Dengan Tips Mudah Ini Anda Dapat Jimat Kos Modal Jual Air Balang Dengan Untung Berganda
As Salam,
Jual Air Balang : Tips Kos Modal Permulaan Yang Jimat Dengan Untung Berganda-Pasti anda sedang merancang dan mencari-cari kaedah atau tips memulakan perniagaan Air Balang atau ada juga yang menyebutnya jualan Air Bancuh.Orait, anda berada di halaman yang betul kerana pada kesempatan ini saya memang mahu berkongsi sedikit pengalaman saya berniaga atau menjual air balang ketika hari sukan sekolah setiap tahun.
Bersama AJK Kelab Kebajikan Guru dan Staf sekolah semasa buat jualan Air Balang pada Hari Sukan Sekolah.Masa tu kami jual Air jagung madu.Air Jagung memang feveret cikgu dan budak sekolah ni.haha.Memang laris habis!
Macam korang, mesti ada target sebelum nak mula berniaga jual air bukan? At least kalau korang masih bujang, dapat juga pasif income.Tambah-tambah dah dekat bulan puasa ni.Orang Majlis atau Bandaran dah start offer tapak bazaar untuk buat jualan.Memang seronok kalau dapat flow cash kat tangan kan.hehehe
Kalau anda sudah berkeluarga, mencari pendapatan sampingan dengan berniaga jual air, merupakan pilihan yang tepat dan sangat mudah.Anak-anak pun boleh tolong jual sekali.Jimat pekerja dan tak payah fikir nak bayar kos upah kepada pekerja
Geng jualan air balang di sekolah:)-
Ceh.Bajet macam tauke jual Air Balang kat Bazaar atau pasar malam kan?haha,Korang janganlah marah.Kat mana-mana pun kalau kita jual air balang ni, sama je modalnya.Bezanya mungkin pelanggan dan jenis air yang kita jual kan?Basic barang niaga tetap sama.Korang akan perlukan cup atau cawan plastik, straw, air, gula dan paling penting duit sebagai modal.heh!
Jual Air Balang : Tips Kos Modal Permulaan Yang Jimat Dengan Untung BergandaSaya kongsikan anggaran kos modal yang kita perlukan untuk memulakan jualan atau bisnes Air Balang.Tak payah risau kalau duit tabung niaga atau tabung modal tak cukup, korang pandai-pandailah tambah atau top up atau cari duit celah yang ada.Orang Niaga biasa banyak duit celah ni.kihkih.
ANGGARAN KOS PERMULAAN JUAL AIR BALANG YANG JIMAT TAPI SANGAT MENGUNTUNGKANBerikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang.
1 unit kanopi 10 x10 : RM150
1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
2 kerusi : RM 10-RM20
1 alas meja : RM30-RM40
1 senduk air gula: RM10 (maksima)
1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
1 unit bekas air gula: RM5-10
1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
1 dozen Straw: RM 5-6
Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000
BERAPA PULA MODAL HARIAN?
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual.Kalau jual air soya modal tak sampai RM10.
POTENSI JUALAN & UNTUNG?
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.
Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.
Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305
Sekarang darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar ( lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)
RM305 X 25hari = RM7,625
UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!
Nah, sekarang anda boleh lihat sendiri bagaimana dengan kos permulaan yang kecil dan jimat, anda bakal mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.Allahuakhbar.Kalau ikut minat saya buat bisnes ni, mahu sahaja saya buka payung depan rumah dan buat jualan air balang.heh!
Tapi ingat, hidup kita ini, buat apa pun mesti dengan ilmu.Nak dapat tang mana ilmu menjual air balang ni? Saya menjual air balang di sekolah dengan kawan-kawan pun dengan perkongsian ilmu salah seorang rakan guru kami yang memang hebat berniaga.Kami tidak sebarangan menjual tanpa mengambil kira kos dan strategi marketing.Ceh gitu:).
Tujuannya supaya kita dapat meminimakan kerugian apabila mula menceburi Bisnes Air Balang ni.Itu pentingnya ilmu dan mesti ada mentor untuk berniaga.Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak nak buat jualan air balang, saya suka suggest kat korang supaya baca dan dapatkan banyak tips dan info dari sini :Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang- (sila klik sekarang).
Anda bukan sahaja akan diberikan tips dan panduan memulakan perniagaan Air Balang, malah anda juga akan mendapat resepi membuat pelbagai jenis air untuk jualan.Menarik bukan? Siapa nak bagi percuma resepi buat air balang yang sedap, laris dan menjadi kann
Orait, bagi memudahkan anda mendapat lebih banyak input dan formula berjaya dalam perniagaan ini, anda juga boleh daftar di sini, dan klik untuk mendapatkan e-book yang mengandungi pelbagai rahsia dan juga strategi membuat jualan Air Balang.
Semoga anda mendapat manfaat dan dipermudahkan urusan sebagai tauke Air Balang yang hebat, kaya dan berjaya!aamin.
Sampai jumpa lagi, buat sampai jadi!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/03/dengan-tips-mudah-ini-anda-dapat-jimat.html