Dewan Negara Lulus Ruu Keselamatan Siber


 
RUU Keselamatan Siber diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Mac lepas. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024.
RUU itu, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber, diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind ketika menggulung perbahasan berkata pelaksanaan RUU itu dapat membantu kerajaan memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan fungsi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) dalam menangani insiden keselamatan siber.
Beliau berkata RUU itu sangat penting kerana CNII merangkumi sektor kerajaan, perbankan dan kewangan, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan negara serta maklumat, komunikasi dan digital yang lazimnya menjadi sasaran serangan siber bagi melumpuhkan kerajaan.
Turut tersenarai sektor perkhidmatan jagaan kesihatan, air dan pembentungan, pengurusan sisa, tenaga, pertanian dan perladangan, perdagangan industri dan ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi.
“Ini sektor-sektor yang kita lihat menjadi sektor yang sangat penting dan sekiranya terdapat ancaman siber, sekiranya berjaya, ia boleh mendatangkan kesan yang sangat memudaratkan kepada negara.
“Jadi perlu untuk kami melihat bagaimana untuk mewujudkan satu undang-undang supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk pastikan bahawa entiti-entiti (CNII) ini bersiap siaga, faham akan risiko dan bagaimana melaksanakannya,” kata beliau.
Gobind turut memaklumkan RUU itu akan menggunakan pendekatan berasaskan penilaian risiko dan menentukan kawalan perlindungan terhadap sebarang teknologi yang akan digunakan kelak.
“Sememangnya (teknologi) blok rantai memberi keupayaan untuk mengesahkan rekod, data dan transaksi namun wujud ancaman keselamatan siber dalam teknologi itu.
“Jadi kita kena berhati-hati,” katanya.
RUU itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Mac lepas.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/dewan-negara-lulus-ruu-keselamatan-siber.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Perdana Menteri Dibidas Di Dewan Negara

Ringgit Perdana Menteri Dibidas Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 230 hits
harakahdaily comMarch 20 2024Ir Md Nasir HashimKUALA LUMPUR Kerajaan kelihatan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menstabilkan nilai ringgit yang jatuh merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat demikian kata Senator Ir Md Nasir Hashim ...
Dewan Negara Meeting Ends After Passing 17 Bills

Dewan Negara Meeting Ends After Passing 17 Bills

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 325 hits
Senate president Datuk Mutang Tagal in his closing speech said that his first session as the Senate president also made history when a substantive amendment at the Committee stage of the Dewan Negara was agreed upon BERNAMA PICKUALA LUMPUR ...
Dewan Negara Passes Jurisdictional Immunities Of Foreign States Bill 2023

Dewan Negara Passes Jurisdictional Immunities Of Foreign States Bill 2023

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 443 hits
Law and institutional reform minister Azalina Othman Said said any decision made by the prime minister under Clause 32 of the act must be officially published in the gazette and cannot be kept a secret KUALA LUMPUR The Dewan Negara today pa...
Tak Hadiri Sidang Ptun Negara Dianggap Abai Pada Ruu Masyarakat Adat

Tak Hadiri Sidang Ptun Negara Dianggap Abai Pada Ruu Masyarakat Adat

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 189 hits
Pemerintah tak hadir dalam sidang lanjutan gugatan atas abainya negara dalam pembentukan RUU Masyarakat Adat
Kalimah Allah Siasatan Sudah Lengkap Polis Kini Sedang Tunggu Arahan Selanjutnya Daripada Peguam Negara

Kalimah Allah Siasatan Sudah Lengkap Polis Kini Sedang Tunggu Arahan Selanjutnya Daripada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Polis telah melengkapkan semua kertas siasatan berhubung isu kalimah Allah pada stoking yang mendapat perhatian di seluruh negara ketika ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya ...
Pinjaman Pelajaran Mara 2024 Step Dalam Negara

Pinjaman Pelajaran Mara 2024 Step Dalam Negara

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 358 hits
Berita baik buat pelajar lepasan STPM STAM yang ingin menyambung pengajian peringkat Ijazah pertama bagi Institusi Pendidikan Tinggi dan kursus terpilih dalam negara sahaja kerana pihak MARA baru sahaja membuka permohonn bagi program Pinjam...
Lawatan Pm Anwar Ke Luar Negara Tarik Potensi Pelaburan Rm76 1 Bilion

Lawatan Pm Anwar Ke Luar Negara Tarik Potensi Pelaburan Rm76 1 Bilion

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 364 hits
Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76 1 bilion sehingga Mac ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara yang dilakukan di ...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway