Derita Kanser Paru Paru Tahap Empat Ibu Tunggal Rayu Bantuan


MACHANG, 3 Jan – Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang ibu tunggal kepada dua anak yang kini terlantar akibat menderita kanser paru-paru tahap empat sejak Disember lepas.
Menurut anak sulongnya, Nurul Faizatul Akmal Shukri, 16, berkata ibunya Habsah Ismail, 54, sebelum ini hanya mengalami bengkak di kedua-dua bahagian betis yang menyukarkannya untuk berjalan sebelum dirujuk ke Hospital Machang bagi mendapatkan rawatan.
“Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu bengkak itu berpunca daripada masalah saluran peredaran darah.
“Namun, selang beberapa minggu kemudian, kesihatan ibu semakin merosot selain tidak ada selera makan dan lagi menyedihkan sebelah kiri badannya juga menjadi kaku. Ibu dibawa sekali lagi ke hospital dan disahkan menghidap kanser tahap empat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Galang, Pulai Chondong di sini.
Nurul Faizatul berkata, sejak ibunya bercerai dengan bapanya 10 tahun yang lepas ibunya terpaksa menggalas tugas ketua keluarga bagi menguruskan dia serta adiknya Nurul Suhana Shukri, 13 tahun.
“Sebelum ini, ibu melakukan pelbagai kerja termasuk ambil upah mengasuh, menjual aiskrim serta bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya di Kampung Galang di sini, namun sejak kesihatannya merosot dia terpaksa berhenti bekerja.
“Jika dahulu kami tiga beranak mengharapkan pendapatan yang diperoleh ibu berjumlah RM500 sebulan, namun kini kami sekeluarga hilang punca pendapatan dan hanya mengharapkan kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu RM200 sebulan,” katanya.
Nurul Faizatul yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad berkata, memandangkan sesi persekolahan sudah bermula sejak dua hari lepas, dia terpaksa meminta bantuan daripada ibu saudaranya Rosiah Ismail, 53, yang tinggal berhampiran untuk menjenguk ibu sementara dia dan adiknya berada di sekolah.
“Sebelum ke sekolah, saya akan bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk menguruskan ibu termasuk memberi makan, menukar lampin pakai buang dan memandikannya.”
“Walaupun saya terpaksa ke sekolah dengan berat hati, namun pesanan ibu untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengubah nasib keluarga menjadi pembakar semangat untuk saya terus gagah melangkah ke sekolah,” katanya yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) baru-baru ini.
Beliau juga berkata, dia memerlukan sekitar RM150 sebulan untuk keperluan menguruskan ibunya termasuk susu dan lampin pakai buang.
“Buat masa sekarang ibu masih boleh makan makanan biasa namun hanya dengan kuantiti yang sangat sikit, disebabkan itu saya terpaksa membeli susu supaya sekurang-kurangnya dia ada tenaga.”
“Ada ketika, jiran tetangga dan ibu pengasuh kepada anak yang pernah diasuh oleh ibu dahulu banyak membantu saya untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan harian termasuk kelengkapan sekolah kami,” katanya.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Unit Media dan Komunikasi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) Akidi Hamid yang datang mengambil maklumat lengkap untuk menyalurkan bantuan yang sepatutnya selepas ini bagi meringankan beban yang ditanggung.
Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0301341100007381 atas nama ibunya Habsah Ismail atau menghubunginya di talian 0142173530.
Sumber: Bernama
The post Derita Kanser Paru-Paru Tahap Empat, Ibu Tunggal Rayu Bantuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/03/derita-kanser-paru-paru-tahap-empat-ibu-tunggal-rayu-bantuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sel Dah Merebak Ke Tengkorak Kepala Anak Hidap Kanser Tahap 4 Ibu Tunggal Rayu Bantuan

Sel Dah Merebak Ke Tengkorak Kepala Anak Hidap Kanser Tahap 4 Ibu Tunggal Rayu Bantuan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 484 hits
Sesetengah orang sangat bernasib baik apabila dikurniakan tubuh badan yang sihat Namun terdapat juga golongan yang kurang bernasib baik yang diuji dengan penyakit yang berbahaya iaitu kanser ketika di usia masih kecil Kanser merupakan penya...
Menteri Basuki As China Dan Jepang Tawarkan Bantuan Desain Ibu Kota Baru

Menteri Basuki As China Dan Jepang Tawarkan Bantuan Desain Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 279 hits
Basic desain oleh para pemenang sayembara menjadi dasar karena ini Indonesia nya Kalau ada yang mau membantu karena banyak sekali ya dari Amerika Jepang China yang ingin membantu desainnya kata Menteri Basuki
Kisah Ayah Tunggal Dandan Jadi Wanita Agar Anak Bisa Rayakan Hari Ibu

Kisah Ayah Tunggal Dandan Jadi Wanita Agar Anak Bisa Rayakan Hari Ibu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 526 hits
Bila Hari Ibu di Indonesia dirayakan setiap tanggal 22 Desember di Thailand peringatan ini jatuh pada tanggal 12 Agustus Dalam perayaan Hari Ibu tahun ini ada hal unik yang dilakukan seorang pria asal negeri Gajah Putih Pria yang diketahui ...
Ya Allah Sembuhkanlah Raudah Kanak Kanak Hidap Sindrom Potter Rayu Bantuan

Ya Allah Sembuhkanlah Raudah Kanak Kanak Hidap Sindrom Potter Rayu Bantuan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 383 hits
KANAK KANAK berusia tiga tahun terpaksa bergantung kepada dua mesin nyawa 24 jam demi kelangsungan hidupnya akibat sindrom potter sejak lahir Ya Allah sembuhkanlah Raudah Kanak kanak hidap sindrom potter rayu bantuan
Sayu Anak 5 Tahun Pandai Masak Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Sayu Anak 5 Tahun Pandai Masak Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 677 hits
Hana chan yang tinggal di Fukuoka Jepun kelihatan seperti kanak kanak lain yang berusia 5 tahun Dia pergi ke sekolah pada siang hari dan membuat kerja rumahnya pada waktu malam Bagaimanapun tidak seperti rakan rakannya Hana Chan adalah seor...
Pernah Kedai Kena Buat Orang Wanita Kongsi Jerih Perih Ibu Tunggal Cari Rezeki

Pernah Kedai Kena Buat Orang Wanita Kongsi Jerih Perih Ibu Tunggal Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 588 hits
Setiap daripada kita mempunyai pelbagai kisah yang mungkin tidak pernah mampu dirasai oleh orang lain namun semuanya akan dipermudahkan jika kita terus yakin pada ketentuan ilahi Ada yang bernasib baik kerana mempunyai kehidupan yang senang...
Masih Bersuami Tetapi Jaga Anak Anak Seperti Seorang Ibu Tunggal

Masih Bersuami Tetapi Jaga Anak Anak Seperti Seorang Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 670 hits
Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab dalam menjaga makan pakai anak anak anda Sama ada ibu ataupun ayah kedua duanya mempunyai tanggungjawab masing masing dalam penjagaan harian anak anak Namun bukan semua ibu bapa yang memahaminya yang b...
Ibu Tunggal Kayuh Basikal 20km Setiap Hari Kutip Brg Terbuang 3 Anak Balas Jasa Beri Keputusan Cemerlang

Ibu Tunggal Kayuh Basikal 20km Setiap Hari Kutip Brg Terbuang 3 Anak Balas Jasa Beri Keputusan Cemerlang

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 772 hits
Saya berharap anak anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik Itu sahaja harapan saya sebagai ibu selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya Itu luahan se...
Nasib Malang Ibu Tunggal Perlu Pembelaan

Nasib Malang Ibu Tunggal Perlu Pembelaan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 400 hits
Banyak isteri menjadi ibu tunggal disebabkan kematian suami Isteri juga mendapat status ibu tunggal biarpun masih bersuami apabila terpaksa mengambilalih tugas menanggung keluarga apabila suami hilang upaya melakukan pekerjaan disebabkan pe...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B