Berdasarkan kenyataan Abdul Hamid, jelas bahawa siasatan polis ialah untuk mengesan dalang di sebalik pembikinan dan mereka menyebarkan video tersebut.Apa maksud dalang di sebalik pembikinan video itu?Adakah ia bermaksud mereka yang merakam dan memasang kamera sehingga kejadian itu dapat dirakam atau mereka yang mengedit dan memotong-motong video berkenaan untuk diviralkan di media sosial?Jika itu yang disiasat, adakah ini bermakna video itu adalah tulen dan asli?Kenapa dalam hal ini pihak polis tidak mengumumkan siasatan berkenaan sama ada video itu tulen atau sebaliknya?Adakah dengan dalang di sebalik pembikinan yang disiasat ia bermaksud pelaku dalam video berkenaan adalah benar-benar seperti yang didakwa oleh Haziq?Sslain itu, pihak polis juga dilaporkan sedang menyiasat mereka yang mengedarkan video itu yang didakwa bertujuan untuk menjatuhkan seseorang.Isu yang lebih penting di sini sebenarnya ialah bukan tentang penyebaran video itu, tetapi siapakah dua pelakunya yang sebenar?Kalau yang menyebarkannya disiasat, ditahan dan didakwa di mahkamah, bagaimana dengan pelaku-pelaku yang melakukan hubungan seks sejenis itu yang juga merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang?Adakah mereka tidak dianggap bersalah atau kesalahannya dinilai lebih kecil berbanding mereka yang menyebarkannya?Meskipun semua pihak mengalu-alukan hasil siasatan pihak polis, namun di samping dua aspek siasatan yang disebut oleh Abdul Hamid iaitu dalang di sebalik pembikinan dan mereka yang menyebarkannya, rakyat secara umumnya lebih ingin tahu tentang ketulenan dan pelaku-pelaku sebenar dalam tayangan video itu.Harap-harap pihak polis tidak lupa memberitahu kepada rakyat apa yang benar mengenai perkara tersebut. (Shahbudindotcom 14/07/2019)| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |