Di Hari Lahir Yang Ke 38 Tahun
Aiseh dah terbongkar pulak rahsia umur I
. Tapi takpelah saya bukan bukannya jenis suka berahsia, since ramai dah bertanya so I is open minded ok haha. So umur saya dah pun genap 38 tahun pada 5/8/2019, tapi nampak macam muda lagi kan?
, sorry terperasan plak kakaka.
Kalau orang tanya apa perasaan dah hampir nak masuk 40 tahun? Belum rasa apa-apa lagi, sebab belum masuk. Dah masuk je nanti baru fikir k?.
Tapi yang pasti terasa lebih matanglah dari sebelum ni. Bila anak dah makin meningkat remaja, yang kecik pun semakin membesar. So kita pun automatic dah jadi mak-mak yang suka membebel dan dah mula fikirkan masa depan diorang.
Bila suami tanya nak hadiah apa besday ni? Nak je jawab nak gelang emas bang, 40 gram. Tapi risau dia terpengsan hihihi. Jadi untuk elakkan benda tu berlaku, saya bawak dia pergi Sogo, window shopping jerrr.
My boys, si kecik ni 2 tahun tahun ni. Dah besar, cepat sangat besarnya
So inilah aktiviti kami sebelum nak celebrate birthday saya. Sejak anak dah masuk 5 orang ni, memang jarang sekali nak masuk shopping mall. Satu, sebab malas nak bersesak, yang kedua malas nak handle bebudak reramai ni.
Dah besar anak-anak dara ibu, rasa macam baru je lahirkan korang. Dah besar panjang dedua
Yang besar-besar tu oklah nak bawa diri diorang sendiri. Tapi yang kecik tu, dia punya lasak huishh. Sebab tu still bawa tricycle stroller tu keluar. Behave sikit dia duduk kat situ. Kalau tidak, hmm kita jenuh mengejarlah jawabnya
.
Yang kecik tu bukan boleh lelama duduk dalam tricycle stroller tu, sekarang dia pulak duk tolak sana sini.
Saje je datang Sogo Shah Alam ni sebab laki I tak pernah datang sini. Almaklumlah dia kerja kat Cheras. Bini dia ni kerja Shah Alam, makanya lunch hour inilah destinasi saya dan kengkawan hahaha.
Waktu datang ni Sogo Shah Alam ada member day. Tapi nampaknya tak meriah macam Sogo KL. Orangnya tak bersesak pun. Nak berjalan pun senang je. Bolehlah rilex rilex bawa anak-anak jenjalan.
Petronas ada buat event tentang peraturan lalulintas, disebabkan ianya free jadi kita singgah kejap haha
Macam ni baru best kan, takdelah nak risau anak hilang di celah orang ramai. Dan siap boleh singgah Padini, KFC, kedai sukan dengan hati terbuka. Syiok!
Anak-anak pow ibu abah diorang. Merengek nak jam baru. Kat Padini 2 pasang ni RM49. Oklah lulus ya. Kalau memahal memang tak approve hahaha.
Ada orang tegur saya pregnant ke sebab nampak berisi? Belum lagi Jah, doakan jangan mengandung lagilah sebab bis boss kita dah tegur stop production
Pencapaian saya setakat umur 38 tahun ni? Emm suami yang baik, alhamdulillah. Anak 5 orang, walau ada orang kata biar anak sikit tapi berkualiti. Tapi Allah nak bagi, saya terima. Sekat juga tapi dah Allah nak bagi rezeki, saya terima
.
Adalah buat investment sikit-sikit, itu pun atas paksaan suami. Insha Allah, bila dah ok saya share kan dengan korang. Mana tahu rezeki kita juga kan.
Di saat umur macam ni memang pemakanan kena jaga. Sebab mak saya penghidap kencing manis dan darah tinggi. Hmm memang kene lebih berjaga-jaga.
Risau sebab aritu check up, kolesterol saya terlebih sudah dari border. Huisshh risau mak. Tapi still tak insaf sebab makan juga yang manis-manis, berlemak dan bergoreng. Sebab itu yang sedap!!!
. Sebab apa berani makan manis? Sebab bacaan gula I sangat ok
. Bila nak insof ni aju? hihi.
(15)
The post Di hari lahir yang ke 38 tahun appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/08/di-hari-lahir-yang-ke-38-tahun.html