Di Kem Muhibah Pelajar Pelbagai Kaum Saling Berkenalan


Kow Gah ChieDiterbitkan Hari ini 10:47 pagi
BERITA

Seramai 76 pelajar dari latar belakang pendidikan berbeza, berkumpul di kem yang diadakan dengan tujuan mengatasi rasa kecurigaan kaum.

Program tiga hari itu, dinamakan Kem Muhibah, diadakan di Sekolah Rendah dan Menengah Islam Abim Sungai Ramal di Bangi, Selangor, dan anjuran bersama Dong Zong dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Peserta adalah pelajar sekolah menengah dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun.

Seramai 26 peserta dari dari sekolah agama, 23 dari sekolah persendirian Cina dan 15 lagi merupakan pelajar sekolah menengah vokasional.

Tidak ketinggalan sembilan pelajar dari sekolah menengah kebangsaan dan seorang dari sekolah antarabangsa.

Ada di kalangan peserta yang mengakui tidak pernah mempunyai rakan dari kaum atau agama yang berbeza kerana latar pendidikan atau persekitaran mereka. Mereka yang memiliki rakan dari kaum atau agama berbeza pula berkata jarang berhubung ekoran sempadan budaya.

Bagaimanapun, di akhir kem itu, setelah menjalani sejumlah modul, peserta meraih pemahaman dan pengetahuan yang lebih baik berkenaan agama dan kaum yang berbeza.
Hanis NaqeebahHanis Naqeebah Hasri, 15, dari Sekolah Agama Menengah (SAM) Hulu Langat berkata dia tidak pernah memiliki kawan Cina atau India sehinggalah menyertai kem itu.

Menurut Hanis, semua jirannya adalah orang Melayu.

“Mak saya pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ahli Abim. Dia jumpa hantaran Abim di Facebook (berkenaan kem) dan menyuruh saya ikut serta,” katanya.

"Pada awalnya kekok bila berinteraksi dengan mereka, saya risau sebab takut mereka fikir saya macam menyibuk dan tidak faham saya.

"Saya mudah berkawan cuma di masa awal sukar sedikit (untuk berkawan) terutama dari agama dan kaum lain," katanya lagi.

Hanis juga mengakui apa yang diperkatakan orang tentang kaum lain sebelum ini membimbangkannya.

Bagaimanapun dia mendapati pelajar Cina dan India yang ditemuinya berfikiran terbuka dan mereka bertukar akaun sosial media untuk terus berhubung selepas ini.

“Kami banyak bersembang pasal budaya, agama dan kaum. Ini tuang untuk faham budaya dan etnik lain," katanya lagi.

'Mereka sama seperti kita'

Sementara itu, Aden Tan, pelajar berusia 17 tahun dari sekolah Menengah Hin Hua berkata dia membaca berkenaan kaum dan agama lain menerusi media atas talian.

Tan yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tahun depan merasakan Malaysia mungkin bukan negara ideal bagi graduan UEC meneruskan kerjaya mereka.

"Tetapi sejak (kerajaan) berjanji (untuk iktiraf) UEC, saya masih menaruh harapan," katanya.

Tan mengaku bahawa dia mempunyai tanggapan stereotaip terhadap kaum lain.

“Selepas mengikuti kem ini, saya rasa mereka sama seperti kita, Mereka usaha keras seperti kamu dan ada yang usaha lebih keras. Di kem ini pelajar perempuan (Melayu) 15 tahun yang baru sahaja menduduki SPM,” katanya.

Katanya, diskriminasi antara kaum tidak boleh berlaku dan pembahagian berdasarkan kaum hanya memburukkan masalah perpecahan.

“Saya rasa perlu untuk kita rapatkan (jurang) melalui komunikasi untuk atasi rasa curiga. Barulah (perpaduan semua kaum) dapat jadi realiti,” katanya lagi.

Katanya lagi, walaupun dia tidak dapat mengubah persekitaran pembelajaran dan tempat tinggalnya - di sekolah dan dalam komuniti majoriti Cina - dia boleh mengambil inisiatif untuk menyertai lebih banyak program pelbagai kaum seperti kem itu.

Dia juga berkata teruja untuk belajar bahasa Tamil dan Arab di kem itu.

S Yohan, pelajar sekolah vokasional Yayasan Myskills berusia 14 tahun, juga teruja untuk mendapat kawan baru di kem itu.

“Saya boleh cakap Mandarin sebab saya belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Seremban,” katanya.
S YohanYohan dapat bertemu kawan Cina baru yang bertutur dengannya dalam bahasa Mandarin.

Menurutnya, dia jarang membaca berita dan hantaran media sosial serta tidak pernah berdepan sebarang diskriminasi kaum dan agama sebelum ini.

Di kem tiga hari itu, peserta didedahkan dengan konsep kepelbagaian serta bagaimana untuk berbincang berkenaan perkara itu dalam kumpulan, terutama dalam menangani konflik berkaitan dengan agama dan etnik.

Exco Selangor Ng Sze Han yang menghadiri majlis penutup Kem Muhibah semalam, berkata kem seumpama itu dapat membantu mengatasi perasaan salingtidak percaya dan curiga di kalangan rakyat terhadap kaum berbeza.

“Mengambil isu Jawi sebagai contoh, ada dua pandangan berbeza. Orang Melayu rasa tidak ada salahnya untuk masyarakat lain belajar tentang tulisan Jawi manakala orang bukan Melayu melihat ini sebagai proses Islamisasi, "kata Ng.

Katanya, perasaan saling curiga antara kaum merupakan halangan besar untuk 'Malaysia Baru'.

Beliau membidas kalangan ahli politik yang membangkitkan masalah kaum dan menggesa rakyat Malaysia untuk menolak politik seperti itu.
Muhammad FaisalPresiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata program pelbagai kaum seperti Kem Muhibah ini merupakan kunci bagi rakyat Malaysia untuk lebih memahami kerisauan golongan lain sebelum sesuatu dasar dirangka.

“Kita harus terbuka menerima pelbagai pandangan daripada pelbagai pihak, dan kerunsingan mereka. Paling penting, bagaimana kita capai kesepakatan,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Dong Zong Low Chee Chong berkata program seperti Kem Muhibah perlu diperbanyakkan pada masa akan datang.

“Kita tidak harus cuma bercakap berkenaan ini, kita perlu lakukan lagi,” katanya.

Faisal dan Low bersependapat bahawa mereka perlu terus menganjurkan kem sebegini pada tahun hadapan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/di-kem-muhibah-pelajar-pelbagai-kaum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cha Chu Dan Pqa Join Program Kem Pelajar Hebat

Cha Chu Dan Pqa Join Program Kem Pelajar Hebat

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 430 hits
Ayah sesuka daftarkan kakak cha chu dan Pqa join program ni Yang bestnya YURAN PERCUMA Hahaha Ayahmama suka jor kalo free2 ni Tapi yang dpt join budak 3 ketul tu jer Yang kakak nak kene pegi USIM plak Kebetulan sama tarikh plak dua2 program...
Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 365 hits
Pelajar universiti dan teknologi memang tak dapat dipisahkan Kalau tanya pasal smartphone dekat generasi celik IT ni confirm mereka boleh bercerita dengan panjang lebar Di universiti boleh dikatakan kebanyakan pelajar guna banyak jenis pera...
Cegah Kerusakan Hutan Pelajar Di Riau Diingatkan Dampak Karhutla

Cegah Kerusakan Hutan Pelajar Di Riau Diingatkan Dampak Karhutla

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 197 hits
Untuk mencegah terjadinya kebakaran hutan dan lahan PT Riau Andalan Pulp and Paper memberikan pemahaman bahaya kebakaran ke pelajar sejumlah Sekolah Dasar hingga Sekolah Menengah Pertama di Riau
Jiwa Fikiran Dan Hidupku Dirampas Pelajar Kejuruteraan Terjun Dari Menara Setinggi 187 Meter Di Kaherah

Jiwa Fikiran Dan Hidupku Dirampas Pelajar Kejuruteraan Terjun Dari Menara Setinggi 187 Meter Di Kaherah

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 319 hits
Kaherah Mesir Seorang pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Helwan dilaporkan terjun dari puncak menara Kaherah hujung minggu lalu Nader Mohamed 20 didakwa mempunyai krisis psikologi dan pernah memberitahu rakannya niat untuk membunuh ...
Untuk Menjadikan Pelajar Lebih Memahami Maksud Lagu Kebangsaan Sumber Dedah Alasan Pihak Sjkc

Untuk Menjadikan Pelajar Lebih Memahami Maksud Lagu Kebangsaan Sumber Dedah Alasan Pihak Sjkc

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 844 hits
Susulan viral video sekumpulan pelajar di dalam sebuah kelas menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin tampil seorang individu yang mendedahkan video itu dirakam pada tahun lalu Menurut Khairul Azri video itu dirakam pada 26 Septemb...
Walikota Bandung Kena Semprot Organisasi Peta Karena Bagikan Anak Ayam Ke Pelajar Ini Lo Alasannya

Walikota Bandung Kena Semprot Organisasi Peta Karena Bagikan Anak Ayam Ke Pelajar Ini Lo Alasannya

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 291 hits
Organisasi penyayang binatang itu geram lantaran program Chickenisasi Pemkot Bandung bisa berisiko jadi penyiksaan hewan Kasihan ayam ayamnya
Koleksi Soalan Sebenar Exam Spa Pelbagai Jawatan

Koleksi Soalan Sebenar Exam Spa Pelbagai Jawatan

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 715 hits
Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan Fungsi Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara perkara berikut Koleksi Soalan Sebenar Exam SPA Pelbagai Jawatan Credit Pic MELANTIK MENGESAHKAN D...
Jasad Bayi Ditemukan Di Rumah Warga Diduga Dibuang Pelajar Sma

Jasad Bayi Ditemukan Di Rumah Warga Diduga Dibuang Pelajar Sma

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 217 hits
Warga Kampung Kahuripan Desa Sukadame Kecamatan Pagelaran Kabupaten Pandeglang dibuat geger dengan penemuan jasad bayi di depan halaman rumah warga Minggu
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm