Dewan Rakyat Kecoh Bila Mp Bangkit Isu Tahfiz Era Bn


Alyaa Alhadjri  
   
DEWAN RAKYAT | Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 hari ini menjadi kecoh dengan pertikaman lidah antara anggota parlimen PH dan BN berkenaan peruntukan tahfiz oleh pentadbiran lalu.

Ia bermula apabila Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata kerajaan dulu "tidak pernah" memberikan sebarang bantuan kepada sekolah tahfiz yang mencetuskan kemarahan sejumlah wakil rakyat BN.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) sama ada beliau setuju kerajaan BN, berbeza dengan PH, "tidak pernah" memberikan bantuan kewangan kepada sekolah tahfiz.

Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bingkas bangun menuduh Cha sebagai berbohong dan mendesaknya menarik balik kenyataan itu.

"You are lying! Lies! (Kamu menipu! Bohong!)," katanya disusuli beberapa lagi anggota parlimen BN yang turut menyangkal Cha.

Noh Omar (BN-Tanjung Karang) kemudian membangkitkan aturan mesyuarat terhadap Cha kerana menurutnya berbohong kepada sidang Dewan Rakyat.

Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata ia adalah soal pertikaian fakta, dan perlu dibahaskan oleh kedua-dua pihak sebelum memutuskan sama ada Cha patut menarik balik kenyataannya.

"Isunya (berkenaan) fakta, siapa yang berkata benar (dan) lebih dekat dengan fakta.

"Bincang sesama sendiri (dulu) sebelum saya buat keputusan," katanya.

Berkenaan penegasan Cha bahawa kenyataannya dibuat berdasarkan dokumen Belanjawan 2018, Ketua Pembangkang Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Ismail Sabri (BN-Bera) dan Hasan Arifin (BN-Rompin) membangkitkan beberapa contoh yang mana bekas perdana menteri Najib Razak menyebut tentang bantuan sekolah tahfiz ketika pembentangan belanjawan.

Ismail antara lain menyebut peruntukan RM40 juta yang disalurkan menerusi GiatMara untuk program latihan untuk pelajar tahfiz.

Ariff akhirya mengarahkan Cha menarik balik kenyataannya.

"Saya hormati keputusan speaker," kata Cha dan cuba meneruskan perbahasannya.

Tetapi ia tidak cukup meredakan kemarahan wakil rakyat BN yang tetap mahukan Cha secara jelas menarik balik kenyataan.

Selepas berlanjutan kira-kira 20 minit, Cha akhirnya mengalah dan berkata, "Saya tarik balik dan betulkan ayat saya tadi dengan mengatakan Belanjawan 2019 dengan khusus dan jelas memberi peruntukan kepada sekolah tahfiz.

Dalam Belanjawan 2019, sejumlah RM652 juta diperuntukkan untuk sekolah pelbagai aliran di negara ini, dengan RM50 juta untuk sekolah tahfiz dan RM25 juta untuk skolah pondok berdaftar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/dewan-rakyat-kecoh-bila-mp-bangkit-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Kecoh Di Dewan Rakyat Bila Waytha Berucap

Icerd Kecoh Di Dewan Rakyat Bila Waytha Berucap

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 420 hits
November 19 2018 1 52 PMWaytha berkata beliau akan memberi jawapan bertulis kepada soalan mengenai ICERD bukannya jawapan lisan KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy terpaksa memendekkan ucapannya mengenai satu trit...
Dewan Rakyat Kecoh Guan Eng Terlebih Bodek Mp Port Dickson

Dewan Rakyat Kecoh Guan Eng Terlebih Bodek Mp Port Dickson

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 474 hits
KUALA LUMPUR 13 Nov Tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang tidak mengikut peraturan mesyuarat apabila bangkit untuk mencelah perbahasan ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa marah Ahli Parlimen di blok pe...
Kecoh Isu Icerd Menteri Perpaduan Mengganggu Perpaduan

Kecoh Isu Icerd Menteri Perpaduan Mengganggu Perpaduan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 520 hits
KEMBALI kecoh isu ICERD Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum minoriti sesama bangsa seseuah negara Terganggu perpaduan kita ketika konvensyen itu diluluskan oleh dunia Puluhan tahun isu itu reda Perpa...
Najib Razak Lim Guan Eng Lain Kali Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat

Najib Razak Lim Guan Eng Lain Kali Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 507 hits
Semalam Lim Guan Eng memberi alasan bahawa kerajaan tidak boleh mendedahkan perjanjian penyelesaian antara syarikat Abu Dhabi IPIC dan 1MDB kerana jika berbuat demikian akan menjadi subjudis kerana saya telah didakwa mengenainya dua minggu ...
Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 378 hits
Buat pertama kalinya Kerajaan Pakatan membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Menteri Kewangan LIM GUAN ENG didalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ringgit Menteri K...
Rizal Ramli Anggap Isu Pilpres 2019 Dagelan Tak Penting Buat Rakyat

Rizal Ramli Anggap Isu Pilpres 2019 Dagelan Tak Penting Buat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 420 hits
Misalnya saja soal tempe setipis kartu ATM Kemudian soal tampang Boyolali selanjutnya Sontoloyo dan teranyar politik Genderuwo yang menuai beragam reaksi dari elite politik
Rakyat Malaysia Bangkit Menentang Icerd

Rakyat Malaysia Bangkit Menentang Icerd

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 379 hits
Ini sekitar himpunan menentang ICERD di Terengganu Kelantan Pulau Pinang Johor Pahang dan Perak 1 2 3 4 5
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru