Detik Sejarah Peguam Syarie Tidak Lagi Dibawah Majlis Agama Islam


RANG UNDANG-UNDANG GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

1. Tengah hari semalam saya sempat menyaksikan dari fb live Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Mujahid Yusuf membentangkan Bacaan Kedua bagi Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie  (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Ia merupakan saat-saat yang bersejarah kerana pembentangan RUU ini adalah sangat mustahak untuk menaik taraf salah satu komponen penting dalam pentadbiran dan perjalanan Undang-undang Syariah iaitu bidang guaman Syarie. Sempat juga saya menyaksikan Ahli Parlimen sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang membahaskan RUU ini.

2. Peraturan yang sedia ada  adalah di bawah Kaedah-kaedah Syarie 1993. Setelah sekian lama, peruntukan di dalam kaedah-kaedah ini didapati tidak mencukupi bagi aspek pentadbiran dan pengawalseliaan profesion guaman syarie. Ia hanya meliputi perkara berkaitan kelayakan, penerimaan masuk dan aduan terhadap peguam syarie. Kaedah-kaedah sedia ada dilihat kurang berkesan untuk menjamin kepentingan dan kebajikan peguam syarie serta klien peguam syarie.

3. Sejak sekian lama penerimaan masuk peguam syarie di negara kita adalah di bawah seliaan Majlis Agama Islam. Bagi menjamin kelancaran pentadbiran peguam syarie, sudah sampai masanya ia ditadbir oleh mereka sendiri kerana jika dibiarkan hal ehwal ini di bawah Majlis dikhuatiri berlakunya 'conflict of interest'. Secara tidak langsung ia juga menjadikan profesion guaman syarie setaraf dengan peguam di mahkamah sivil yang mempunyai badan pentadbiran mereka sendiri seperti Majlis Peguam.

4.  RUU ini mengandungi 11 Bahagian dan 93 seksyen yang meliputi pelbagai aspek yang diperlukan seperti  - (i)  penubuhan Lembaga Peguam Syarie, fungsi dan kuasanya; (ii) penerimaan masuk Peguam Syarie dan Daftar Peguam Syarie; (iii) pengeluaran Sijil Amalan Tahunan; (iv) Hak dan keistimewaan Peguam Syarie; (v) nama firma Peguam Syarie; (vi) Badan Peguam Syarie, Majlis Peguam Syarie fungsi dan kuasanya; (vii) Amalan, Kelakuan, tatatertib dan etika Peguam Syarie; (viii) prosiding tatatertib terhadap Peguam Syarie; (ix) kumpulan wang tatertib; dan (x) fi, kerahsiaan dan kuasa meminda.

5. Implikasi langsung RUU apabila ia diluluskan ialah Majlis Agama Islam tidak lagi mengawal selia proses kemasukan  Peguam Syarie. RUU ini juga mewujudkan empat buah badan utama dalam urusan hal ehwal peguam syarie iaitu  Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie, Majlis Peguam Syarie serta Lembaga Tatatertib.

6. Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie berfungsi menentukan kelayakan masuk Peguam Syarie. Ia turut diberi kuasa untuk mengurus latihan dan pembangunan profesional Peguam Syarie.

7. Kesemua peguam syarie yang diterima masuk akan menganggotai Badan Peguam Syarie. RUU memperuntukkan bagi urusan pentadbiran Badan Peguam Syarie, sebuah  Majlis Peguam Syarie akan dilantik dalam kalangan peguam syarie yang berdaftar. Ini adalah sama seperti Malaysian Bar dan Bar Council seperti yang termaktub di dalam Akta Profesion Guaman 1976.

8. Lembaga Tatatertib pula diberi kuasa oleh RUU untuk menguruskan aduan berkenaan peguam syarie. Tatacara pengurusan aduan adalah dinyatakan di dalam kaedah-kaedah pada RUU tersebut.

9. Terdapat beberapa perkara baru yang diperkenalkan di dalam RUU ini. Ini termasuklah latihan dalam kamar selama 6 bulan, keperluan memperolehi sijil amalan tahunan sebelum beramal dan kewajipan peguam syarie membuka akaun anak guam. Turut diperkenalkan ialah kewajipan mengemukakan laporan akauntan untuk memperolehi sijil amalan tahunan. Peguam syarie yang telah beramal di negeri-negeri boleh beramal di Wilayah-wilayah Persekutuan tanpa perlu menjalani latihan dalam kamar.

10. Tidak syak lagi pembentangan RUU ini ialah iltizam Kerajaan Persekutuan untuk mendaulatkan Undang-undang Syariah umumnya serta profesion guaman syarie khususnya. Syabas diucapkan kepada Dato Mujahid Yusuf serta pasukannya yang berusaha gigih untuk menyediakan RUU ini. Perlu diingat untuk melaksanakan Syariah ia tidak hanya meliputi satu juzuk seperti Undang-undang Hudud semata-mata,  tetapi bagi memastikan ia dapat dilaksanakan, perkara-perkara yang berkaitan (ancillary matters) kepada pelaksanaan syariah mestilah juga ditambah baik.  Sesiapa yang pernah belajar undang-undang pastinya  mengetahui bahawa undang-undang tidak hanya mengandungi undang-undang substantif (substantive law)  bahkan juga meliputi   undang-undang tatacara (procedural law).

Najamuddin Alias

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/detik-sejarah-peguam-syarie-tidak-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Peguam Syarie Wajib Jalani Latihan Dalam Kamar 6 Bulan

Bakal Peguam Syarie Wajib Jalani Latihan Dalam Kamar 6 Bulan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 221 hits
Bakal peguam syarie wajib jalani latihan dalam kamar 6 bulan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2019 10 05P
Jabatan Agama Islam Pahang Ke Lokasi Kejadian Zikir Berdiri

Jabatan Agama Islam Pahang Ke Lokasi Kejadian Zikir Berdiri

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 342 hits
KUANTAN Jabatan Agama Islam Pahang telah mengarahkan pegawainya ke sebuah kampung di Ulu Tembeling Jerantut dekat sini bagi menyiasat dakwaan kejadian ritual zikir berdiri yang tular di laman sosial Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Ghazali A...
Hari Ini Dalam Sejarah Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai Ramai Serbia Yang Memilukan

Hari Ini Dalam Sejarah Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai Ramai Serbia Yang Memilukan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 384 hits
Setiap hari pasti ada peristiwa yang berlaku Kelahiran kematian pembunuhan kehilangan orang tersayang dan peperangan merupakan peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan setiap manusia Tanggal 11 Julai 1995 mungkin merupakan...
Dr Mujahid Mahu Tangani Golongan Liberal Perkasakan Agama Islam Dan Luaskan Kuasa Mahkamah Syariah

Dr Mujahid Mahu Tangani Golongan Liberal Perkasakan Agama Islam Dan Luaskan Kuasa Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 283 hits
Sangat menarik membaca jawapan jawapan bertulis yang diberikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terhadap soalan soalan YB Tuan Ahmad Fadhli Bin Shaari Pasir Mas YB Dato Haji Mohd Fasiah Bin Haji Moh...
Pelakon Filem Bollywood Tinggalkan Seni Lakonan Demi Agama Islam

Pelakon Filem Bollywood Tinggalkan Seni Lakonan Demi Agama Islam

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 482 hits
Merujuk sumber Bernama bintang filem remaja yang pernah memenangi anugerah Zaira Wasim memutuskan untuk menamatkan kariernya dalam industri hiburan Bollywood Bintang filem Dangal itu berkata bergelar pelakon menganggu kehidupannya sebagai s...
Maklumat Pendaftaran Tahun Satu Tadika Islam Johor Sekolah Agama Kerajaan Johor Bagi Tahun 2020

Maklumat Pendaftaran Tahun Satu Tadika Islam Johor Sekolah Agama Kerajaan Johor Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 271 hits
MAKLUMAT PENDAFTARAN TAHUN SATU TADIKA ISLAM JOHOR SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR BAGI TAHUN 2020 Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor membuka pendaftaran bagi kemasukan murid Tahun Satu dan Tadika Islam Johor bagi sesi ...
Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 350 hits
Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor Portal Pekerjaan jawatan kosong memberikan anda info jawatan kosong yang terkini di Jabatan Agama Islam Selangor Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan dipelawakan untuk mengisi kekos...
Kelebihan Berwudhu Dari Sudut Pandagan Agama Islam Sains

Kelebihan Berwudhu Dari Sudut Pandagan Agama Islam Sains

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 1000 hits
Wuduk hendaklah disempurnakan ketika hendak mendirikan solat Allah berfirman di dalam al Qur an yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku Sapu...
Adakah Dibolehkan Membuat Majlis Petunangan Secara Besar Besaran Dalam Islam

Adakah Dibolehkan Membuat Majlis Petunangan Secara Besar Besaran Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 375 hits
Majlis pertunangan bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan Namun dalam majlis itu juga kedua dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk berbincang tentang masa depan pertalian tersebut...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik