Cara Mudah Untuk Membersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri
Cara Mudah Untuk Membersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri || Salam semua,
Sekarang, air fryer dah berlambak di pasaran. Mungkin atas faktor untuk menyediakan makanan dengan cepat, lebih - lebih lagi buat ibu bekerjaya yang begitu sibuk dan memang memerlukan gajet dapur seperti air fryer.
Kalau dulu, macam orang kaya - kaya yang pakai air fryer, sekarang harga dah mampu milik untuk kegunaan di dapur. Jenama air fryer pun begitu banyak di pasaran.
Hari ini nak berkongsi sedikit tentang tips penjagaan air fryer macam mana. Masuk bulan 3 memang dah setahun dah guna air fryer Haier. Dah hampir setahun guna, macam - macam dah masak dalam air fryer.
Nasib baik la tak jadi tukun jugak hii, selalu guna sebab letak atas kabinet dapur. Jadi ada jerr benda nak goreng dalam tu. Setakat ini, alhamdulillah ok guna tak ada rosak. Nak jaga tu tak susah mana, nak cuci tu susah sikit hii, sebabnya kalau jenis yang malas - malas sikit, memang tak tercuci la air fryer. Nak tak nak dah kotor kan kena lah cuci nak bagi bersih.
Basket dah siap cuci bersih dah siap cuci bersih
Tips nak cuci air fryer ni tak ada susah sangat pun yang penting rajin. Barang gajet dapur ni kalau malas nak jaga baik tak payah pakai :D. Barang nak tahan lama kan kena jaga elok - elok ya.
Lagi satu, kalau ada setengah orang siap ada berus khas macam - macam kan, tapi kita tak guna apa - apa pun just guna tisu dan juga wet tissue terutamanya nak lap bahagian atas kat lingkaran tu.
Jom lah baca tips yang biasa buat nak cuci air fryer cara saya.
Cara Mudah Untuk Membersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri
1. Untuk penjagaan basket pan, Kalau goreng makanan jenis berminyak, selepas menggoreng, biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian baru bilas dengan air paip untuk buang segala kotoran yang melekat
2. Sekiranya perlu, boleh rendam sekejap dengan air nak bagi mudah tanggal.
3. Selepas rendam, tuang kan air panas ke dalam basket pan dan juga jaringan nak bagi minyak yang melekat keluar
4. Kemudian terus cuci dengan cecair pencuci, biasa guna sunlight untuk tanggalkan kotoran minyak yang degil. Buat macam ni mudah sikit minyak degil tanggal kalau nak banding cuci dengan air paip sejuk
5. Sekiranya ada goreng daging burger atau daging kambing, lebik baik biarkan lemak yang turun dalam basket semalaman sebab lemak ini akan beku. Keesokannya,ambil tisu dapur buang lemak beku dan basuh macam cara nombor 3
6. Satu lagi, biasanya lama- lama kita guna air fryer bakul dia tu, memang akan terlekat baki - baki gris yang di celah- celah jaring tu. Nak tanggalkan senang jer, selepas basuh, basket jaring tu masih basah- basah, ambil cotton bud guna nak cuci celah - celah tu, tekan biar kuat sikit. sampai gris melekat di cotton bud. Itu jerr cara yang buat, paling tidak pun tanggal la juga sikit - sikit daripada tak buat langsung.
7. Kalau rajin, bersihkan seminggu sekali terutamanya di bahagian lingkaran dan juga dalaman air fryer tu, kalau guna kerap sangat air fryer, kalau tak guna kerap sangat boleh jarakkan sikit nak bersihkan.
Kadang - kadang kita tak perasan gris melekat kat celah jaring tu, bila banyak sangat baru perasan.
Kepada sesiapa yang bercadang nak beli air fryer, direkomenkan sangat - sangat ya, memang mudahkan kerja dapur, macam kita yang family kecik ni, oven tak terusik dah, berhabuk huu. asyik sayang kat air fryer lebih ni. :D
Biasa nak cuci celah celah lingkaran ni guna tisu basah ataupun wet tissue, kalau guna wet tissue, selepas lap, pastikan cuci sekali lagi dengan tisu basah biasa nak hilangkan bau wet tissue
Nak cuci basket guna berus lembut dan cecair pencuci yang biasa digunakan untuk menghapuskan minyak degil adalah sunlight. Cecair pencuci kegemaran.
Dah siap cuci bersih
Ini lah hasil setiap kali selepas menggoreng ayam dalam air fryer. Nampak tu lemak - lemak yang keluar.
Ini lah cara yang biasa buat nak tanggalkan gris yang melekat di basket. Guna cotton bud, Selepas basuh basket semua, tengah basah tu, ambil cotton bud terus cuci yang mana ada lekat gris celah - celah tu.
Itu saja tips mudah dan senang lah, tak ada buat pelik bagai, ada nampak kat youtube cara nak cuci siap dengan air bagai tu, tak pernah buat cara macam tu, ada siapa yang ikut tak cara tu, katanya senang nak tanggalkan gris yang melekat celah - celah lingkaran tu. Terfikir juga nak buat tapi tak berani nak buat pulak.
Walaupun lap dengan tisu tonyoh sikit kuat- kuat, tapi masih ada juga lah kesan gris tu, nak buat macam mana yang nak hilang tu syukurlah.
Ok selamat mencuba. :). Korang pun boleh kongsi tips masing - masing :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/03/cara-mudah-untuk-membersihkan-air-fryer-ikut-pengalaman-sendiri.html