Diari Seorang Penulis Upahan
Penulis Upahan dan Ghost Writer adalah individu yang sama. Begitulah penulis yang menawarkan khidmat menulis bagi pihak pelanggan. Aku pula berasal daripada seorang blogger, mulai serius menjadi penulis upahan sejak tahun 2020. Semasa menjadi aktif blogger, dalam jiwa aku dah ada minat menulis untuk orang lain, aku mempunyai satu perasaan di mana ingin merahsiakan penulisan aku daripada mata pembaca. Sehingga lahirlah blog personal aku ni, dengan nama pun ehbelogaku.com. Penulis upahan sepenuh masa
Sebelum aku menjadi penulis upahan ni, aku sudah dapat offer daripada prospek mengenai buat majalah syarikat. Pernah juga orang meminta beli karya seram aku di blog dengan harga RM 30 untuk satu cerita seram pendek. Tapi itulah, masa tu aku takde ilmu langsung mengenai dunia penulisan. Dunia blogger pula tidak sama dengan dunia penulis upahan. Yang membezakan blogger adalah, mereka mesti memiliki blog personal dan sentiasa kelihatan cantik serta mempunyai analytic di blog yang cantik iaitu engagement blog dan social media juga.
Manakala, penulis upahan ini tidak perlu popular untuk mendapatkan job tetapi portfolio sebagai penulis mestilah kukuh. Dan, pendapatan jangka panjang sudah semestinya menjadi penulis upahan. Dan, sebagai penulis upahan tidak juga boleh terlalu selesa, sebab bidang penulisan itu sangat luas.
Bila aku sudah memasuki dunia penulis upahan ( ghost writer ), terasa sangat seronok. Baru lah aku menarik nafas lega. Bukan apa, memang kena dengan jiwa aku ni. Banyak kelas-kelas penulisan aku sertai termasuklah kelas marketing. Semuanya kerana minatku mendalam untuk membantu pemilik bisnes kecil dan besar dalam penulisan manuskrip, ebook, copywriting dan menulis artikel. Bahagikan masa antara Suri Rumah dan Penulis Upahan
Aku adalah seorang suri rumah sepenuh masa, dalam masa yang sama juga aku menjadi penulis upahan secara sepenuh masa. Ada yang bertanyakan kepada aku bagaimana aku bahagikan masa antara suri rumah dan penulis upahan. Allah dah bagi masa kepada semua orang memiliki 24 jam untuk menguruskan masa seharian. Begitu juga aku yang sibuk dengan kerja rumah tangga. Cara aku adalah dengan bangun tidur seawal 4 pagi sebagai seorang suri rumah. Waktu malam aku masuk tidur pada jam 10 malam. Dan jika ada prospek yang whatsapp aku selepas jam 10 malam keatas. Aku membalasnya keesokan pagi.
Berbalik kepada bangun seawal jam 4 pagi, aku tidak mengejar hal keduniaan. Sebaliknya aku solat sunat taubat dan bersama solat sunat lain. Kemudian mengaji dan berzikir selepas habis semua perkara diatas baru lah aku menyiapkan kerja-kerja ghostwriting.
Kerja rumah aku buat sikit-sikit. Jenis aku tidak boleh bersihkan rumah dalam masa 24 jam tanpa henti. Sebab itu bukan cara aku, bila aku lakukan begitu betapa stress nya aku sebagai suri rumah. Jadi, aku buat mana yang termampu sahaja. Sebahagian kerja rumah di ambil alih oleh suamiku walaupun suami seorang yang suka membebel dalam hal rumah tangga.
Suami Reda dengan kerjaya aku, Penulis Upahan
Sebelum aku bergelar penulis upahan, suami aku reda. Dia lagi menyokong kerjaya aku. Langsung tidak pernah paksa aku untuk bekerja. Tapi sikap aku yang jenis tidak suka menyusahkan suami, aku sentiasa berusaha untuk majukan diri. Lagi pun, suami ku perlu menyara mak mertuaku dan 2 orang lagi ibu saudaranya yang uzur. Ini lah satu sebab mengapa aku kena paksa diri untuk lebih ke depan.
Suami aku sendiri pun buat 2 kerja sejak tahun 2012 lagi. Jawatan suami ku adalah IT Engineer, oleh sebab bekerja dengan syarikat berlainan bangsa. Jadinya IT Engineer di tukarkan kepada Technician, dengan bergajikan lebih rendah sebagai IT Engineer. Namun begitu, suami ku reda dengan melakukan kerja sampingan iaitu melakukan kerja perniagaan security seperti pemasangan CCTV, alarm system, networking, trouble shoot dan pemasangan aksess door.
Modal sebagai Penulis Upahan
Sebenarnya jadi penulis upahan ni, ada modal. Iaitu penggunaan internet, bayaran bulan RM 89. Bil Elektrik, bil telefon dan modal lain sebuah laptop.
Sebagai individu yang menjalankan bisnes menulis, laptop paling utama. Tiada laptop, memang sukar untuk menaip kerja-kerja menulis. Bukan sekadar menulis kerja client ( menulis artikel, ebook, manuskrip dan copywriting ) . Bahkan invoice perlu di taip menggunakan laptop.
Ya, aku tahu mungkin ada yang cakap boleh menulis menggunakan smartphone. Tetapi anda di kaca mata prospek, menunjukkan bahawa anda TIDAK SERIUS dalam bisnes dan tidak professional. Sebelum anda di berikan tugasan, prospek akan menilai terlebih dahulu diri anda.
Modal lain sebagai penulis upahan ialah IDEA dan masa. Dan, aku percaya idea adalah paling mahal sebagai seorang penulis upahan. Dan aku percaya, semua penulis di luar sana juga mempunyai skill yang sama begini. Seterusnya modal lain ialah masa. Penulis upahan luangkan masa mereka untuk brainstorm bagi menghasilkan idea kreatif khusus buat client. Lagi-lagi penulis upahan seperti aku, aku paksa diri untuk menulis 2 kali sehari untuk client dan juga diri sendiri sebagai terapi aku. Pengalaman berurusan dengan client VIP/VVIP
Bagi aku memilih kerjaya sebagai penulis upahan tidak begitu mudah pada awalnya. Sebelum mendapat sesuatu job menulis, mesti ada cabaran terlebih dahulu. Masya allah, aku dapat harungi dugaan tersebut. Sebelum menerima job, pelbagai prospek pernah aku jumpa. Daripada orang biasa sehinggalah VIP. Masya allah, ada client berpangkat Datin juga menggunakan servis penulisan aku untuk menulis ebook bisnes bagi pihak mereka.
Dan, aku langsung tidak tahu latar belakang client dek kerana sikap humble nya. Langsung tidak bahasakan dirinya 'Datin' dalam perbualan kami di whatsapp. Sudah hampir siapkan ebook, baru lah aku tahu. Itu pun sebab dia berikan maklumat untuk aku translate. Dan satu lagi client manuskrip, bussiness woman. Betapa merendah diri sikapnya untuk bekerjasama dengan aku. Syukur sangat, allah hadirkan kepadaku client yang baik-baik.
Akhir sekali, sebagai penulis upahan aku juga telah menyertai pelbagai kelas sebagai bekalan aku untuk pergi lebih jauh dalam industri penulisan.
Facebook : https://www.facebook.com/ina.norazlina
LinkedIN : https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7/
Whatsapp : wasap.my/60189107161/servisghostwriter
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2022/01/diari-seorang-penulis-upahan.html