Masalah Starter Solenoid Kereta
Pertanyaan diajukan.. Fahmi said bangun pagi td cdgnye nak basuh kete. dh alihkan kereta masuk ke garaj skit . time start ada berat skit tp still boleh hidup. bila aku nak alihkan kete je. crank 2,3 kali takleh. aik?? sebelum nie memang aku suspek ada masalah dkt starter aku buat tatau je. sebab pernah kereta aku susah nak hidup.Bro? macamne cara nak tau starter problem ke tak dan cara penyelesaian baik pulih? Jawapan kamiThanks bertanya pada Fahmi.. Masalah starter ni agak rumit kalau nak di terangkan secara detail.. tapi saya cuba terangkan secara ringkas seperti dibawah..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Masalah Starter Solenoid kereta▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Jika ada masalah dengan sistem starter, kita sukar nak crank enjin apabila bateri atau motor starter dalam keadaan rosak... Biasanya bila nak start kereta ada bunyi ketik ketik..... Kadang kala kalau dibiarkan masalah berlarutan boleh menyebabkan enjin kereta tak dapat dihidupkan.. Maka cara senang kenalah mintak tolong pada kawan-kawan tolak kereta...enjin kereta boleh di hidupkan secara menolak. Bagaimana cara nak tau starter problem ke tak? Nak kepastian, sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untuk diperiksa.... Secara basic saya terangkan macam kat bawah..1) Mula-mula cuba periksa keadaan bateri. ok ke tak? Sebenarnya kalau bateri lemah pun susah nak start. (gunakan volt meter untuk periksa keadaan bateri)... Bila bateri di sukat dengan volt meter.. dalam keadaan enjin mati bacaan pada bateri adalah 12.4 - 12.6 volt. Bila enjin dah start pada pada bateri ialah 13.8 atau 14.0 volt .. Jadi untuk crank hidupkan enjin perlukan 14v
2) Cuba ketuk-ketuk sikit kat starter tu mana la tau dia terlekat jammed ke?ketuk dengan hujung spanar ker atau guna hammer kecik ker atau standby satu kayu...mintak orang lain tolong pulas kunci...then sorang lagi cuba ketuk-ketuk itu kat kepala starter..Kadang kala stater tak leh gerak pasal lekat dengan habuk carbon yang berselaput didalamnyer..
3) Cuba periksa keadaan wire pada starter tu.. periksa keadaan relay starter.Kadang kala relay dah kong( cuba try dulu tukar relay yang ok) .. Cuba Start boleh crank ke tak?
Guna Teknik Jumper pada Starter motor
Starter solenoid berfungsi sebagai relay switch. Apabila rosak membuatkan starter motor tidak boleh memusingkan enjin kerana tiada arus elektrik yang mengalir pada starter.
Antara salah satu cara nak test sama ada starter solenoid berfungsi dengan baik atau tidak?.
ada 2 teknik nak cuba buat pemeriksaan Starter solenoid ok ke tak.....
1) Buat jumper dengan mengunakan wire pada starter solenoid...
- Cara ni agak leceh sikit...first... Kena buka dan cabut keluar stater tersebut dari tempatnye..
-Ambil cable jumper sambung pada bateri kereta.. Hitam pasang pada body starter.. Merah pada starter solenoid … ambil satu wire cuba connectkan terminal positif dan terminal negetive.
-Cuba connectkan yg terminal positif dan terminal negetive.. Pastu aci gigi gear pusing ker tak? tengok kalau berputar lancar kira lancar lah... tapi kalau berputar slow kena servis balik.. kalau tak berpusing mungkin ada problem pada starter tersebut...
2) Buat Jumper dengan mengunakan Screw driver pada starter solenoid..
- Selalunya kita pintaskan antara cable bateri dan cable starter pada solenoid dengan mengunakan screw driver yang panjang. Berhati-hati bila menggunakan kaedah ini kerana percikan api akan berlaku.
-Cuba tengok sama ada aci gigi gear pusing ker tak? macam saya sebutkan.. cuba tengok aci gigi gear kalau berputar lancar kira ok lah. tu.. Kalau berputar slow kena servis balik.. kalau tak berpusing starter rosak lah...
Diy Servis Starter
Selalunya banyak kotoran berselaput di dalam starter memyebabkan tak kuat untuk crank maka perlulah di service( bersihkan) starter tersebut.. Kalau ada keyakinan nak buat sendiri... boleh buat cara ni..
1) Bukak dan cabut starter dari tempatnya.
2)Buka Bolt nut pada bahagian belakang starter .. Pastu cabut bolt tersebut3) Cungkil dengan skrew driver pada celah housing starter.. Pastu asingkan dari coil starter4)Keluarkan semua sekali asingkan dari coil starter dari housing starter5) keluarkan selenoid starter dan servis bahagian dalam selonoid6)Gunakan WD-40 cuci hingga bersih segala kotoran pada starter7) Spray WD-40 untuk mencuci semua peralatan yang dibuka tersebut.. Nak lagi senang guna berus dawai halus atau guna kertas pasir halus8)Mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush kena ganti baru9)Kalau carbon brush dah pendek atau kaput tukar carbon brush,Tapi kena gunakan solder untuk lekatkan balik carbon brush..Tidak lah mahal untuk diganti10)Bila dah siap semua servis coil starter boleh lah pasang balik kat housing starter11)Kemudian pasang balik selenoid starter pada Starter tu semula.
12) Pasang balik coil starter dan cantumkan semula pada housing starter.
Jangan lupa bubuh minyak greese pada penutup belakang starter tersebut.
Diy Pasang Starter RelaySelalunya kalau masa crank hanya bunyi 'ketak' 'ketak' (starter lemah) walaupun guna bateri baru.. Korang boleh mencuba untuk memasangkan relay pada starter.. Tujuan tambah Relay ni pada starter kereta untuk menguatkan lagi supply karen yang cukup ketika crank kereta.. Selalunya kat kedai acsesori kereta atau bengkel kereta ada buat cara ni...
(klick untuk perbesarkan gambar)Fungsi relay adalah untuk mengawal litar dan menjadi switch berkuasa rendah kepada berkuasa tinggi.. Tak silap ada 2 jenis relay normally open kebiasaannya 4 kaki dan normally close 5 kaki.. Kalau nak pasang cari yang brand baik sikit lebih tahan lama... kalau jenis relay cikai cepat jer terbakar..
-kaki 30 iaitu sambung ke direct 12v kebiasaanya terus ke positif (+) bateri dengan diletakkan fuse 10A pada wire ini, kalau berlaku litar pintas fuse akan memutuskan arus untuk menyelamatkan peralatan kereta
-kaki 85 ini ialah negatif (-) sambung pada wayer ignition suis. .
-kaki 86 pula ialah untuk ground.. pendekkan grounding wire agar lebih dekat dengan relay..
-kaki 87 iaitu (output 12v ) wire positif masuk kabel starter selenoid Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/04/masalah-starter-solenoid-kereta.html