Di Sebalik Semangat Rock Anak Muda Kuantan





Melihat gambar di atas, pasti anda berkata “..macam pernah ku lihat gambar ini, tapi di mana ya…”

Ya, gambar ini pernah menghiasi sebuah akhbar tempatan yang memaparkan sekumpulan remaja Kuantan yang menghabiskan masa cuti sekolah mereka di tempat-tempat awam dengan mengenakan pakaian era Rock Kapak 80an. Sekali pandang, mereka seperti mat-mat Rock singgah berehat selepas penat berjalan. Walaupun tidak disukai oleh sesetengah pihak, namun sekumpulan remaja ini telah berjaya menghidupkan suasana zaman Rock dan berjaya menarik perhatian ramai termasuklah wartawan yang merakam gambar mereka dari jarak jauh ini.

Gua rasa kesemua remaja dalam kumpulan ini meminati muzik Rock. Dan gua amat pasti idola mereka adalah artis-artis zaman Rock kapak dan Battle Of The Bands. Seperti yang kita tahu dressing mat-mat rock pada zaman itu kebanyakannya sering mengenakan seluar pvc, jeans, jeans lusuh dan berkulit ketat, kasut hitop especially jenama Aliph, apparel bercorak belang rimau, bandana (key) dan rambut panjang berketak. Lihat saja filem ROCK arahan Mamat Khalid. Rata-rata anak muda dalam filem itu mempunyai attitude pemakaian yang menyamai kumpulan SYJ, Search dan band rock Singapore, Rockers. Masing-masing memakai seluar slim fit dan membela rambut panjang. Cita-cita nak jadi artis Rock. Sanggup koyak kulit seat bas semata-mata nak buat seluar untuk masuk pertandingan antara band. Waaa... memang dahsyat semangat mat-mat Rock zaman tu. Masing-masing ada misi untuk merubah kehidupan sekaligus menjadikan semangat mereka sebagai nadi bagi memantapkan arena muzik Rock tanahair.

Namun di tengah kepopularan muzik jenis ini, suatu masa dulu Rock sering dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuduhan dan tohmahan dilemparkan ke arahnya. Sehingga ada yang mengatakankan kaki Rock tiada masa depan. Namun begitu, semangat Rocker-rocker dalam memantapkan muzik Rock negara tidak pernah goyah.

Sehingga kini walaupun zaman telah berubah, lagu-lagu Rock masih mekar dalam hati rakyat Malaysia. Ternyata usaha Rocker-rocker kita berbaloi kerana membuatkan muzik Rock berjaya menjajah jiwa-jiwa masyarakat Malaysia dari segenap lapisan termasuklah golongan seperti remaja-remaja Kuantan tadi. Minat dan ingin merasai suasana keunggulan zaman Rock Kapak membuatkan remaja-remaja Kuantan ini berpakaian seperti rocker-rocker era Rock dahulu. Selain itu mungkin mereka juga berasa bangga kerana kebanyakan Rockers seperti Teras, Massa dan Kafilah berasal dari bumi Pahang. Tapi tak bleh challenge tempat asal gua, Perak - tempat kelahiran beratus-ratus Mat Rock..heh..heh..heh... Apa pun, gua respek remaja-remaja Kuantan tu kerana memeriahkan suasana dengan dressing Rock Kapak walaupun tidak disukai sesetengah pihak. Wa caya lu dik !!

Kenangan yang terukir dari kehangatan fenomena Rock tanahair dahulu membuatkan ramai penulis-penulis blog menceritakan kembali pengalaman manis mereka ketika membesar di zaman itu. Malah ada juga webmaster dan Otai-otai Rock menerbitkan forum-forum berkaitan muzik Rock di internet bagi mengumpulkan peminat-peminat Rock dan membincangkan segala perkara berkaitan isu Rock tanahair. Di corong-corong radio sering diputarkan lagu-lagu Rock Kapak dan Rock Leleh atas permintaan ramai. Kebanyakan production selalu mengitarkan semula lagu-lagu lama untuk jualan album dalam bentuk gabungan kumpulan-kumpulan Rock lama bagi melariskan jualan. Konsert-konsert Rock semakin berkurang. Di televisyen pula seringkali diadakan siaran langsung persembahan artis-artis Rock. Antara mereka yang dijemput membuat persembahan adalah wajah-wajah yang sama, yang seringkali muncul di layar TV iaitu Amy Search, Awie Wings, Nash, Joey BPR, Saleem dan Ella.

...Wahai Malaysian, sampai bila kita harus bergantung kepada mereka yang telah hampir berusia ini...?

Sampai bila kita nak dengar lagu-lagu yang tidak habis-habis dikitar semula..?

Tak adakah anak-anak muda yang mahu meneruskan perjuangan muzik Rock yang pernah gemilang ini? Tiada siapakah antara anak muda kita yang memiliki semangat Mat Rock yang suatu ketika dulu pernah memartabatkan arena muzik tempatan..? Apa yang telah terjadi kepada peserta-peserta BOTB Rhtym Of Champion yang dikendalikan RTM? Di mana mereka? Muzik Rock kita seolah-olah sedang tandus...

Ayuh, kembalilah berkarya dengan mengekalkan kualiti. Muzik kita mampu memecah tembok dunia. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Semuanya terletak pada keyakinan...

p/s - maaf andai ada sesiapa yang x senang dengan entri ini. Ini cuma luahan dari gua, seorang peminat muzik Rock tanahair. Apa-apa pun wa caya sama lu sekalian yang sentiasa menyokong gua dan setia bersama CROMIRAMA

\m/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cicaktonjeng.blogspot.com/2010/03/di-sebalik-semangat-rock-anak-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Mgn 2021 Danny Bangkitkan Semangat Anak Muda Dengan Restorasi

Di Mgn 2021 Danny Bangkitkan Semangat Anak Muda Dengan Restorasi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 236 hits
Wali Kota Makassar Moh Ramdhan Danny Pomanto tampil sebagai pembicara pada kegiatan Media Group Network Stage di Ballroom Four Point By Sheraton Hotel Jum at
Dun Lendu Perlukan Asri Anak Muda Tiada Beban Politik Perkauman

Dun Lendu Perlukan Asri Anak Muda Tiada Beban Politik Perkauman

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 104 hits
DUN Lendu merupakan kubu Umno BN sejak sekian lama Namun kesedaran politik mula dirasakan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Bagi jentera dari KEADILAN Wilayah Persekutuan khususnya Cabang Wangsa Maju seminggu membantu calon DUN Lendu Asri ...
Tebar Keseruan Di Kalangan Anak Muda Floridina Gelar Acara Bertajuk Kamis Fun With Floridina Secara Konsisten

Tebar Keseruan Di Kalangan Anak Muda Floridina Gelar Acara Bertajuk Kamis Fun With Floridina Secara Konsisten

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 175 hits
Melalui kampanye Fun is a State of Mind Floridina ingin menyebarkan keceriaan dan semangat untuk selalu positif dan produktif dalam menjalani keseharian dengan fun
Mantap Anak Muda Terjoget Joget Bagaikan Covid Sudah Tiada Pu Amin Kecam Pengunjung Sunway Lagoon Langgar Sop

Mantap Anak Muda Terjoget Joget Bagaikan Covid Sudah Tiada Pu Amin Kecam Pengunjung Sunway Lagoon Langgar Sop

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 132 hits
Mantap anak muda terjoget joget bagaikan Covid sudah tiada PU Amin kecam pengunjung Sunway Lagoon langgar SOPBaru baru ini tular sebuah video yang memaparkan keadaan sekumpulan pengunjung yang bersesak di sebuah taman tema air Sunway Lagoon...
Ajak Anak Muda Jadi Tech Trendsetter Realme Indonesia Luncurkan 4 Perangkat Baru Sekaligus Apa Saja

Ajak Anak Muda Jadi Tech Trendsetter Realme Indonesia Luncurkan 4 Perangkat Baru Sekaligus Apa Saja

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 213 hits
realme Indonesia luncurkan tiga smartphone dan satu perangkat AIoT dengan misi menginspirasi anak muda agar menjadi tech trendsetter
Dorong Pemulihan Ekonomi Anak Muda Diminta Terjun Ke Pertanian

Dorong Pemulihan Ekonomi Anak Muda Diminta Terjun Ke Pertanian

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 206 hits
Sektor pertanian merupakan hal penting bagi kehidupan masyarakat Sebab kebutuhan pangan dan bahan pokok masyarakat dipenuhi dari sektor pertanian yang juga menjadi penyumbang oksigen terbesar dengan tumbuhan hijau yang dikelola
Guna Kaedah Psikologi Mendidik Anak Dengan Tegas Semenjak Bayi Ibu Muda Harus Praktik

Guna Kaedah Psikologi Mendidik Anak Dengan Tegas Semenjak Bayi Ibu Muda Harus Praktik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 324 hits
Guna Kaedah Psikologi MENDIDIK anak dengan Tegas Semenjak Bayi tanpa memukul Ibu Muda harus praktik Memang tak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibuba...
Prn Sarawak Anak Muda Perlu Ajar Pemimpin Angkuh Pbb

Prn Sarawak Anak Muda Perlu Ajar Pemimpin Angkuh Pbb

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 212 hits
Angkatan Muda KEADILAN Sarawak kesal dengan kenyataan angkuh pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Abdul Karim Hamzah baru baru ini yang memperlecehkan gerakan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak hujung tahun i...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Buasir Otak Tv Macam Mana Nak Masuk Rumah Kalau Kunci Hilang

Pk House By 8x8 Design Studio Co In Calatagan Philippines

Melinda Dadew Humansan Chord

Tamil News Editor Served Legal Letter From Deputy Minister S Aide