Dewan Ulama Pas Gesa Tutup Kilang Arak Timah



Dewan Ulama PAS gesa tutup kilang arak Timah
Susulan kontroversi membabitkan pengeluaran arak jenama Timah, Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan persekutuan bagi menangani isu tersebut.
Ia termasuklah menutup syarikat pengeluar berkenaan bagi mengelakkan kemunculan lebih banyak pengeluar minuman keras yang baru.
Ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah berkata sejak kemunculan berita mengenai minuman keras ini, ramai di kalangan warganet melontarkan kritikan dan kecaman kepada PAS selaku salah satu parti komponen kerajaan persekutuan.
Katanya, DUPP ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu ini.
“Pertama kerajaan persekutuan perlu melakukan semakan latar belakang dan ketekunan wajar (due diligence) bagi syarikat ini.
“Kedua, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menutup syarikat pengeluar minuman keras ini bagi mengelakkan duluan (precedent) yang menyebabkan kemunculan syarikat-syarikat pengeluar minuman keras yang baru,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu netizen mempersoalkan pengeluaran wiski tersebut ketika PAS kini menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah, dan sesetengah pihak mendakwa Malaysia kini ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam.
Syarikat pengeluar arak tersebut semalam menjelaskan jemana Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu.
Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Okt lalu oleh Pengarah Winepak Corp, Gilbert Yeo dan Kenny Yeo.
Sementara itu Mohd Nor berkata, kerajaan juga perlu memastikan sebarang iklan dan promosi minuman keras oleh mana-mana syarikat hendaklah dipantau mengikut garis panduan larangan mempromosi minuman keras dan alkohol seperti termaktub dalam Bahagian 3, Kod Kandungan mengenai Iklan, Perenggan 8.5 (Iklan Khusus Lain),Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan).
“Kerajaan persekutuan juga perlu memperkemaskan pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa seperti dari Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya ia tidak berulang lagi selepas ini,” katanya.
Tambahnya lagi, mengikut maklumat yang diperoleh, jenama Timah didaftarkan melalui MyIPO (akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia) pada 6 Ogos 2019.
“Nama Timah juga telah diletakkan pada jenama arak ini sempena komoditi bijih timah yang pernah menjadi sumber pendapatan negara pada masa dahulu,” kata Mohd Nor.
Pembuat wiski Timah, dalam satu kenyataan sebelum ini mengatakan bahawa gambar lelaki pada botol itu adalah Kapten Tristram Speedy, seorang pegawai Inggeris semasa penjajahan British di Tanah Melayu.
“Lelaki di botol kami, Kapten Speedy, adalah salah seorang lelaki yang memperkenalkan budaya wiski ketika itu,” katanya.
“Sebarang tafsiran nama kami yang tidak berkaitan dengan perlombongan Malaysia adalah palsu,” tambah syarikat wiski itu.
Ia juga menekankan bahawa produknya bertujuan untuk orang bukan Islam yang cukup syarat umur untuk membeli alkohol. Mk
Dewan Ulama PAS gesa tutup kilang arak Timah
Baca Artikel Menarik :
Janji Menteri, DBKL belum sempurna Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut Syafiq lamar Mimi Lana? Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video) Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video) Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam Layari Laman Facebook MYKMU
Khairy mengaku guna 4 jin

The post Dewan Ulama PAS gesa tutup kilang arak Timah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/18/dewan-ulama-pas-gesa-tutup-kilang-arak-timah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Desak Kerajaan Hentikan Operasi Kilang Arak Jenama Timah Malapetaka Negara

Pemuda Pas Desak Kerajaan Hentikan Operasi Kilang Arak Jenama Timah Malapetaka Negara

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 882 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAS mendesak kerajaan supaya menutup operasi kilang arak jenama tempatan Timah yang disifatkan sebagai malapetaka dan penghinaan kepada Malaysia Ketua Penerangannya Nazir Helmi berkata kewujudan kilang arak terbabit yang...
Arak Timah Dulu Pas Sedap Tibai Kerajaan Sekarang Terdiam

Arak Timah Dulu Pas Sedap Tibai Kerajaan Sekarang Terdiam

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 526 hits
Kontroversi arak buatan Malaysia berjenama Timah yang popular di luar negara dan dianggap memalukan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional boleh dielakkan sekiranya parti agama yang menjadi tunjang kerajaan itu berusaha mengurangkan aktiv...
Arak Timah Lulus Semasa Pas Dalam Kabinet Kerajaan

Arak Timah Lulus Semasa Pas Dalam Kabinet Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 919 hits
Pengeluaran arak jenama Timah difahamkan telah diluluskan pada Jun 2020 iaitu semasa Pas di dalam kerajaan Perikatan Nasional Menurut satu poster yang disebarkan produk arak tersebut dilihat mula mendaftarkan nama dan memohon kelulusan pada...
Idris Gesa Syarikat Pengeluar Arak Timah Tukar Jenama

Idris Gesa Syarikat Pengeluar Arak Timah Tukar Jenama

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 428 hits
Oleh SENATOR IDRIS AHMAD SYARIKAT pengeluar arak tempatan jenama Timah digesa menukar nama pada produk keluaran mereka walaupun mendakwa ia merujuk kepada bijih timah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad semasa membuat ges...
Pas Ulama Council Calls For Timah Liquor Factory To Be Closed

Pas Ulama Council Calls For Timah Liquor Factory To Be Closed

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 338 hits
Following the controversy involving the production of Timah brand liquor PAS Ulama Council has submitted four proposals to the federal government to address the issue which includes closing down the manufacturing company to prevent the emer...
Arak Timah Jenama Logo Kelirukan Minta Disemak Kembali Pas

Arak Timah Jenama Logo Kelirukan Minta Disemak Kembali Pas

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 343 hits
Tuduh PAS ada kaitan dengan pengeluar arak hanya alat calar kredibiliti parti BANGI PAS menyifatkan tuduhan mempunyai hubung kait dengan pengeluar arak jenama tempatan Timah hanya sebagai alat untuk mencalar kredibiliti parti berkenaan Timb...
5991 Arak Timah Signal Orang Islam Harus Bersatu Ppim Getaran 19 10 2021

5991 Arak Timah Signal Orang Islam Harus Bersatu Ppim Getaran 19 10 2021

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 521 hits
KUALA LUMPUR Tindakan sebuah syarikat tempatan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah petunjuk bahawa umat Islam di negara ini harus bersama agar sensitiviti agama itu tidak dicabar pada masa akan datang Ketua Aktivitis Persatuan Penggu...
5990 Arak Cap Timah Kerajaan Perlu Sekat Penggunaan Nama Harian Metro 18 10 2021

5990 Arak Cap Timah Kerajaan Perlu Sekat Penggunaan Nama Harian Metro 18 10 2021

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 392 hits
Kuala Lumpur Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca isu penjualan arak yang mengelirukan umat Islam semakin berleluasa Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyekat pengunaan nama Timah s...
Pas Harus Matang Urus Isu Arak

Pas Harus Matang Urus Isu Arak

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 360 hits
Pemimpin tidak kira muslim atau non muslim di negara ini bertanggungjawab mengawal penggunaan pembuatan dan perniagaan semua jenis benda yang boleh memabukkan atau menyebabkan hilang akal seperti arak atau dadah Ini kerana sesiapa sahaja ya...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025