubah hidup Tripathi sekelip mata apabila bakatnya jadi tumpuan seluruh dunia. Ibu dan ahli keluarganya di India turut berbangga dengan pencapaian tersebut, sambil memuji kualiti lakonan mantapnya. Akan tetapi, malangnya cuma ada satu individu saja yang tidak sempat melihat kejayaan yang diraih hari ini.
“Ayah saya pasti gembira melihat kejayaan ini, tetapi dia telah dijemput ajal sejak 2017. Kalau tahu mengenainya, dia pasti sangat gembira..”
SOURCE: 8 Days Singapore
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/dicop-pekerja-migran-ini-hakikat.html