Dia Ketuk Kereta Tanya Nak Cuci Kereta Tak Demi Menyara Keluarga Dua Beranak Cuci Kereta Dengan Upah Seikhlas Hati


'Dia ketuk kereta tanya nak cuci kereta tak?' - Demi menyara keluarga, dua beranak cuci kereta dengan upah seikhlas hati


Hasrat mahu pergi membeli buah, ditakdirkan pula Adi W. Kamal terserempak dengan kanak-kanak perempuan yang rajin membantu bapanya memberi khidmat mencuci kereta dengan upah seikhlas hati. 
"Saya park kereta di Seksyen 9 Shah Alam, nak beli buah-buahan untuk ibu dan tiba-tiba kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 9-10 tahun ini mengetuk tingkap kereta dan bertanya adakah saya mahu mencuci kereta. 
"Saya kata 'tak' pada mulanya, tetapi dia memakai pakaian seragam sekolah dan saya teringat ada seorang lelaki berjalan dengan membawa baldi air dan kain lap di bahunya. Terus saya terfikir, mungkin lelaki itu adalah bapa kepada kanak-kanak ini. 
"Jadi, saya tanya dia, "berapa?". Dia kata "Ikut abang". Saya kemudian tanya, "Siapa basuh kereta?". Dia jawab, "Ayah". 
"Saya bersetuju dan terus keluar dari kereta. Kanak-kanak perempuan yang masih membawa beg sekolah itu terus berlari ke arah ayahnya yang menunggu di hujung simpang. 
"Si ayah segera datang menuju ke arah saya dengan membawa baldi berisi air, secepat yang mungkin. Saya mendekatinya dan menghulurkan wang kepadanya dan berkata, "Ambillah duit ini, tak perlu cuci kereta saya okey?" 
"Saya kembali semula ke kereta dan terasa sedih sangat. Bertapa untungnya kita (yang berkemampuan) ini. 
"Kalau ada yang sudi membantu lelaki ini, nama dia Sukumaran Sanmugam, dari Padang Jawa dan akaun banknya, BSN 1000-2410-0006-1565. Dia mahu membeli buku untuk anak perempuannya yang belajar di sekolah," tulisnya

Perkongsian Adi itu viral di media sosial dan ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada dua beranak itu. 
Sementara itu, memetik laporan dari mStar Online, Sukumaran berkata dia telah mengambil upah mencuci kereta di jalanan sejak lebih dua tahun lalu dan perdapatannya bergantung kepada ihsan orang ramai. Malah dia tidak pernah menetapkan berapa harga untuk perkhidmatannya. 
"Berapa yang mereka nak bayar, saya terima. Sebab bukan senang, kalau hujan, tak dapat cuci kereta. Ada masa saya dapat RM20 sehari. Paling tinggi RM70 sudah cukup bersyukur," katanya yang juga mendedahkan pernah dibayar RM1 untuk mencuci kereta pelanggan. 
Namun adakalanya dia juga tidak bernasib baik apabila bertemu dengan pelanggan yang menipu mahu membayarnya. Sebaik selesai mencuci kereta, pelanggan terus pergi tanpa membayarnya. 
"Tak apalah, masih ramai yang baik di dunia ini. Macam saya dipertemukan dengan lelaki berhati mulia (Adi) dan beri sumbangan untuk beli buku sekolah buat anak saya. Termasuk juga bantuan mereka yang lain, dapat juga dibuat belanja kami sekeluarga. 
"Kepada kamu Adi dan lain-lain, saya ucapkan berbanyak terima kasih," katanya. 
Sementara itu, anak perempuan, Shariminy, 12, sering menolong bapanya dan dengan bantuannya itu dia dapat mengurangkan beban bapanya

"Ayah pernah terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu. Jadi, tangannya patah dan dimasukkan beli. Dia tak boleh buat kerja berat sebab kadang-kala tangannya sakit dan perlu dirawat. 
"Sebagai anak sulung daripada dua beradik, saya cuba tolong. Dia cuci kereta, saya tolong lapkan. Saya buat pun selepas waktu sekolah sampai petang. Di rumah saya boleh belajar," katanya. 
Bagi mereka yang sudi menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi keluarga Sukumaran melalui nombor 010-3861250. 
Sumber: Adi W. Kamal, mStar Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/01/dia-ketuk-kereta-tanya-nak-cuci-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uncle Cuci Kereta Dedah Ada Pelanggan Janji Nak Bayar Upah Rm1 Cabut Selepas Kereta Dicuci

Uncle Cuci Kereta Dedah Ada Pelanggan Janji Nak Bayar Upah Rm1 Cabut Selepas Kereta Dicuci

