Di Malaysia Anda Boleh Dikompaun Jika Pelihara Haiwan Ternakan Di Belakang Rumah


Memelihara haiwan dah jadi satu perkara yang cukup biasa di Malaysia ni. Paling kurang pun, mungkin korang atau jiran ada seekor haiwan peliharaan. Dengar salakan anjing dan meow kucing tu boleh dikatakan biasa je di kawasan perumahan.
Tapi macam mana pula kalau dalam sesetengah keadaan, k0rang dengar bunyi ayam berkokok atau lembu ‘mengembu’. Ya, apa yang kit0rang nak bincangkan kali ni adalah pasal haiwan macam lembu dan ayam yang sepatutnya ada di ladang dan bukannya belakang rumah korang.
Sebenarnya, ada ayam di belakang rumah bukan satu benda pelik di Malaysia ni, dan kita mungkin rasa tak kisah sangat la – sebab ayam ni tak buat masalah sangat. Tapi nak atau tak, kita tak dapat juga lari dari tertanya-tanya – sama ada boleh ke tak buat macam tu? Persoalannya, boleh ke kita bela haiwan ternakan di belakang rumah, dan sah ke perbuatan tu di sisi undang-undang?
Ia bergantung kepada majlis tempatan anda
Sebenarnya, tak ada peruntukan undang-undang sesuai yang menyentuh isu menyimpan haiwan di rumah ni. Apa yang kitorang dapat cuma bergantung kepada undang-undang kecil majlis tempatan. Sesuai dengan namanya, undang-undang kecil ni adalah undang-undang yang digubal 0leh majlis tempatan dan ia cuma terpakai di kawasan majlis tu je.
Jadinya, sama ada untuk tahu tindakan ni sah atau tak, korang kenalah periksa dengan majlis tempatan korang seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) atau sebagainya bergantung kepada kawasan tempat korang tinggal.
Jadinya, kitorang pun hubungi DBKL dan ini apa yang diorang kata:
“Tak ada undang-undang tentang (binatang) ni sebenarnya. Kita guna undang-undang kacau-ganggu (nuisance) di bawah Akta Kerajaan Tempatan.” – Kata jurucakap DBKL kepada ASKLEGAL.
Dari jawapan ni, kita boleh dapat tahu yang walaupun adanya majlis tempatan, masih lagi tak ada undang-undang spesifik tentang isu ni. Bagaimanapun, dikatakan yang memelihara haiwan ternak ni b0leh jadi sebagai kacau-ganggu, dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Akta ni menyatakan kacau-ganggu sebagai:
“kacau ganggu” ertinya sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak penduduk umumnya.
Makanya di sini, kalau haiwan berkenaan mula menjadi kacau-ganggu, untuk permulaannya pegawai majlis tempatan akan beri amaran kepada pemilik haiwan tu. Tapi, kalau pemilik tak mematuhi amaran tu, pemilik boleh didenda sehingga RM1,000 dan dipenjara sehingga tak melebihi enam bulan.
Tapi jurucakap tu menambah, ini tak bermakna yang korang boleh simpan haiwan ternak di belakang rumah, disebabkan undang-undang tak nyatakannya secara spesifik. Walaupun begitu, 1 atau 2 haiwan pun boleh dikira sebagai kacau-ganggu, jadinya DBKL tak galakkan korang simpan haiwan ternak ni.
Sebelum tu, kitorang nak beritahu korang juga yang sebenarnya ada satu undang-undang di KL yang diperuntukkan untuk lembu dan kerbau, yang dipanggil sebagai Undang-Undang Kechil (Lembu-Kerbau). Bagaimanapun, diorang kata undang-undang ni dah lama tak digunakan dan akan dimansuhkan tak lama lagi.
Sekali lagi kitorang nak tegaskan, contoh di atas ni cuma terpakai di Kuala Lumpur je. Jadinya, kalau korang nak tahu sama ada boleh ternak ayam atau lembu di belakang rumah, hubungilah majlis tempatan k0rang untuk maklumat lanjut.
Anda juga tak boleh buat kandang besar untuk pelihara haiwan-haiwan ni
Untuk nak elakkan haiwan tadi dari jadi kacau-ganggu, korang boleh je bina kandang besar belakang rumah kan? Dengan mengharapkan haiwan-haiwan ni tak akan mengganggu jiran-jiran.
Tapi sebenarnya, idea ni bukanlah baik sangat sebab dengan membina kandang, korang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang. Sebabnya, di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dah dinyatakan yang korang tak boleh buat aktiviti pertanian di kawasan kediaman, dan hal ni termasuklah “pembiakan dan pemeliharaan ternakan.” Jadinya di sini, korang dah sah-sah tak boleh bina kandang di rumah korang.
Kenapa pula? Bila sesuatu bandar dirancang, ada kawasan yang dah ditetapkan untuk kediaman, sementara ada juga kawasan untuk aktiviti industri dan pertanian. Maknanya di sini, korang tak bolehlah bina apartmen dalam kawasan industri, dan kes ni – korang tak boleh bina kandang di belakang kawasan rumah. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dinyatakan:
18 (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.
Dan ditegaskan lagi sampai korang b0leh didenda, dibawah Seksyen 26:
(1) Seseorang yang… (a) menggunakan atau membenarkan untuk digunakan mana-mana tanah atau bangunan yang berlanggaran dengan seksyen 18… melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya…
Ha nampak tak kesannya? Makanya, lebih baik korang tak buat kesalahan ni. Senang-senang je kena denda sampai RM500,000.00 dan kena penjara sebab bela ayam je.
Tapi, anda masih boleh simpan haiwan ni sementara waktu untuk tujuan keagamaan
Macam mana kalau simpan haiwan ni untuk sementara waktu je? Contohnya masa Hari Raya Haji, ada sesetengah keluarga akan simpan lembu atau kambing di halaman rumah diorang untuk ibadah k0rban. Boleh ke?
“Yang tu kena minta permit dari DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)” – Kata jutucakap DBKL
Oleh itu, dalam keadaan tertentu memang dibenarkan untuk haiwan ternak ni disimpan di kawasan rumah dan dikorbankan – selagi mana korang dapat kebenaran dari DVS.
Tapi setelah kita bercerita panjang tentang isu ni, kenapa kadang-kadang tu kita masih boleh nampak ayam berkeliaran di kawasan belakang rumah? Kemungkinan besar sebabnya kerana kurangnya penguatkuasaan ataupun jiran-jiran tak kisah sangat atau rasa tergan*ggu dengan isu ni. Tapi kalau ayam tu mula masuk ke halaman rumah korang dan buat ker0sakan – adalah lebih baik untuk korang hubungi majlis tempatan untuk selesaikan isu ni – Asklegal.com
 
Sumber: rentas.asia 
The post Di Malaysia, Anda Boleh Dikompaun Jika Pelihara Haiwan Ternakan di Belakang Rumah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/di-malaysia-anda-boleh-dikompaun-jika-pelihara-haiwan-ternakan-di-belakang-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Anak Terbiasa Dengan Benda Benda Dalam Rumah Boleh Jadi Alatan Rangsang Sensori Anak

Biar Anak Terbiasa Dengan Benda Benda Dalam Rumah Boleh Jadi Alatan Rangsang Sensori Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 285 hits
Bukan hanya anak anak istimewa bahkan anak anak kecil kita juga perlu dirangsang sensorinya agar anak lebih terbiasa Namun disebabkan PKP ada baiknya ibu gunakan peralatan di rumah sahaja untuk bantu anak Ahli Terapi Cara Kerja berkongsi 16...
Tak Boleh Keluar Kita Order Durian Delivery Sampai Depan Pintu Rumah

Tak Boleh Keluar Kita Order Durian Delivery Sampai Depan Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 274 hits
Beli durian online je musim musim pandemik ni Kebetulan ternampak seller yang jual durian delivery ni tampal iklan kat lif flat rumah kitaorang Mr hubby suruh k fiezz whatsapp dengan seller ni Tanya harga boleh buat durian delivery ke Saja ...
Lapan Lelaki Bersilat Di Rumah Dikompaun

Lapan Lelaki Bersilat Di Rumah Dikompaun

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 141 hits
Polis mengenakan kompaun kepada lapan lelaki berjumlah RM24 000 selepas didapati mengadakan aktiviti persilatan di dalam sebuah rumah teres di Bandar Utama Petaling Jaya tengah malam tadi Tujuh individu dikenakan kompaun RM2 000 setiap seor...
Saya Jual Hampir 70 Gadai 30 Barang Kemas Hasil Simpan Emas Boleh Buat Rumah Inspirasi Kisah Keluarga Ini

Saya Jual Hampir 70 Gadai 30 Barang Kemas Hasil Simpan Emas Boleh Buat Rumah Inspirasi Kisah Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 171 hits
Emas adalah penyimpan nilai yang kukuh Sejak dunia dilanda pandemik Covid 19 ramai sudah menyedari bahawa banyak manfaat memiliki emas
Jpv Negeri Sembilan Periksa 2 243 Haiwan Ternakan Kesan Penyakit Lsd

Jpv Negeri Sembilan Periksa 2 243 Haiwan Ternakan Kesan Penyakit Lsd

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 207 hits
Mereka yang gagal melaporkan penyakit LSD kepada pihak berkuasa veterinar boleh didenda sehingga tidak melebihi RM25 000 Penyakit lumpy skin disease yang menjangkiti haiwan ternak tidak zoonotik dan penyakit berkenaan tidak menjangkiti manu...
Hanya Kedai Runcit Berlesen Boleh Jual Arak

Hanya Kedai Runcit Berlesen Boleh Jual Arak

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 138 hits
Oleh NOR IDAYU BOSRO Gambar hiasan PUTRAJAYA Penjualan arak di kedai runcit seperti 7 Eleven dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan sekiranya premis terbabit mempunyai lesen K...
Betul Ke Hari Sabtu Boleh Rehat

Betul Ke Hari Sabtu Boleh Rehat

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum JANGAN mimpilaaaa Malam tadi lagi Pak Inche dah request American Breakfast pagi ni Layannnn MUJUR semalam dah habis cuci kain baju dengan telekung sekali Jadi fokusnya pagi ni lepas sarapan Pak Inche vacum rumah dan Sk tukan...
Hiburan Senarai Ciri Ciri Kekasih Idaman Ben Amir Mahu Wanita Yang Boleh Ketepikan Ego

Hiburan Senarai Ciri Ciri Kekasih Idaman Ben Amir Mahu Wanita Yang Boleh Ketepikan Ego

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 249 hits
Pelakon Ben Amir yang kini sudah mencecah umur 30 an ada memberitahu bahawa dia masih belum menemui wanita yang memiliki ciri ciri idaman dan sesuai untuk dijadikan kekasih Pelakon drama Sang Pewaris itu berkata ciri ciri wanita idaman diri...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris