Detik Detik Enjin Pesawat Keluar Percikan Api Di Udara Penumpang Kongsi Rasa Cemas
Penumpang menaiki pesawat United Airlines mengalami detik cemas apabila percikan api muncul di salah satu enjin pesawat berkenaan.
Pesawat 1871 dari Newark ke Los Angeles itu mengalami masalah enjin beberapa minit setelah berlepas pada 15 Januari lalu.
“Mereka membuat pengumuman, tapi saya tak dapat dengar apa-apa kerana orang ramai menjerit,” kata salah seorang penumpang, Nicole Adamo seperti dilaporkan The Independent.
Pesawat United Airlines. (Kredit: Avionics Magazine)
“Detik paling menakutkan dalam hidup saya.
“Penerbangan ditunda selama 2 jam atas isu penyelenggaraan. Pesawat berlepas, sayap kanan pesawat (tempat saya duduk) mengeluarkan percikan api dan sekarang salah satu enjin gagal.”
Lantaran itu, kapal terbang berkenaan berpatah balik ke New Jersey dan membuat pendaratan kecemasan. Semua penumpang dan kru pesawat dilaporkan dalam keadaan selamat.
The plane I was on had an engine malfunction minutes after take off 😳 pic.twitter.com/maaGiLHD24
— Gabby (@gabby_guzy) January 16, 2020
Menurut The Independent, pasukan bomba dihantar ke lokasi kejadian.
United mendakwa kejadian itu berpunca daripada masalah mekanikal, namun kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat dan menempah semula penerbangan mereka setelah pesawat mendarat dengan selamat.
“United 1871 bergerak dari Newark, New Jersey ke Los Angeles berpatah balik ke Newark berikutan masalah teknikal,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu, United Airlines.
“Pesawat mendarat dengan selamat dan para penumpang turun secara normal,” tambahnya.
Sebelum ini, pesawat milik Ukrain International Airlines (UIA), PS752 dilaporkan terhempas akibat bedilan misil Iran beberapa minit selepas berlepas dari Tehran dan membunuh kesemua 176 penumpangnya.
Sumber: The Independent
The post (Video) Detik-Detik Enjin Pesawat Keluar Percikan Api Di Udara, Penumpang Kongsi Rasa Cemas appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/01/18/video-detik-detik-enjin-pesawat-keluar-percikan-api-di-udara-penumpang-kongsi-rasa-cemas/