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 410 hits
Uncle cuci kereta dedah ada pelanggan janji nak bayar upah RM1 cabut selepas kereta dicuci
Ayah Bawa Baldi Cuci Kereta Orang Nak Beli Buku Sekolah Anak Upah Berapa Pun Boleh

Ayah Bawa Baldi Cuci Kereta Orang Nak Beli Buku Sekolah Anak Upah Berapa Pun Boleh

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 613 hits
PENGALAMAN terjumpa dengan seorang ayah yang sanggup mencuci kereta sesiapa sahaja yang sudi dengan upah berapa sahaja demi untuk membeli buku sekolah anak perempuannya tular di media sosial Pengalaman yang ditulis oleh Adi W Kamal menerusi...
Takde Orang Nak Bagi Kerja Tangan Semua Bengkak Kaki Pun Pecah Pecah Bapa Usaha Cari Kerja Demi Sara Keluarga Tapi

Takde Orang Nak Bagi Kerja Tangan Semua Bengkak Kaki Pun Pecah Pecah Bapa Usaha Cari Kerja Demi Sara Keluarga Tapi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 622 hits
Takde orang nak bagi kerja tangan semua bengkak kaki pun pecah pecah Bapa usaha cari kerja demi sara keluarga tapi Kehidupannya tidak seperti insan insan lain yang mampu hidup dengan selesa tetapi itu tidak dijadikannya sebagai alasan untuk...
Pakcik Nak Dinner Plate Yang Ayamnya 9 Ketul Jarang Datang Kfc Namun Demi Menggembirakan Anak Anak

Pakcik Nak Dinner Plate Yang Ayamnya 9 Ketul Jarang Datang Kfc Namun Demi Menggembirakan Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 365 hits
Pakcik nak Dinner Plate yang ayamnya 9 ketul Jarang datang KFC namun demi menggembirakan anak anakBaru baru ini anak suruh saya beli Cheesy Wedges Balik kerja saya pun pergilah ke KFC Ada seorang pakcik ini beratur di tepi saya Dia buka dom...
Dua Beradik Selongkar Sampah Di Awal Pagi Nak Buat Belanja Sekolah

Dua Beradik Selongkar Sampah Di Awal Pagi Nak Buat Belanja Sekolah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 268 hits
Kisah di Pelabuhan Klang Selangor Sesiapa yg tahu alamat kanak2 ni sila viral Dua beradik berbaju sekolah selongkar tempat pembuangan sampah cari duit belanjaAWAL pagi tadi di kala anak anak anda sedang bersiap siap untuk ke sekolah atau mu...
Selfie Berakhir Petaka Ingin Swafoto Keluarga Ayah Dan Dua Anaknya Tewas Tercebur Ke Dalam Sungai

Selfie Berakhir Petaka Ingin Swafoto Keluarga Ayah Dan Dua Anaknya Tewas Tercebur Ke Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 249 hits
Selfie sekarang makin sering jadi penyebab kecelakaan fatal Harus hati hati kalau selfie ya guys
Bagilah Berapa Saja Ayah Ini Sanggup Cuci Kereta Untuk Beli Buku Anak Aku Sebak

Bagilah Berapa Saja Ayah Ini Sanggup Cuci Kereta Untuk Beli Buku Anak Aku Sebak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 453 hits
Demi membeli buku sekolah buat anaknya seorang bapa sanggup mencuci kereta walaupun berapa upahnya Pengalaman terjumpa dengan seorang ayah yang sanggup mencuci kereta sesiapa sahaja yang sudi dengan upah berapa sahaja demi membeli buku seko...
Dua Pemandu M4ut Kereta Bertembung

Dua Pemandu M4ut Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 467 hits
Dua pemandu m4ut kereta bertembung Dua pemandu kereta m4ut dan seorang kanak kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12 3 Jalan Paka Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS dekat Ketengah Jaya Dungun hari ini Dalam kemalangan 8 30 pagi itu p...
Setiap Kali Tanya Bilik Budak Tak Boleh Habis Tu Kalau Ada Anak Takkan Nak Bunuh Je Anak Tu Nak Sewa Bilik Tapi

Setiap Kali Tanya Bilik Budak Tak Boleh Habis Tu Kalau Ada Anak Takkan Nak Bunuh Je Anak Tu Nak Sewa Bilik Tapi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 489 hits
Setelah berumah tangga sudah pastinya tempat tinggal akan menjadi keutamaan si suami untuk kemudahan isteri dan anak anak Walaupun hanya sebuah rumah kecil tetapi sekurang kurangnya rumah tersebut dapat memberikan keselesaan buat sesebuah k...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo