Di Australia Juga Ada Kebocoran Data Telco Tapi Tindakbalasnya Berbeza


Menarik juga perkongsian daripada pembaca tentang kes ini. Pada tahun lalu, telco Australia, Optus juga terlibat dengan kebocoran data pengguna. Lebih daripada 11 juta data pengguna dikatakan telah dibocorkan. Lebih serius, kebocoran data ini dikatakan bukan daripada serangan godaman, tapi sebaliknya hanya pencerobohan.
Pada 22 September 2022, satu portal berita melaporkan tentang maklumat kebocoran lebih 11 juta data pengguna Optus. 2 hari selepas berita ditulis, pada 24 September 2022 satu iklan telah dimuatnaik oleh seorang pengguna BreachForum yang menjual data tersebut. Dalam kes yang lain juga, iklan 11.8 juta pengguna Optus telah dijual pada 11 September 2022 yang mana merupakan data lain yang tidak berkaitan dengan kes utama ini.
Beberapa hari selepas kejadian, ada pelbagai isu timbul di mana CEO Optus hanya membuat permohonan maaf hanya selepas berita kebocoran data ini dilaporkan media. Emel kepada pengguna bagi memaklumkan kebocoran data juga hanya dihantar selepas media melaporkan berita berkenaan. Walhal, Optus sudahpun menyedari kebocoran data berlaku pada 21 September 2022 lagi. Optus juga berkata, pihak mereka tidak membayar tebusan kepada pencuri data mereka.

Laporan daripada pengguna juga meningkat dengan kebanyakan laporan polis dibuat membabitkan panggilan dan mesej scammer menggunakan data peribadi mereka yang bocor daripada Optus.
Pada 6 Oktober 2022, seorang remaja ditahan di Sydney atas kesalahan memeras ugut pengguna Optus menggunakan data peribadi mereka. Ugutan dibuat melalui SMS dengan meminta $2000 daripada setiap mangsa. Sebanyak 93 orang mangsa telah tampil membuat laporan yang membawa kepada penahanan ini.
10 Oktober 2022, The Australian Communications and Media Authority (ACMA) dan Office of the Australian Information Commissioner (OAIC) telah membuka siasatan masing-masing terhadap Optus. ACMA menjalankan siasatan terhadap Optus selalu syarikat telekomunikasi, bertanggungjawab terhadap perolehan, pengesahan, penyimpanan, pelupusan dan penjagaan data pengguna. OAIC pula menyiasat sama ada Optus telah mengambil langkah yang berpatutan untuk menjaga data pengguna mereka dengan selamat.
Sekiranya diheret ke mahkamah oleh ACMA, setiap kesalahan Optus boleh didenda sebanyak $2.2 juta setiap satu kesalahan. Kedua-dua agensi ACMA dan OAIC berkata, siasatan ini akan mengambil masa yang lama. Setakat ini, masih tiada keputusan siasatan diumumkan.

Presiden ACMA, Nerida O’Loughlin berkata, “Apabila pelanggan memberikan maklumat mereka kepada syarikat telekomunikasi, mereka selayaknya menjangkakan semua maklumat mereka akan dijaga rapi. Kegagalan (syarikat) untuk melakukannya akan mendatangkan kesan yang signifikan kepada semua pihak yang terlibat”.
Melihat kepada tindakbalas pengguna dan kerajaan Australia terhadap kebocoran data telco berbanding dengan kejadian di Malaysia, secara peribadi saya lihat situasi di negara Malaysia mengecewakan. Walhal, di Malaysia juga sudah ada agensi dan badan dengan peranan yang lebih kurang sama dengan ACMA dan OAIC di Australia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/di-australia-juga-ada-kebocoran-data-telco-tapi-tindakbalasnya-berbeza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cybersecurity Amp Jpdp Akan Siasat Kebocoran Data Peribadi Melibatkan 3 Agensi

Cybersecurity Amp Jpdp Akan Siasat Kebocoran Data Peribadi Melibatkan 3 Agensi

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 103 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan meminta penyiasatan dijalankan oleh pihak CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi menyiasat kesahihan kes kebocoran data peribadi yang melibatkan 2 syarikat dan satu age...
Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap

Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 342 hits
Baca GAMBAR LOKASI Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap Lauk sardin ni nampak sedap dan nak buat pun mudah Sesiapa pun boleh masak jika ada keinginan dan tidak malas Haha menu sardin di masak atas permintaan anak bongsuku Saya memang tak bo...
3 Cara Sederhana Tapi Penuh Makna Untuk Rayakan Hari Ibu Yuk Coba

3 Cara Sederhana Tapi Penuh Makna Untuk Rayakan Hari Ibu Yuk Coba

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 164 hits
Nggak hanya dalam peringatan Hari Ibu saja cara cara ini bisa kamu semua lakukan kapanpun untuk mengapresiasi peran hebat ibu
Pnb Dgn Menara Pencakar Langit Tapi Pelabur Dapat Ciput

Pnb Dgn Menara Pencakar Langit Tapi Pelabur Dapat Ciput

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 382 hits
Pulangan ASB baik sedikit Nampak jelas Permodalan Nasional Berhad yang menganjurkan skim Amanah Saham Bumiputera telah melakukan perakaunan kreatif dalam memutuskan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 Itu pun...
Hati Hati Marshmallow Ni Anak Makan Sedap Tapi Bab Logo Halal Ramai Tak Kisah

Hati Hati Marshmallow Ni Anak Makan Sedap Tapi Bab Logo Halal Ramai Tak Kisah

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 177 hits
Pelbagai makanan ringan yang berasaskan gula gula snek dan minuman yang ada dijual di pasaran hari ini membuatkan ramai kanak kanak mudah tertarik Tambah lagi dengan pembungkusan berwarna warni lagi buatkan pandangan mata akan tertumpu pada...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki