Depresi Bukan Gila Simptom Simptom Masalah Kemurungan


Depresi Bukan Gila
Ramai yang mengalami depresi, namun tidak sedar ianya depresi. Sukar untuk kita mendiagnos diri sendiri. Perubahan emosi dan sikap kita, kebanyakannya disedari oleh orang terdekat kita. Ahli keluarga dan rakan-rakan rapat. 
Banyak faktor penyebab depresi. Namun, janganlah berputus asa jika disahkan kita mengalami depresi. Cuba cari jalan atau rawatan agar ianya tidak berlarutan. 
Pada entry kali ini, ingin Cik Rose kongsikan simptom-simptom permasalahan ini. Cik Rose panjangkan perkongsian empunya diri yang Cik Rose baca di facebook. Semoga bermanfaat buat kita semua. 
Ambil peduli akan setiap perubahan emosi dan sikap kita. Jangan terlambat.  




Berikut adalah simptom-simptom depresi yang agak jelas:


RASA KOSONG:
- Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.

SUSAH UNTUK SENYUM:
- Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman.

MUDAH MARAH:
- Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil "mommy" dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah.

CEPAT LETIH:
- Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak, letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya.

RAMBUT GUGUR:
- Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang-kadang rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala, selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan.

LENGUH BADAN:
- Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada.

MALAS BANGUN TIDUR:
- Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino's Pizza bila taufan depresi datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli nasi ayam atau apa-apa sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera.

TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI:
- Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan.

TIDUR YANG TAK PUAS:
- Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba? Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all, nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur, 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal.

INGIN BERSENDIRI:
- Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu... berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak pula aktif.

SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA):
- Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang 'low latent inhibition' selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah...sorang-sorang layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.

Kenapa saya berkongsi pengalaman ini? Sebabnya ramai ibu sedang bertarung dengan depresi dan tak menyedarinya. Mereka dibisukan oleh pasangan masing-masing. Suami biasanya beri respon, "awak tu fikir banyak sangat, zikir lebih sikit, benda dah sudah... lupakanlah. Cepat sangat sentap" dan lain-lain.
Inilah pemati kata yang digunakan untuk mendiamkan si isteri. Maka sampai ke sudah la si isteri menanggung sengsara.
Nasihat saya, usahakan untuk mendapat rawatan pakar. Malu untuk berjumpa dengan psikiatris? Nak malu apa? Lagi malu kalau termengamuk di khalayak ramai sambil memegang stereng lock. Lebih malu terjerit-pekik marahkan anak di shopping mall. Sebelum orang label kamu gila, baik pergi berubat sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik.
Ini pesanan untuk ibu-ibu juga. Kita mahu anak-anak kita membesar dengan memori yang indah. Mereka ada ibu yang penyayang, supportive, sentiasa bertenang walaupun diuji, dan bersedia melindungi mereka jika musibah datang. Sekiranya gangguan emosi kita tidak dirawat, anak-anak akan berjauh hati, suami akan fed-up dengan sikap pemarah tak terkawal, dan lama kelamaan kita akan hidup bersendiri. Jika faham maksud saya, lekas-lekas ke hospital untuk dapatkan appointment. InsyaAllah, things will get better.
Buat masa ini Alhamdulillah, saya sudah sembuh. Buat masa ini lah. Kemurungan ini satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa... hummm, payah nak cakap. Tapi dengan rawatan yang tepat, kita boleh disembuhkan sepenuhnya. Gabungkan rawatan moden, holistik, ubah gaya hidup dan cari kumpulan sokongan.
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya.
Kredit: Zeeda Aziz



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2021/11/depresi-bukan-gila-simptom-simptom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyelesaian Masalah Gila Kopi

Penyelesaian Masalah Gila Kopi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Assalammualaikum wbt Dalam entri ni ada dua perkara utama aku nak story berkesinambungan dengan dua entri yang lepas pertama tentang aku nak jadi untuk bini aku diet tu kesimpulannya misi gagal tak sampai seminggu pon dia mampu diet ni tu l...
7 Cara Atasi Masalah Kencing Tak Lawas

7 Cara Atasi Masalah Kencing Tak Lawas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 211 hits
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil air kencing macam tidak habis habis Apabila diperhatikan aliran air kencing mengecil aliran air kencing tersekat sekat Apabila buang air kecil masih ada aliran air kencing men...
Masalah Domain My

Masalah Domain My

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum salam sejahtera ke atas sekalian kamu Pengumuman ini penting ye oleh sebab domain my bermasalah saya dengan frust nya haha terma tak boleh blah kan menukar kembali blog saya menjadi blogspot com harap maaf atas kejadian doma...
Apakah Penyebab Utama Masalah Jerawat

Apakah Penyebab Utama Masalah Jerawat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 119 hits
Jerawat Terjadi Bila Kelenjar Minyak Mengeluarkan Terlalu Banyak Minyak Dan Sebum Di Kulit Terutamanya Di Muka Dada Dan Belakang Iaitu Kawasan Yang Mempunyai Banyak Bulu Roma Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang ...
5 Cara Isteri Mengatasi Masalah Suami Mati Pucuk

5 Cara Isteri Mengatasi Masalah Suami Mati Pucuk

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 554 hits
Gambar hiasanMasalah mati pucuk memang sangat ditakuti terutamanya di kalangan lelaki Ia bukan saja memberi kesan kepada si lelaki malah juga kepada pasangannya Masalah ini seringkali terjadi di kalangan lelaki yang berumur sekitar 50an ke ...
Shurah Ariana Membantu Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita

Shurah Ariana Membantu Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 234 hits
Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat Menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengaki...
Masalah Starter Solenoid Kereta

Masalah Starter Solenoid Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 545 hits
Pertanyaan diajukan said bangun pagi td cdgnye nak basuh kete dh alihkan kereta masuk ke garaj skit time start ada berat skit tp still boleh hidup bila aku nak alihkan kete je crank 2 3 kali takleh aik sebelum nie memang aku suspek ada masa...
Masalah Alternator Kereta

Masalah Alternator Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 253 hits
Pertanyaan yang diajukan said nk tanya kereta saya kalau tak start 2 3 hari mulalah susah nak start apa sbbnya ek hari tu baru cas batery pun sama juga 2 3 tak start mulalah kena jumper Jawapan kami Thanks pada encik Cool bertanya Sebenarny...
Masalah Kereta Lembab Tak Ada Pickup

Masalah Kereta Lembab Tak Ada Pickup

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 186 hits
Pertanyaan yang diajukan said bro nak tanya kalau kereta dah kurang mantap macam mana nak bagi pretasi dia mantap balik ada cara ke ke nak tukar enjin gak bagaimana cara nak lajukan kereta yang dah lama guna apabila pick up dah tiada Jawapa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan