Dettol Profresh Perlindungan Daripada 100 Kuman Berbahaya


Dettol Profresh Perlindungan Daripada 100 Kuman Berbahaya  : Persekitaran kita nampak sahaja bersih. Namun ianya mengandungi 100 kuman berbahaya. Oleh yang demikian, kita pastinya memerlukan produk antibakteria yang membantu serta memberi perlindungan daripada kuman yang berbahaya.
Dettol pastinya ramai yang tahu produk antibakteria yang telah wujud sekian lama. Menurut sumber lebih 80 tahun kewujudannya. Sehingga kini masih lagi gah menjadi pilihan ramai. 
Terbaru, cik akak telah mencuba produk Dettol Profresh. Bau memang cukup wangi dan penggunaan sentiasa memberi kesegaran. Malahan ia memberikan 12 jam perlindungan tanpa bau. Serius cik akak syorkan korang beli produk terbaru Dettol Profresh ini.
Dettol Profresh adalah rangkaian produk terbaru yang dikeluarkan oleh Dettol. Ianya mempunyai 4 variasi iaitu :-



Gel Mandian Dettol Antibakteria CoolCiri-ciri ProdukMelindungi daripada pelbagai kuman yang tidak dapat dilihatDengan menthol
Gel Mandian Dettol Antibakteria Cool dengan formula pH-seimbang dan menthol memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman . Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.


Gel Mandian Dettol Anti-bakteria Cool mempunyai perlindungan yang dipercayai daripada kuman dengan menthol untuk rasa bersih yang menyegarkan.

2. Gel Mandian Dettol Antibakteria Fresh

Ciri-ciri Produk 
Melindungi daripada pelbagai kuman yang tidak dapat dilihat Dengan kesegaran sitrusGel Mandian Dettol Antibakteria Fresh dengan kesegaran sitrus memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman . Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.

Gel Mandian Dettol Antibakteria Fresh dengan formula pH-seimbang dan kesegaran sitrus memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman . Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.

3. Gel Mandian Dettol Antibakteria Lasting Fresh

Ciri-ciri Produk 
Melindungi daripada pelbagai kuman yang tidak dapat dilihat Memberikan kesegaran and kesihatan yang berpanjangan Dengan ekstrak timun Perlindungan dan kesegaran berkekalan

Gel Mandian Dettol Anti-bakteria Lasting Fresh dengan ekstrak timun memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai dan memberikan anda kesegaran yang berpanjangan.

4. Gel Mandian Dettol Antibakteria Re-Energize

Ciri-ciri Produk 
Melindungi daripada pelbagai kuman yang tidak dapat dilihat Dengan kesegaran sitrus 
Gel Mandian Dettol Antibakteria Re-Energize dengan formula pH-seimbang dan kesegaran sitrus memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman . Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.


Dettol Profresh juga terdapat dalam botol 250 ml, 500 ml, 950 ml. Refill: 450 ml, 900 ml.
Jangan lupa untuk dapatkan produk Dettol Profresh di pasaran. 


Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya*

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2018 – Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat.Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.

Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya.Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengancuaca Malaysia yang panas dan lembap.Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing.Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

“Kita mandi untuk membersihkan badan.Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulitdan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yangmenyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekatpada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah.Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga.Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman padapermukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa.Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol(Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

**Berdasarkanberdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit

Tentang Dettol
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.


Untuk sebarang informasi dan maklumat mengenai produk Dettol, boleh dirujuk pada backlink tersebut di bawah.

https://m.facebook.com/DettolMalaysia/https://www.dettol.com.my/my/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2018/11/dettol-profresh-perlindungan-daripada-100-kuman-berbahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Isi Rumah Tersayang

Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Isi Rumah Tersayang

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 428 hits
Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Kegunaan Isi Rumah Tersayang Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua Kesegaran sepanjang hari adalah sangat penting untuk keselesaan dalam menjalani ak...
Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 467 hits
Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya Salam semua siapa pengguna setia Dettol angkat tangan terus tanya siap hii Seingat dulu tak suka bau dari Dettol kuat sang...
Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia

Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 456 hits
Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia Assalamualaikum semua Dettol Malaysia jenama perlindungan kuman No 1 Dunia yang memang dipercayai oleh semua terutama para ibu kini me...
Dettol Profresh Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

Dettol Profresh Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 619 hits
Deltol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dettol ProFresh Melihat anak anak buah bergelak ketawa dan riang bermain sesama sendiri memang menyeronokkan Sesekali membawa mereka bermain diluar memang jelas terpancar sinar keceriaan ...
Dettol Mendengar Keluhan Para Ibu Dengan Memberi Perlindungan Untuk Bau Dan Kulit

Dettol Mendengar Keluhan Para Ibu Dengan Memberi Perlindungan Untuk Bau Dan Kulit

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 438 hits
Dettol Mendengar Keluhan Para Ibu Seperti Aku Yelah mana tak nya anak anak lasak tau Bukan setakat lasak kat rumah tapi kat sekolah juga Kiranya time pergi ambil dari sekolah tu rupa baju dah bukan warna putih dan bau peluh terus menusuk ke...
Semarakkan Kesegaran Untuk Sepanjang Hari Dengan Dettol Profresh

Semarakkan Kesegaran Untuk Sepanjang Hari Dengan Dettol Profresh

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 1610 hits
Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak anak mereka membesar dengan sihat Namun semakin anak anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kep...
Terasa Segar Bila Guna Dettol Profresh

Terasa Segar Bila Guna Dettol Profresh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum wbt Pada 8 November yang lalu masa saya tengah sibuk buat MyPortFolio tetiba ada mesej whatsapp mengatakan satu parcel akan dihantar kepada saya Hihihi punyalah seronok duk mikir apakah parcel tue Jeng Jeng Jeng Apakah agakn...
Dettol Profresh Gel Mandian Pilihan Utama Kami Sekeluarga

Dettol Profresh Gel Mandian Pilihan Utama Kami Sekeluarga

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 598 hits
Assalamualaikum Hai Kat rumah mertua ni kan masing masing ada favourite sendiri untuk sabun mandian tau Jadi ada bermacam jenis dan jenama mandian la yang berkampung dalam bilik mandi tu Tapi macam mana sekalipun si Dettol selalu mengunggul...
Jokowi Siap Beli 100 Unit Motor Listrik Gesits

Jokowi Siap Beli 100 Unit Motor Listrik Gesits

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 242 hits
PT Wika Industri dan Konstruksi akan memproduksi secara massal sepeda motor listrik Garansindo Electric Scooter ITS pada Januari 2019 Motor listrik pertama buatan dalam negeri ini dikembangkan oleh Institut Teknologi Sepuluh Nopember
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision