Desquire Velocia Limited Edition Reka Bentuk T Rex Dengan Harga Bajet



Saya sememangnya seorang peminat jam pintar. Sekian lama ‘mengidam’ Amazfit T-Rex, namun apakan daya, ada saja modal untuk tujuan itu keluar ke arah lain. Bagaimanapun, rezeki pada kali ini menemukan saya dengan sebuah jam pintar bajet yang mana reka bentuk luarannya saling tak tumpah kelihatan seperti Amazfit T-Rex, tetapi harganya pula berada dalam lingkungan bajet.
Jam pintar itu ialah Desquire Velocia Limited Edition.
Pakej jam pintar ini didatangkan dengan sebuah kotak kecil comel. Mari kita lihat apa yang berada di dalamnya.

Dalam kotak terisi dengan jam pintar Desquire Velocia Limited Edition, manual panduan pengguna, 2 pelindung skrin, 2 kit pencuci, bekas (casing) jam, dan satu kertas ‘pesanan’ oleh pekedai desquire.official.store.

Berikut saya setakan beberapa gambar jarak dekat (close up) aksesori yang disediakan di dalam kotak untuk tatapan anda.

Spesifikasi Desquire Velocia Limited Edition:
. Bluetooth 5.0
. Ciri kalis air – IP67
. Pengingat getaran
. Skrin IPS 1.3 inci 240*240
. Waktu bersedia 20 hari
. Waktu bekerja 5-7 hari
. Masa pengecasan 2.5 jam
. Pengecasan secara magnetik

Kepenggunaan:
Setelah beberapa minggu menggunakan Desquire Velocia ini, saya mendapati terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang nyata padanya. Ingin saya kongsikan kelebihan terlebih dahulu, yang mana antaranya ialah jangka hayat bateri yang amat baik. Selepas seminggu dicas penuh, bateri masih tinggal sebanyak 93%. Antara ciri yang saya aktifkan ialah pengesanan degupan jantung, penggunaan pengesanan oksigen dalam darah, kualiti tidur, dan semestinya penggunaan penuh pedometer.
Mungkin saya tidak menggunakan jam ini secara sepenuhnya untuk mode bersukan, tetapi pengoptimuman penggunaan kuasa bateri sememangnya agak bagus, dan saya andaikan jika anda gunakan ia secara optimum/maksimum sekalipun, bateri boleh bertahan lebih daripada seminggu.
Selain itu, ia juga dapat dicas dengan pantas. Jika mengikut ‘atas kertas’ ia boleh dicas penuh dalam masa 2.5 jam, saya pula sering mengecas bateri sebelum ia kehabisan kuasa, maka kuasa bateri dapat ditambah tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Saya juga turut ingin berkongsi tentang kabel pengecasnya. Saya ada membeli satu kabel pengecas ‘after market’ dari Shopee untuk jam pintar Lokmat C16, tetapi malangnya jam itu telah pun rosak dan tidak dapat digunakan.
Namun, berita baik pula, walaupun kedudukan magnet kabel pengecas untuk jam pintar Lokmat itu agak sedikit jauh antara satu sama lain (lihat gambar di bawah untuk perbezaan), tetapi ia masih dapat digunakan untuk mengecas Desquire Velocia ini.
Gambar di bawah di sebelah kiri ialah kabel pengecas ‘after market’, manakala di sebelah kanan pula ialah kabel asal untuk Desquire Velocia.

Aplikasi:
Desquire Velocia menggunakan aplikasi Coolwear sebagai perantara dengan pengguna.
Pertama sekali, aplikasi ini akan memaparkan ciri-ciri yang sudah tersedia pada jam pintar yang terhubung dengannya. Seperti yang anda dapat lihat melalui tangkap layar, terdapat ciri pedometer, sensor pergerakan untuk aktiviti sukan, kadar degupan jantung, kualiti tidur, oksigen dalam darah, kawalan muzik, pengingat sedentari (badan tidak bergerak), notifikasi telefon pintar, dan sebagainya lagi.
Pendek kata, jam ini tampak ringkas dari segi ciri, tetapi apabila diteliti agak padat juga dengan pelbagai kefungsian yang nyata untuk pengguna termaju. Cuba anda lihat pada tampilan tangkap layar yang dikongsikan, dan nyatakan sendiri pendapat anda. Apa yang saya gemari, jarak masa sewaktu aplikasi cuba berhubung dengan jam adalah amat-amat pantas sekali, tidak seperti Amazfit Bip yang memerlukan beberapa minit sebelum terhubung ke aplikasi Zepp.

Jika di atas saya sudah menceritakan serba sedikit antara kelebihan jam yang saya suka, maka kali ini saya kongsikan pula antara kekurangannya, dan ‘kekurangan’ bagi jam ini ialah aplikasi lalai (default) iaitu Coolwear.
Mengapa saya katakan begitu? Salah satu ‘kelemahan’ yang saya agak kurang gemar ialah jumlah watch faces yang begitu sedikit sekali, manakala jumlah yang saya suka untuk gunakan pula adalah lebih sedikit lagi. Ini menyebabkan pilihan watch faces yang ada agak terhad, dan saya masih kurang pasti sekiranya ada aplikasi lain yang dapat digunakan bersama jam ini (jika ada, mohon kongsikan di ruang komen ya).
Tidak lupa juga, sensor bagi pedometer kadangkala pada saya agak sensitif lalu menjadikan kiraan langkah kaki berlebihan daripada yang sepatutnya. Bagi sensor kualiti tidur pula, kebiasaannya saya perhatikan yang saya perlu berjalan beberapa tapak terlebih dahulu sebelum ia dapat ‘mengesan’ saya sudah pun bangun dari tidur. Sama ada tepat atau tidak waktu yang ditunjukkan untuk aktiviti tidur saya, itu perlu pemerhatian dari seorang pakar.
Konklusi:
Jika anda inginkan sebuah jam pintar yang tampak mewah tetapi dijual pada harga marhaen, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Desquire Velocia ialah jam yang berada dalam kategori ini. Benar, dengan harga marhaen, kita tidak dapat memiliki ekspektasi tinggi untuknya, namun dalam masa yang sama ciri diberi sudah lebih mencukupi dan bukan sekadar tangkap muat.
Untuk tujuan pembelian, anda boleh dapatkan dari penjual tunggal yang sah di Shopee: Desquire Velocia Limited Edition Gps Watch


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/desquire-velocia-limited-edition-reka-bentuk-t-rex-dengan-harga-bajet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Pat Kssr Tahun 4 Reka Bentuk Teknologi

Soalan Pat Kssr Tahun 4 Reka Bentuk Teknologi

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 134 hits
Ada sesetengah pihak yang masih mempersoalkan kepentingan peperiksaan dalam system pendidikan di Malaysia Adakah system ini masih relevan dan diperlukan dalam menentukan prestasi murid untuk sesi pembelajaran yang telah dijalankan Bagi admi...
Deal Of The Year Honor 70 Comes With Touch N Go Limited Edition Gift Box For Rm 1 999

Deal Of The Year Honor 70 Comes With Touch N Go Limited Edition Gift Box For Rm 1 999

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 251 hits
More gifts for the same price Hit your nearest stores from October 28th onwards HONOR Malaysia revealed its HONOR 70 X Touch n Go Gift Set today consisting of various free gifts with the same original price at RM 1 999 The free gifts come w...
Oppo Introduces The Limited Edition Reno8 Pro House Of The Dragon

Oppo Introduces The Limited Edition Reno8 Pro House Of The Dragon

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 206 hits
House of the Dragon the prequel to Game of Thrones was a real hit on HBO While fans wait for the second season Oppo is releasing a smartphone that will really appeal to fans of the series The limited edition Oppo Reno8 Pro House of the Drag...
Cara Beli Tiket Ets Online Harga Jadual Perjalanan

Cara Beli Tiket Ets Online Harga Jadual Perjalanan

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 272 hits
Selain perkhidmatan kapal terbang dan bas perkhidmatan kereta api ETS juga merupakan alternatif bagus sekiranya anda ingin melakukan perjalanan antara antara bandar misalnya dari Kuala Lumpur ke kampung halaman anda di Alor Setar Pembelian ...
Harga Toyota Veloz Terkini Di Malaysia

Harga Toyota Veloz Terkini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 292 hits
Sebaik sahaja Toyota Veloz diumumkan ramai penggemar kereta pastinya tidak dapat lari daripada membandingkannya dengan kereta terbaru Perbandingan antara kedua kereta ini sudah dijangka kerana terdapat beberapa persamaan antara keduanya Soa...
Proton S50 Tarikh Pelancaran Di Malaysia Harga Interior

Proton S50 Tarikh Pelancaran Di Malaysia Harga Interior

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 380 hits
Benarkah Proton S50 akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023 nanti Beberapa hari ini media sosial dibanjiri dengan gambar gambar Proton S50 yang dikatakan mempunyai rekaan lebih canggih dan elegan berbanding produk produk sebelumnya Ber...
Mavcom Kawal Selia Harga Tiket Penerbangan Menjelang Pru15 Kata Menteri

Mavcom Kawal Selia Harga Tiket Penerbangan Menjelang Pru15 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 197 hits
Mavcom kawal selia harga tiket penerbangan menjelang PRU15 kata menteri nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada
Kedai Repair Iphone Terbaik Di Alor Gajah Melaka Harga Berpatutan

Kedai Repair Iphone Terbaik Di Alor Gajah Melaka Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 365 hits
KAMI PAKAR REPAIR SMARTPHONE MELAKA Fix Titans Alor Gajah pakar service baik pulih smartphone dan kami ada 2 cawangan di melakaAnda ada masalah Screen retak susah touch ghost touch LCD pecah tiada gambar Bateri Kembung battery drain Susah c...
Harga Sebuah Pengalaman

Harga Sebuah Pengalaman

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 407 hits
Jangan banyakkan barang banyakkan lah pengalaman Barang mungkin boleh dicuri oleh orang lain tetapi pengalamanan tidak sama sekali Pengalaman juga tidak rosak seperti rosaknya perabut2 dicakar si Chanel Dah siap masak clam soup sebelum kelu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord