Pengurusan Design Village menetapkan hanya mereka yang sudah lengkap vaksinasi sahaja yang boleh masuk ke sini. Individu yang tidak mengambil vaksin, termasuk kanak-kanak yang datang bersama orang dewasa yang lengkap vaksinasi pun tak dibenarkan masuk. Tetapi mereka masih boleh membuat pembelian menerusi personal shopper (info lanjut di Facebook @designvillagepenang)
Design Village mula beroperasi pada pukul 11 pagi. Saya sampai sini menghampiri pukul 12 tengah hari. Masa ni orang tak ramai tapi tidaklah terlampau lengang disebabkan sekarang Pulau Pinang (PP) berada pada PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2, sudah boleh merentas daerah. Saya pernah ke sini sewaktu sekatan rentas daerah, memang betul-betul lengang dan sunyi. Cuma dalam gambar-gambar yang saya ambil, sebolehnya saya ambil sewaktu tiada orang
Kalau datang sini saya suka tengok landskapnya. Macam jalan-jalan dalam taman, tenang dan sedap mata memandang
Landskap di sini bertemakan taman tropika. Untuk info, Design Village juga dikenali sebagai ‘the greenest mall in Malaysia’. Saya rasa betul juga, sebab saya belum pernah jumpa mall yang begini. Ala-ala mall dalam taman|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |