Dewan Rakyat Kecoh Isu Rasuah Pemimpin Parti


MALAYSIAKINI

   
Hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempersoalkan tentang penyelewengan dalam kalangan pemimpin parti politik.

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Akmal Nasrullah berkata beliau bimbang penyelewengan dalam kalangan pemimpin tidak hanya melibatkan pemimpin Umno sahaja.

“Dekat sini saya nak timbulkan sedikit kerisauan apabila masalah penyelewengan tidak terhenti dalam kalangan pemimpin Umno. Saya terbaca laporan akhbar yang menyebut bahawa ada pemimpin PAS yang dibekukan akaun bank kerana ada wang bernilai RM1 juta.

“Tidak cukup setakat itu, ada kenderaan mewah seperti Vellfire, Porsche, dan Range Rover yang keseluruhan bernilai RM2.3 juta disita.

"Saya nak minta menteri berkenaan mengesahkan jika terdapat mana-mana pemimpin PAS disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Justeru beliau turut mencabar pemimpin Umno dan PAS mengisytihar harta masing-masing secara terbuka bagi menjamin intergriti dan mencerminkan ketelusan.

Kenyataan beliau kemudian disokong oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan adakah kerjasama Umno dan PAS ketika ini mungkin disebabkan kedua-dua parti itu terpalit dengan isu yang sama iaitu rasuah.

Berikutan kenyataan itu, Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) dan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) meminta Akmal Nasrullah membuktikan kenyataannya dan menyatakan nama pemimpin PAS berkenaan atau dakwaan itu dianggap fitnah.

Ketua Angkatan Muda PKR itu kemudian menjelaskan beliau membangkitkan perkara itu kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada menteri berkenaan supaya pemimpin parti politik itu dibersihkan daripada tohmahan rasuah.

Kenyataan tersebut menyebabkan beberapa Anggota Parlimen PAS bangun dan melaungkan 'tarik balik’ bertujuan meminta Akmal Nasrullah menarik balik kenyataannya kerana telah membuat sangkaan jahat kepada parti itu.

Keadaan itu, berlanjutan selama 10 minit sehingga Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Anggota Parlimen Johor Bahru itu menarik balik kenyataannya dan beliau akur.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/dewan-rakyat-kecoh-isu-rasuah-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Kecoh Pas Tuduh Dap Anti Islam

Dewan Rakyat Kecoh Pas Tuduh Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 287 hits
Diterbitkan Hari ini 7 23 malamSidang Dewan Rakyat hari ini bertukar menjadi panas dan kecoh apabila seorang ahli parlimen PAS melabelkan DAP sebagai parti anti Islam Semasa sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di Pertuan Agon...
Umno Tetap Saman 30 Wakil Rakyat Lompat Parti Kata Annuar Musa

Umno Tetap Saman 30 Wakil Rakyat Lompat Parti Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Umno tetap akan menyaman 30 bekas wakil rakyatnya yang keluar parti selepas pilihan raya umum 9 Mei kata setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa akan menulis kepada firma guaman untuk memfailkan permohon...
Agong Rasmi Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Rakyat

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 356 hits
Yang di Pertuan Agong memeriksa pasukan kawalan kehormat utama di Parlimen KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal...
Pemimpin 3 Parti Komponen Mula Mesyuarat Tentukan Nasib Bn

Pemimpin 3 Parti Komponen Mula Mesyuarat Tentukan Nasib Bn

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 366 hits
March 8 2019 11 41 AM 7Pemimpin tertinggi Umno MCA dan MIC bergambar bersama sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula pagi ini KUALA LUMPUR Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi membincangkan nasib...
Lavish Lifestyle Remarks Irk Pas Mps In Dewan Rakyat

Lavish Lifestyle Remarks Irk Pas Mps In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 428 hits
Johor Bahru MP Akmal Nasrullah Mohd Nasir says PAS and Umno leaders should openly declare their assets KUALA LUMPUR PAS MPs were up in arms in the Dewan Rakyat following a claim by a PH leader that some of the Islamist party leaders had mil...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan