Di Sebalik Kisah Rezeki Terselit Ujian


 Tangan Melecur Teruk , Akibat Terkena Rebusan Daging | Hari Jumaat pertengahan bulan February 2021, tangan saya terkena air rebusan daging yang panas dari Pressure Cooker yang di beli di platform S. Akibat insiden tersebut, periuk tersebut saya sudah buang.
 
Mungkin sudah ditakdirkan allah, allah menghantar ujian yang besar bagi saya. Bagi saya lah.  Air rebusan dari Pressure Cooker yang saya  gunakan itu telah melimpah keluar serta terkena tangan saya. Mujurlah tangan kiri yang banyak terkena, jari kanan hanya ibu jari sahaja. 
 
Bayangkan saat saya terkena air rebusan tersebut. Semasa periuk pressure di buka, saya sudah biarkan tempat udara tu keluarkan angin / wap selama beberapa minit. Saya tinggalkan . Kemudian saya ke dapur semula, dan saya bukakan tudung periuk tersebut. Oh, lupa nak mention. Pressure Cooker ni saya beli yang murah dahulu, sekitar RM 50 sahaja. Made In China. Saya beli sebab mak saya pun menggunakan periuk jenis begini, cumanya berlainan brand. 
 
Brand saya beli ni, dari CHINA. Konon nak beli buat sementara sebelum duit mencukupi untuk beli pressure cooker yang berharga RM 800 tu. Ya lah, tekak saya ni teringin betul nak makan sup tulang sebenarnya. Jadinya, saya beli yang murah terlebih dahulu.
 
Saat air rebusan yang panas menggelegak itu terkena tangan saya. Ya allah! Meraung saya. Menjerit kepanasan saya pada waktu itu. Namun saya bersyukur, air rebusan tersebut tidak terkena ke arah muka saya. Masa tu , saya menjerit di dapur. Dan kebetulan saya membuka pressure cooker tu di atas lantai. Sebab periuk sukar di buka di atas dapur.
 
Anak sulung juga terkena, tetapi tidak lah teruk. Cuma terpecik 2 3 titik sahaja kearah kakinya. Semasa saya terkena air rebusan tersebut, hari itu adalah hari yang paling ganjil bagi saya.
 
Seakan anak-anak sudah tahu, tiga orang anak kecil saya iaitu Soffea 6 tahun,Furqan 5 tahun dan Yusuf 1 tahun semuanya berada di ruangan tamu. Sedang ralit menonton televisyen. Alhamdulillah.. Kebiasaannya, mereka akan turut ke dapur melihat saya memasak. Tetapi hari itu, tiga beradik ada di ruangan tamu. Mungkin allah lindung yang masih kecil.
 
 
MERAUNG KESAKITAN 
Saat saya meraung, suami pulang untuk makan tengah hari. Kebetulan suami baru sahaja sampai di rumah. Dan suami berlari , sejurus mendengar saya meraung di dapur.  
 
Saya bertindak di luar jangkaan saat tangan saya kepanasan. Lantas meluru ke tandas bagi meredakan kesakitan tangan. Allah! Saya ketika ini, betul-betul saya meraung kesakitan. Apa suami saya buat? Dia pun panik! Cari Kit Aid pun tidak jumpa. 
 
Jadinya, saya membasuh dengan air paip secara terus tanpa henti. Tangan saya ketika itu sudah menjadi kemerahan. Tangan saya sudah menjadi kecut. Dan apabila saya berhentikan membasuh tangan di bawah paip air. Dalam hati saya terdetik, ini baru panas dunia. Belum lagi panas di akhirat! Menangis-nangis saya ketika ini.
 
"MAMA, JANGAN PERGI" 

Saya tidak boleh berkata apa-apa melainkan airmata saya mengalir laju. Anak nombor tiga, Furqan yang berusia 5 tahun dia bertindak spontan. Dia berlari ke bilik, membentangkan sejadah. Terus menerus solat. Tidak pasti solat apa. tetapi 2 rakaat sahaja. Dia berdoa, minta kepada allah supaya angkat segera kesakitan saya ini.
 
Dan anak sulung saya pula, iaitu Sara yang berusia 9 tahun. Dia lontarkan dialog ini kepada saya ..
 
"Mama, nanti kakak tolong basuh berak mama ya dan tolong mandikan mama"..
Lagi laju mengalir airmata saya saat ini. Alhamdulillah.. seolah tangan yang sakit itu berkurangan sekejap. Allahuakbar!
 
 


 
 
DEMI GEL ALOE VERA  
Suami  ketika itu, tidak ke masjid untuk solat jumaat. Suami pergi ke farmasi bagi mendapatkan gel aloe vera untuk tangan saya itu.Dianggarkan 20 minit berlalu , saya menahan kesakitan tanpa sebarang ubat.
 
Sempatlah saya menelefon abah, memberitahu bahawa tangan saya terkena air rebusan dari pressure cooker yang meletup itu. Saya menangis saat bersembang dengan abah, sakitnya hanya allah yang tahu. Saya minta abah bawakan sebarang ubatan untuk redakan kesakitan saya selain menunggu gel yang sauami carikan di farmasi itu. 
 
 Saat saya sedang lena di waktu malam, saya terjaga. Alangkah sakitnya tangan. Di kawasan yang melecur itu terasa berdenyut. 2 kali juga sakitnya datang menyerang. Aduh~ menangis saya dalam hati saat ini. Ingin di kejutkan suami, dia pula tidur. Malas menganggu waktunya. 
 
Saya hanya  membiarkan kesakitan itu berlalu pergi. Alhamdulillah, tiada lah sakit sangat jika tidak melayan masalah tersebut. Saya kira ia melibatkan emosi juga sakit ni. 
 
 
SAYA RASA, NIKMAT SAYA DI TARIK ALLAH BUAT SEMENTARA 
Ya, saat saya diuji dengan kesakitan ini. Saya rasakan ia hanya lah satu ujian dari allah. Mungkin sebelum ini saya tidak menjadi orang yang bersyukur pada setiap hari. 
 
Seolah saya menjadi 'cacat' sementara. Saya dah tidak kuat untuk melakukan kerja-kerja rumah lagi. Saya tidak boleh menguruskan baby yusuf yang berusia 1 tahun. Saya tidak boleh memasak. Tangan saya tidak kuat untuk memegang, walaupun ia tangan kiri. Tangan saya sudah tidak boleh menggenggam kuat lagi. 
 
Ya allah! Masa ni saya menangis~ sebak sangat. Nak uruskan diri untuk membasuh buang air besar dan kecil rasa terseksa. Tangan ni langsung tidak boleh terkena air. Jika terkena juga, maka  menjeritlah saya. Tetapi dalam saya kesakitan, solat 5 waktu saya masih tunaikan. Ya lah, mana lah tahu jika nyawa saya allah rentap semasa saya di uji ni kan? Bersedia sentiasa. 
 
 
MISTIK! 
Susulan dari kejadian kes pressure cooker ni menghasilkan letupan semasa penutup periuk di buka. Pada awal pagi jumaat itu, selepas mandi saya ada menggunakan satu minyak kijang kasturi. Saya beli daripda ustaz yang ubatkan anak saya pada bulan lepas. 
 
Feedback pertama selepas beberapa saat saya guna ialah terasa sakit. Saya fikirkan kemungkinan di sebabkan alkohol dalam penggunaan perfume. Jadi, saya abaikan sahaja. 
 
Kemudian, jantung saya berdegup sangat kencang. Entah kenapa. Rasa macam tak sedap hati pula selepas menggunakan perfume tersebut. Jam 12 tengah hari insiden buruk berlaku . Tangan saya terkena air rebusan. Saat periuk pressure dibuka, air rebusan yang panas tadi melimpan keluar. Semasa buka tu, penutup berbunyi 'pop' dengan perlahan. Tetapi memang ngeri sangat waktu itu. Air melimpah-limpah keluar seolah berebut terjun ke arah tangan saya. 
 
 
FOBIA DENGAN MEMASAK 
Selepas kejadian tersebut, saya menjadi fobia untuk ke dapur. Bukanlah sebab malas memasuki dapur.  8 hari saya menjadi trauma ke dapur. Dapur tidak berasap! Sepanjang 8 hari itu, 3 kali sehari saya membeli makanan siap di masak untuk keluarga kecil. Allahuakbar! Mujurlah, selama  situasi tersebut suami saya memahami. 
Selepas kejadian, keesokan harinya bukannya saya tidak memasak. Saya cuba! Tetapi entahlah. Sedikit aneh bagi saya. Apapun yang saya masak, semuanya nak meletup. Huhuhuhu~ menangis saya waktu tu mengadu pada suami. 

 
Suami urusakan anak-anak. Dan kerja rumah di uruskan oleh suami dan anak anak. Kemungkinan allah hantarkan ujian dalam bentuk begini, supaya kami saling bergantung antara satu sama lain. 
 
 
SAKIT SELEPAS ASAR 

 Di sebalik kejadian ini juga. Keesokan harinya, selepas tangan saya melecur. Anak nombor 3 pula mengalami masalah kulit. Secara tiba-tiba, ekzema menyerang. Tidak pernah hayat hidupnya mempunyai ekzema sepanjang 5 tahun hidup. 
 
Pada mulanya dia mengadu gatal-gatal. Saya fikir, mungkin alergik sabun Dettol. Tapi salah tekaan saya. Kulitnya semakin bertindak balas. Dia sakit dan mengalami kegatalan semasa azan asar dan tengah malam sahaja. Dua hari selepas itu, perubatan tradisional sudah di cuba, cuma tidak serasi. Kemudian pergi ke Klinik Putramedic Kuantan. Berbekalkan ubatan krim sapu 2 jenis beserta consultation doktor RM 75 dibayar. Maka, selesai sudah masalah anak. Alhamdulillah, ekzema menyerang satu badan termasuk di kawasan alat sulitnya itu dengan izin allah pulih segera. 
 
 Disaat saya rasa down, saya ada kawan-kawan yang baik bertanyakan khabar di facebook dan juga whatsapp. Alhamdulillah, walaupun tidak pernah bertemu empat mata sekalipun, kalian memang prihatin bertanyakan khabar saya semasa saya sakit. Saya sentiasa doakan kalian di limpahi rezeki yang halal lagi berkah. Aamiin Ya Allah, Ya Mujib.
 
link :  https://www.facebook.com/ina.norazlina/posts/3876558055725778

 


Nota : 
Yang menjadi persoalan, mengapa selepas saya melecur kemudian anak pula yang terkena penyakit kulit? Ada 2 orang kawan saya berkata, kemungkinan sebab saya pergi berubat dengan ustaz. Kemudian Berlaku tindak balas. hurmmm~~ apa-apa lah. 


Kini, sudah 3 minggu tangan saya begini. Dan kini beransur pulih. Alhamdulillah, dengan izin allah. Allah juga menurunkan ujian, dan DIA juga memulihkan. Disebalik kisah sedih saya di berikan ujian. Saya juga mendapat satu projek menulis novel sebagai ghostwriter. Alhamdulillah~ syukur sangat Ya allah! 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2021/03/di-sebalik-kisah-rezeki-terselit-ujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Pertemuan Semula Bapa Anak Akhirnya Membongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Perpisahan

Video Pertemuan Semula Bapa Anak Akhirnya Membongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Perpisahan

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 237 hits
241 total views 241 views today Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang di antara ibu bapa kepada anak anak mengatasi segalanya tidak dapat dinilai dengan emas dan perak tidak dapat dibayar dengan wang ringgit Namun begitu kadang kala ter...
Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam

Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 219 hits
Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam Tular di media media sosial berkaitan perkara ini Dan ini adalah salah satu contoh positif yang ditunjukkan oleh pihak PDRM Kisah Sebenar Sebalik Mencuri Kerana Anak Demam Sedih Ibu terdesak c...
Shorts Biar Rezeki Sedikit Asalkan Berkat

Shorts Biar Rezeki Sedikit Asalkan Berkat

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 456 hits
Ikuti perkongsian Tan Sri Rafidah Aziz dalam program MUM bagi membina generasi bermaruah dan berintegriti Peranan ibu amat penting dalam membina jati diri anak untuk berdepan dunia yang mencabar hari ini Tangan yang mengayun buaia
Menanam Rezeki Dari Budi Daya Bibit Anggur

Menanam Rezeki Dari Budi Daya Bibit Anggur

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 234 hits
Menanam Rezeki dari Budi Daya Bibit Anggur Yatno seorang pria yang berprofesi sebagai petugas PPSU Kelurahan Malaka Sari menyulap lahan bekas pembuangan sampah menjadi kebun budi daya bibit anggur yang dinamai Kebun Imut Sinakal
Hiburan River Where The Moon Rises Papar Kisah Cinta Serta Pengorbanan Puteri Pyeonggang Jeneral On Dal

Hiburan River Where The Moon Rises Papar Kisah Cinta Serta Pengorbanan Puteri Pyeonggang Jeneral On Dal

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 486 hits
Masih tak dapat buat pilihan drama Korea menarik untuk ditonton Haa Apa kata korang layari je Viu sekarang sebab apa banyak seleksi pilihan drama Korea khas untuk korang Paling best korang boleh mengikuti siri Viu Original pertama daripada ...
Kisah Sedekah Allah Bayar Cash

Kisah Sedekah Allah Bayar Cash

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 486 hits
Semalam saya ada la share dekat group kampung saya mengenai meja makan ni Saya beli tahun lepas Tak guna dah Jadi saya nak jual la pada harga murah Iaitu RM450 Meja dan kerusi berada dalam keadaan sangat baik Lepas tu ada sorang akak ni pm ...
Rezeki Di Keliling Rumah Pucuk Keledek

Rezeki Di Keliling Rumah Pucuk Keledek

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum and morning Beli ikan dgn niat nak goreng dgn daun kari tetiba bertukar niat menjadi asam pedas pula Tak sempat beli daun kesum Untuk menceriakan suasana hidangan dan colourful campakkan saja apa yg ada di sekitar rumah Jang...
Kisah Benar Sampai Je Di Bumi Mekah Terus Koma Kerana Ustaz Syamsul Debat

Kisah Benar Sampai Je Di Bumi Mekah Terus Koma Kerana Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 183 hits
Kisah Benar Sampai Je Di Bumi Mekah Terus KOMA Kerana Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
5448 Lupa Allah Sang Pemberi Rezeki Tv Ppim 04 03 2021

5448 Lupa Allah Sang Pemberi Rezeki Tv Ppim 04 03 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 410 hits
Sibuk bekerja sampai lupa waktu solat Rezeki Allah itu luas ada di mana mana Jangan risau Berusaha lah dan carilah bersungguh sungguh Kerap kali juga bait bait perkataan itu didengari Ungkapan berkenaan sering dititipkan buat mereka yang se...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan