Di Mana Silapnya Komen Ku Li Pada Pas



Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Malaysiakini
Tengku Razaleigh Hamzah merupakan seorang ahli politik veteran dan ahli parlimen lama berkhidmat. Justeru dia amat disegani serta dihormati di Malaysia.
Tentu ada alasan kukuh untuk seorang tokoh seperti Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan mengenai sikap PAS yang dilihatnya menjual harga diri itu.
Tengku Razaleigh ada sejarah bekerjasama dengan PAS semasa menerajui Semangat 46 dahulu dan sudah tentu dia sangat mengenali perangai parti berkenaan.
Setakat ini PAS hanya boleh menyatakan mereka akan menghantar surat bantahan atas komen yang dibuat ahli parlimen Gua Musang itu. Dan ia tidak lebih daripada surat saja.
Hal itu kerana kenyataan Tengku Razaleigh agak tepat dan mempunyai banyak hujah yang benar.
Kerjasama di antara Semangat 46 dan PAS mempunyai sejarah tersendiri dan ia pastinya dapat memberi gambaran lebih jelas di mata Tengku Razaleigh.
Sikap sebahagian pimpinan PAS hari ini – terdiri daripada mereka yang dahulunya tidak mengaku menjalin kerjasama sulit dengan Umno kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat – serta ahli ahli biasa kini jelas terbongkar.
Pimpinan yang terlibat itu terlalu rakus mengejar kuasa dan kedudukan dalam kerajaan. Lihat semasa Umno berada di kemuncak kuasa dulu. Mereka sanggup berunding tanpa izin dan pengetahuan Tok Guru Nik Aziz dan ahli biasa.
Main politik ‘dua kolam’
Tok Guru Nik Aziz dan ahli PAS begitu marah sehingga Timbalan Presiden PAS ketika itu, Nasaruddin Mat Isa – yang dipercayai menjadi dalang utama usaha tersebut – tewas kepada Mohamad Sabu dalam pemilihan parti.
Seminggu selepas Tok Guru Nik Aziz meninggal, saya sendiri ditegur kerana sering menulis mengenai legasi bekas menteri besar Kelantan itu yang tidak merestui kerjasama PAS dengan Umno.
Semasa seluruh Malaysia dan dunia mengkritik Najib Razak kerana skandal mega 1MDB yang makin jelas, PAS pula bersungguh-sungguh mempertahankan ahli parlimen Pekan itu, malah kadang-kadang lebih daripada sesetengah ahli Umno sendiri. Demi berdamping dengan orang yang berkuasa PAS sanggup berbuat demikian.
Apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa daripada BN pula, pimpinan PAS berkali-kali menghadap Dr Mahathir Mohmad pula untuk mendapat royalti secara terus.
Setelah dapat, dikhianati pula tanpa segan silu.
PAS berkomplot dengan Umno, Bersatu serta pengkhianat dalam PH untuk menumbangkan gabungan yang mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.
Ia juga menyaksikan PAS bermain politik ‘dua kolam’ masing-masing dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional dan Umno melalui Muafakat Nasuional.
Apabila timbul masalah di antara Umno dan Bersatu pula, PAS sekali lagi memilih untuk bersama pihak yang berkuasa iaitu parti perdana menteri: Bersatu.
Jadi kenyataan Tengku Razaleigh yang mengunakan istilah “pelacur politik” yang bermaksud PAS menjual diri dengan harga yang murah tanpa prinsip perjuangan adalah tepat dan konsisten dengan perbuatan parti itu selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz.
PAS amat konsisten ‘menjual dirinya’ demi kuasa semata-mata tanpa memikirkan prinsip perjuangan.
Di manakah konsep negara Melayu – Islam yang dijanjikan apabila cabutan khas judi kembali 22 kali setahun selepas PH menurunkannya menjadi lapan kali setahun?
Begitu juga dengan pembukaan pusat judi dan kasino selain kilang arak di semasa darurat masih berkuat kuasa?
Ke mana perginya perjuangan meminda Akta 355 yang dicanang-canang PAS di Padang Merbok sebelum ini?
Kuasa telah diperolehi tetapi undang undang serta nilai Islam diabaikan demi kuasa di peringkat pusat. Bukan sahaja konsep kerajaan Melayu Islam digadai tetapi PAS menjual harga diri mereka dengan murah sekali.
Justeru di mana salahnya kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah itu?
Ramai orang yang masih dalam PAS serta yang pernah bersama PAS sangat malu dan kesal dengan sikap parti itu yang kini mengadai prinsip perjuangan secara murahan.
Kini rakyat dapat menilai dengan mata mereka sendiri bahawa PAS rela menjual diri kepada tawaran imbuhan yang lumayan serta yang dirasakannya terbaik untuk kuasa.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD ialah pengerusi Amanah Terengganu dan anggota Dewan Negara.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/15/di-mana-silapnya-komen-ku-li-pada-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui ...
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 278 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
Hubungan Dengan Ppbm Umno Tidak Akan Beri Kata Dua Pada Pas Kata Ahmad Maslan

Hubungan Dengan Ppbm Umno Tidak Akan Beri Kata Dua Pada Pas Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 237 hits
March 10 2021 Ahmad Maslan berkata hubungan PAS dan Umno bermula lebih awal daripada hubungan PAS dan PPBM dalam Perikatan Nasional PETALING JAYA Umno tidak akan memberikan sebarang kata dua kepada PAS berhubung kerjasama parti itu dengan P...
Salah Umno Pas Juga Lah Ya

Salah Umno Pas Juga Lah Ya

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 170 hits
MUHD MUKHLISKiranya kristian boleh guna kalimah Allah hari ni salah Bersatu dan PAS jugalah kan Betul tak Awang
Shorts Pas Mahu Satu Lawan Satu

Shorts Pas Mahu Satu Lawan Satu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 332 hits
SHORTS Pas mahu satu lawan satu SHORTS SINAR LIVE 10 MAC 2021 Ikuti petikan Sinar Live yang bertajuk Pas mahu satu lawan satu bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Khairul Nadzir Helmi Azhar UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly...
Umno Pas Bincang Agenda Pemerkasaan Mn Malam Ini

Umno Pas Bincang Agenda Pemerkasaan Mn Malam Ini

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR 26 Rejab 1442H Rabu UMNO dan PAS mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini antara lain membincangkan agenda pemerkasaan gabungan itu Seti
Apakah Isu Ruu 355 Akan Dimainkan Pas Lagi Menjelang Pru 15

Apakah Isu Ruu 355 Akan Dimainkan Pas Lagi Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 316 hits
Himpunan 30 000 umat di Padang Merbok Kuala Lumpur pada Februari 2017 mencatat sejarah awal kerjasama Umno Pas dalam memperjuangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 atau lebih dikenali sebagai Rang Undang undang 355 yang dikatakan sebagai...
Kalimahallah Umno Pas Gesa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah

Kalimahallah Umno Pas Gesa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 298 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional yang berlangsung malam tadi menggesa kerajaan membawa keputusan penghakiman berhubung isu penggunaan kalimah Islam ke Mahkamah Rayuan Menerusi kenyataan dikeluarkan MN gabungan itu menyatak...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy