Diam Atau Berbicara Lebih Baik Ini Pandangan Islam


Membaca kisah-kisah yang dirakamkan dalam al-Quran akan memaparkan kepada kita seribu ibrah dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
Jika anda masih ingat tentang kisah Maryam a.s., setelah beliau melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa kewujudan seorang ayah, Allah SWT memerintahkannya untuk diam dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada kaumnya. Situasi ini dirakamkan dalam al-Quran iaitu: 
“Makan, minum, dan bersukacitalah engkau. Jika engkau melihat seseorang, katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernazar puasa (bicara) untuk Tuhan Yang Maha Pengasih. Oleh kerana itu, aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.’” (Surah Maryam: 26)
Dalam situasi Maryam a.s., kita dapat fahami bahawa diam adalah solusi untuk menenangkan masyarakat yang terperanjat akan hal yang ajaib tersebut.
Melalui kisah ini, mesej yang ingin disampaikan ialah ketika keadaan menjadi genting, diam boleh menjadi pilihan terbaik untuk seseorang bertindak.
Lebih Baik Daripada Kata Sia-sia
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah berpesan agar orang yang beriman kekal diam sekiranya tidak ada  perkara yang baik untuk diperkatakan.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam...” (HR Bukhari [6475] dan Muslim [47])
Hadis ini merupakan panduan terbaik untuk seorang mukmin menguruskan lisannya. Bercakap merupakan salah satu medium komunikasi penting bagi manusia. Justeru, Islam menganjurkan adab-adab tertentu berkaitan lisan atau percakapan.
Berdasarkan kepada hadis di atas, diam adalah lebih baik daripada bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Satu tip yang mudah tetapi ramai yang belum dapat amalkan.
Pada hari ini, ramai yang suka bercakap tentang semua perkara, dan apabila banyak bercakap, banyaklah salahnya. Apabila banyak salah, maka banyak kemudaratan yang akan timbul seperti perbalahan, persengketaan dan permusuhan. 
Tajam Seperti Pedang
Lidah tidak bertulang tetapi mampu menjadi tajam seperti pedang, Kata orang, lajak perahu boleh diundur, lajak mulut, padah balasannya. Justeru, menahan diri daripada berkata perkara-perkara yang tidak berfaedah ialah salah satu kemuliaan dalam Islam.
Berapa banyak persengketaan yang wujud hanya kerana lisan yang tidak terjaga. Malah, orang yang sentiasa bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu diibaratkan seperti tin kosong yang berbunyi tetapi tiada berguna.
Pepatah diam-diam ubi berisi ada benarnya. Diam membolehkan seseorang berfikir dengan baik dan menghasilkan sesuatu dengan hikmah. Pendek kata, dengan diam, akal boleh berfikir dengan tenang.
Oleh sebab itu, Imam Syafie menurut sudut pandangannya menerangkan bahawa apabila seseorang itu hendak berbicara, maka hendaklah berfikir terlebih dahulu.
Jika jelas bahawa kata-katanya itu akan membawa kemaslahatan, maka berbicaralah. Namun, jika sebaliknya, maka eloklah berdiam diri. 
Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan untuk menyampaikan tujuan-tujuan komunikasi sesama manusia tidak akan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.
Sebaliknya ia digunakan untuk mengeluarkan kata-kata yang berhikmah dan nasihat-nasihat yang membetulkan perjalanan hidup manusia.
Manakala peranan diam pula dijadikan benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia atau yang tiada keperluannya.
Cakna Pada Yang Perlu Sahaja
Dalam dunia tanpa sempadan, seseorang yang menjadikan imannya sebagai panduan dalam bertindak, akan berfikir sebelum bercakap atau bertindak. Islam menganjurkan Muslim untuk mengelakkan daripada menyibukkan diri dengan hal yang tiada kaitan dengannya. 
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Antara kebaikan keislaman seseorang, dia meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya.” (HR Tirmidzi, 2317, Hadis Hasan)
Imam al-Ghazali pernah berkata:
“Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, maka perlulah kita sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata.
Dengan kata lain, kita hendaklah bijak ketika berkomunikasi kerana sekiranya kata yang diucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita.
Diam Adalah Kebijaksanaan
Kata-kata ialah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ingatkah anda akan satu ayat dalam Surah Yasin iaitu:
اَلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلٰٓى اَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ اَيْدِيْهِمْ وَتَشْهَدُ اَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
“Pada hari ini Kami membungkam mulut mereka, tangan merekalah yang berkata kepada Kami dan kaki merekalah yang akan bersaksi terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin: 65)
Maka, diam memiliki hikmah dan ciri kriteria tersendiri ketika dipraktikkan. Apa yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk diam dan ketika bila pula bersuara sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain.
Diam pada tempatnya boleh menjadi kebiasaan apabila ia diterapkan dalam diri, dan mampu menjadikan kita lebih produktif.
Bersikap diam itu juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan, bahkan merupakan akhlak baik yang mampu mendidik masyarakat awam daripada terjerumus ke lembah permusuhan dan kekeliruan. Rasulullah SAW pernah menyatakan kepada Abu Zar r.a.:
Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (salafussoleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) atas dasar ilmu, mereka memiliki penelitian yang tajam (menembus), namun adakalanya mereka menahan dirinya (daripada meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya.” (Bayan Fadhli Ilmi Salaf)
Walau bagaimanapun, ada ketika diam bukan pilihan yang baik. Sebagai contoh, diam jika dizalimi, diam ketika menyaksikan kemungkaran atau kezaliman.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Katakanlah kebenaran walaupun pahit.” (HR Ibnu Hibban, 361)
Ini bermakna, kemungkaran tidak boleh didiamkan kerana setiap Muslim bertanggungjawab untuk melakukan amar makruf nahi mungkar.
Kata Baik Sumber Pahala
Lalu, diam atau berkata-kata? Yang manakah lebih utama? Dalam banyak keadaan, iman dan etikalah yang menentukannya.
Islam menggambarkan kata-kata yang baik sebagai suatu yang terpuji. Ini bermakna, bercakap tentang kebaikan dan perkara yang mendatangkan manfaat – meskipun banyak – ialah amalan yang baik. Dalam surah Ibrahim, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: 
“Tidakkah engkau memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah ṭayyibah? (Perumpamaannya) seperti pohon yang baik, akarnya kuat, cabangnya (menjulang) ke langit, menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan untuk manusia agar mereka mengambil pelajaran.” (Surah Ibrahim: 24-25)
Dalam ayat ini, jelas sekali perumpamaan tentang kalimah dan kata-kata yang baik, perkataan yang membawa kepada keimanan kepada Allah Taala, percakapan yang mendatangkan kebaikan kepada pendengar atau penuturnya, dianggap sebagai sumber kebaikan berupa pahala dan manfaat yang akan dikecapi oleh semua. 
Manakala kata-kata yang buruk atau bertujuan jahat pula digambarkan sebagai sepohon pokok yang buruk akarnya lemah dan tidak berasas sama sekali. 
“(Adapun) perumpamaan kalimah khabitsah seperti pohon yang buruk, akar-akarnya telah dicabut daripada permukaan bumi, (dan) tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.” (Surah Ibrahim : 26)
Dr Hamidah Mat
Penasihat Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Open University Malaysia (OUM)
IKRAM , GEMPAK , HARIAN METRO , BERITA HARIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/09/diam-atau-berbicara-lebih-baik-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diam Lebih Baik

Diam Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 234 hits
AssalamualaikumBismillahZaman sekarang zaman menyendiri lebih baik Ulama berkata zaman sekarang menyendiri lebih baik Banyak berdiam dan kurangkan berbicara Dan banyak berdiam di rumah Kerana dunia hari ini isinya semuanya FITNAH Khabar yan...
Hiburan Allah Ambil Apa Yang Dia Sayang Gantikan Dengan Lebih Baik Penjaga Blake Kini Peluk Agama Islam

Hiburan Allah Ambil Apa Yang Dia Sayang Gantikan Dengan Lebih Baik Penjaga Blake Kini Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 230 hits
Baru baru ini satu video di laman TikTok memaparkan penjaga anjing kesayangan ramai Blake iaitu Salbuddin Salleh memasuki agama Islam tular di platform terbabit Difahamkan keputusan Salbuddin ingin memeluk agama Islam dilakukan selepas 72 j...
Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 318 hits
Mohd Affendi Abas Rakyat dah cakap Jangan buat Hari Malaysia Kerengga degil jugak Patutlah FRU x layan X der apa yang boleh menjejaskan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ni Jangankan nak tumbangkan Nak menggigit pun x lepas Tak der rakyat ...
Setelah Segala Celaan Pada Pmx Pn Pas Tak Mampu Pun Tawarkan Calon Lebih Baik

Setelah Segala Celaan Pada Pmx Pn Pas Tak Mampu Pun Tawarkan Calon Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 197 hits
SEBAB ITU MEREKA TAK LAYAK 1 Bayangkan bukan Anwar tapi Hj Hadi atau Sanusi yang berucap di PBB ditemubual majalah Fortune berjumpa syarikat 500 Fortune dan berkhutbah di New York Fuhh Mengerikan 2 Pemimpin bodoh menarik dan melahirkan peng...
Pas Pn Tetap Sangka Baik Kepada Howard Lee Begitu Indahnya Islam

Pas Pn Tetap Sangka Baik Kepada Howard Lee Begitu Indahnya Islam

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 291 hits
Moga Howard Lee dibuka hati masuk Islam Selepas tafsir al Quran SAYA teruja apabila mengetahui bahawa Saudara Howard Lee memetik ayat al Quran Saya sesekali tidak kecam beliau kerana membaca al Quran bahkan saya mendoakan moga al Quran ini ...
Gula Dalam Darah Ialah 156 Adakah Ia Baik Atau Tidak

Gula Dalam Darah Ialah 156 Adakah Ia Baik Atau Tidak

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 218 hits
Paras gula darah 156 mg dL adalah lebih tinggi daripada julat normal untuk gula darah puasa Lazimnya paras gula darah puasa yang normal hendaklah di bawah 100 mg dL Tahap antara 100 mg dL dan 125 mg dL sering dianggap sebagai pradiabetes ma...
Pn Pas Lebih Pembangkang Atau Khawarij

Pn Pas Lebih Pembangkang Atau Khawarij

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 308 hits
HarapanDaily comAHMAD MURSIFungsi pembangkang dalam negara demokrasi adalah untuk semak dan imbang perjalanan kerajaan Wacana yang sepatutnya adalah hal berkaitan tatakelola polisi pengubalan undang undang dan belanjawan kerajaan Di Parlime...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay