Dia Makin Cantik Awalnya Dikritik Rambut Pendek Song Jihyo Kini Dipuji Ramai
Pelakon wanita di Korea lebih sinonim dengan penampilan rambut panjang, mungkin kerana ianya nampak lebih feminin.
ARTIKEL BERKAITAN
"Rambut Akan Tumbuh Juga Nanti" - Song Jihyo Jawab Kontroversi Rambut 'Shortcut'
Sama seperti Song Ji-hyo yang boleh dikatakan menyimpan rambut mengurai panjang sejak daripada awak kariernya.
Walau bagaimanapun, ahli “Running Man” itu yang sudah menjangkau usia 40-an nampaknya mahukan sesuatu yang baru untuk tahun ini apabila dia memilih untuk memotong rambutnya ala ‘boyish’.
View this post on Instagram
A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo)
Tindakan wanita itu nyata mengejutkan ramai termasuklah peminatnya sendiri sehingga menyebabkan jurugaya yang bertugas menata rias penampilannya turut menerima kritikan. Pun begitu, Song Ji-hyo tampil bangga dengan gaya baru itu dan mengakui bahawa ia merupakan pilihan yang dibuatnya sendiri tanpa sebarang paksaan.
Selepas beberapa bulan kini, kritikan yang ditaburkan pada awalnya semakin surut dan digantikan dengan pelbagai pujian dek rambut pendek itu yang kelihatan sesuai dengan wajah Song Ji-hyo.
View this post on Instagram
A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo)
Bahkan gaya ‘carefree’ yang ditonjolkan pelakon wanita itu di Instagram miliknya membuatkan ramai gembira dengan perubahan Song Ji-hyo.
Dia semakin cantik.
Suka melihat gaya Song Ji-hyo.
Awak nampak gembira sejak kebelakangan ini, terus kekal bahagia.
Comel sangat.
Gaya rambut itu sangat sesuai dengannya.
Song Ji-hyo gaya rambut macam mana pun, tetap menawan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dia-makin-cantik-awalnya-dikritik-rambut-pendek-song-jihyo-kini-dipuji-ramai/