Dewan Rakyat Sebulat Suara Terima Pindaan Ruu Perhimpunan Aman


Faiz Zainudin
-July 4, 2019 8:00 PM

Sehingga Mei lalu sebanyak 1,592 perhimpunan aman diadakan di negara ini.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, antaranya bagi memansuhkan kesalahan berkaitan protes jalanan.

Keputusan itu dicapai selepas majoriti wakil rakyat menyatakan persetujuan kepada pindaan itu dengan undian suara.

Pindaan RUU itu yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dibahaskan oleh 24 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Tidak ada suara tidak bersetuju, pindaan dipersetujukan,” kata Timbalan Speaker Rashid Hasnon.

Terdahulu ketika sesi pembentangan pindaan, Muhyiddin berkata RUU itu mengandungi 9 Fasal termasuk Seksyen 3, 4 dan 21 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bagi memansuhkan kesalahan protes jalanan dan perbuatan itu tidak lagi menjadi kesalahan di bawah APA 2012.

Katanya, kerajaan berpandangan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata boleh diadakan sekiranya tidak membawa apa-apa ancaman atau memberi kesan terhadap keselamatan persekutuan atau ketenteraman awam.

Beliau berkata, protes jalanan itu juga hendaklah diadakan dengan mengambil kira perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

“Jika sesuatu protes jalanan menyebabkan kekacauan, gangguan atau membabitkan apa-apa perbuatan ganas atau perlakuan kesalahan jenayah, perlakuan itu boleh ditangani di bawah undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.

“Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 9 APA 2012 untuk memendekkan tempoh pemberitahuan suatu perhimpunan daripada 10 hari kepada 7 hari, sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, pindaan akta itu perlu bagi memberi lebih ruang kepada rakyat berhubung hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pindaan itu juga sekiranya berlaku kesalahan protes jalanan yang boleh menimbulkan kekacauan, kekerasan jenayah dan menjadi tidak aman, polis akan mengambil tindakan.

Beliau berkata, pada masa ini, hanya satu tempat diwartakan sebagai tempat berhimpun di bawah Seksyen 25 akta berkenaan iaitu Stadium Darul Makmur di Pahang.

“KDN bercadang mewartakan Padang Merbok dan Jalan Raja di Kuala Lumpur dalam masa terdekat, selain mengenalpasti lebih banyak tempat yang sering menjadi tumpuan sesuatu perhimpunan untuk diwartakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 8,668 perhimpunan aman diadakan.

Daripada jumlah itu, hanya 1 kes yang dituduh di mahkamah kerana melanggar Seksyen 9 akibat kegagalan mengemukakan notis pemberitahuan kepada pihak polis.

“Sehingga Mei lalu, sebanyak 1,592 perhimpunan aman diadakan. Pihak polis membantu dalam memudahcara semua penganjuran perhimpunan aman berkenaan dan sepanjang tempoh itu juga, tiada sebarang kes yang didakwa di mahkamah,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/dewan-rakyat-sebulat-suara-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Luluskan Pindaan Paa Sebulat Suara

Dewan Rakyat Luluskan Pindaan Paa Sebulat Suara

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 277 hits
Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang undang Perhimpunan Aman 2019 yang melibatkan dua pindaan Pindaan pertama melibatkan pemberitahuan yang perlu dihantar kepada polis oleh pihak penganjur dikurangkan kepada lima hari ...
Ruu Perhimpunan Awam 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

Ruu Perhimpunan Awam 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Perhimpunan Aman 2019 bertujuan menjadikan antara lain protes jalanan bukan lagi sebagai satu kesalahan diluluskan Dewan Rakyat hari ini RUU itu diluluskan dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa meliputi an...
Dewan Rakyat Lulus Ruu Perlindungan Pengguna 2019

Dewan Rakyat Lulus Ruu Perlindungan Pengguna 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 254 hits
Dewan Rakyat lulus RUU Perlindungan Pengguna 2019 nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2019 11
Penganalisis Tak Yakin Pindaan Akta Perhimpunan Aman Akan Dorong Umum Bersuara

Penganalisis Tak Yakin Pindaan Akta Perhimpunan Aman Akan Dorong Umum Bersuara

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis tidak yakin pindaan pada Akta Perhimpunan Aman akan mendorong orang terbanyak bersuara kerana umum lebih cenderung memerhati tunjuk perasaan daripada menyertainya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Mal...
Ruu Perlindungan Pengguna 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

Ruu Perlindungan Pengguna 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Perlindungan Pengguna 2019 bertujuan antaranya bagi meningkatkan hukuman terhadap mana mana orang yang gagal mematuhi award dibuat Tribunal Tuntutan Pengguna diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini ...
Dewan Rakyat Passes Trademarks Bill

Dewan Rakyat Passes Trademarks Bill

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 401 hits
PARLIAMENT The Trademarks Bill 2019 which would allow individuals or companies to register trademarks such as smell sound shape and colour was passed with amendments by Dewan Rakyat today Domestic trade and consumer affairs deputy minister ...
Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 474 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 393 hits
Ipoh Satu usul bagi mewajibkan semua Anggota Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan pendapatan dan harta masing masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibentangkan pada sesi Sidang Dewan Rakyat esok Timbalan Speake...
Suara Rakyat Secretariat Protest Police To Call Lokman

Suara Rakyat Secretariat Protest Police To Call Lokman

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 303 hits
Police will call Umno supreme council member Lokman Noor Adam to give his statement regarding the illegal protest organised by Suara Rakyat Secretariat in the city today Dang Wangi Police chief Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah said the prot...
The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Find Your Unique Selling Point

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Orang Banjar Namanya Batil Pisang

Report With Respect Cmcf Urges Ethical Crisis Content

Unreasonable To Tell Public Not To Comment On Yusoff Case Says Law Firm

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India