Dengar Lihat Arwah Baru Henti Nangis Kucing Pengganti Arwah Pun Pandai Pujuk
“Bila Hamzah menangis, datang penemannya (kucing) masuk bilik dan ciumnya. Lepas cium, elok-elok Hamzah tidur dan kucing itu juga akan tidur di sebelahnya.
Memang seperti arwah ayahnya yang selalu pujuk tiap kali Hamzah menangis. Alhamdulillah Allah hadirkan kucing ini untuk menjadi peneman setiap kali Hamzah nangis,” luah Nor Hidayah Mohd Ali.
View this post on Instagram
Alahai Hamzah baru dapat tidur, mujur Kucing ini menjadi peneman setiap Kali Hamzah tidur, bila hamzah nangis Kucing ni akan masuk bilik dtg cium dia, lepas cium dia pun tidur sebelah hamzah.. Alhamdulillah Allah hadirkan Kucing untuk Hamzah.. posting update by @sirazmier @zmierherbs #syeduthmanhamzahaljuffrey #zmierherbsdaunsukun #kitabaikramaisayang
A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on Feb 20, 2020 at 9:26am PST
Hidayah akui sejak arwah Abam pergi, seolah-olah kucing kelabu ini menemani Hamzah sepanjang masa. Pantang dengar Hamzah nangis, laju je datang.
Sementara itu, selepas lebih seminggu pemergian ayahnya, ternyata nampak kerinduan Hamzah pada arwah Abam. Walaupun si kecil ini tak boleh nak beritahu kerinduannya tetapi bila menatap gambar ayahnya seolah dia mengerti.
“ALLAH, mengalir air mata bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat, baru dia berhenti menangis.”
View this post on Instagram
Allah menggalir air mata, bila ibu melihat hamzah dengar lagu arwah ayah nye
dengar & lihat baru dia benti menagis, sabar wahai sygku, hamzah kene kuat seperti ayah
ayah sentiasa tengok hamzah, terima kasih pokcu @zainuddin_94 sentiasa layan hamzah..terubat kerinduan hamzah #syeduthmanhamzahaljuffrey
A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on Feb 18, 2020 at 12:43am PST
Nor Hidayah sebelum ini berkongsi satu rakaman video di Instagram memaparkan anak tunggalnya, Hamzah tidak berganjak melihat wajah bapa menerusi telefon bimbit.
Tidak petah lagi untuk menzahirkan rasa rindu, namun tindak tanduk Hamzah menyentuh wajah bapanya di skrin telefon bimbit membuatkan peminat tersentuh hati.
“Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sumber: ig hidayah_abam; ig sirazmier
The post Dengar, Lihat Arwah Baru Henti Nangis. Kucing Pengganti Arwah Pun Pandai Pujuk appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dengar-lihat-arwah-baru-henti-nangis-kucing-pengganti-arwah-pun-pandai-pujuk/