Dengan Pinda Perlembagaan Umno Siap Sedia Untuk Berperang


malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: May 18, 2022 9:00 AM

Ketika Perhimpunan Agung Umno Khas (EGM) pada Ahad lalu, Umno telah berjaya meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan selama enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU)

Bagi Umno, pindaan perlembagaan bukanlah perkara baru, malah parti itu telah beberapa kali berbuat demikian sebelum ini, termasuk ketika Dr Mahathir Mohamad menerajui Umno.

Ketika itu, pindaan juga berhubung soal pemilihan parti.

Bagaimanapun, dalam situasi politik pada masa ini, langkah itu secara signifikan memberi isyarat Umno dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU15 dalam masa terdekat ini.

Ada yang mendakwa ia akan memperkukuhkan kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden walaupun dinafikan Zahid menafikan secara terbuka.

Hakikatnya selepas pindaan itu dilakukan dan diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Zahidlah yang akan menandatangani watikah calon-calon BN yang akan bertanding dalam PRU15 nanti.

Menarik juga apabila dilihat usul pindaan itu - yang dibawa oleh naib presiden Khaled Nordin - disokong oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob merangkap naib presiden parti.

Percaturan itu pada mata kasar menunjukkan Umno dalam keadaan solid serta bersiap sedia untuk "berperang".

Namun sejauh mana perpaduan itu dapat diterjemahkan ia masih menjadi tanda tanya.

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Awang Azman Awang Pawi berpendapat kejayaan pindaan itu membuktikan akar umbi Umno berdiri teguh untuk menguatkan kedudukan parti menjelang PRU15.

"Bermakna segala keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan sentimen akar umbi parti itu sendiri, bukannya berdasarkan suara individu semata-mata.

"Keputusan itu berdasarkan sentimen daripada perhimpunan agong Umno (PAU), sentimen akar umbi politik yang dibawa ke Biro Politik dan dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi, hingga ia dibincangkan kemudian barulah dilakukan pindaan," katanya kepada Malaysiakini.
Awang Azman Awang PawiKatanya lagi, pindaan itu untuk mengelakkan perpecahan parti secara menyeluruh pada PRU akan datang, ekoran persaingan dalam pemilihan yang dijalankan sebelumnya.

Selepas PRU, katanya lagi, sesiapa saja boleh merebut jawatan, termasuk kedudukan presiden dan timbalan presiden.

Selain itu, turut menarik perhatian adalah sejauh mana pindaan itu mampu mempengaruhi Ismail untuk menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri bagi mempercepatkan PRU, seperti yang dituntut kepimpinan Umno.
Ia walaupun sebaik selepas EGM, Ismail memberitahu soal itu perlu dibincangkan dengan kabinet dahulu dan pindaan tidak akan mempengaruhi tarikh PRU15.

'Kepercayaan untuk hadapi PRU'

Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia juga berpandangan EGM itu menterjemahkan keyakinan akar umbi parti kepada kepimpinan sedia ada apabila sebulat suara setuju dengan usul untuk menangguhkan pemilihan.

"Mereka memberi kepercayaan kepada kepimpinan sekarang dalam menghadapi PRU15," katanya.

Ditemui pemberita Ahad lalu, bekas naib presiden Umno Hishamuddin Hussein menyifatkan ia adalah satu keputusan demi kelangsung dan kestabilan parti.

"Agar semua dapat bersatu merapatkan barisan, pemilihan dalam parti dapat diketepikan dulu dan fokus kepada usaha memenangkan parti dalam PRU.
"Semua menteri dalam kabinet Ismail Sabri menerima baik keputusan ini. Saya tahu sebab saya juga sebahagian daripadanya," jelas Hishamuddin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii menyifatkan EGM lalu membuktikan kestabilan memang wujud dalam parti di saat pembangkang bergelut sesama sendiri.

"Umno fokus kepada kestabilan dalam negara melalui kestabilan dalam parti sendiri terlebih dulu, manfaat akan dirasai rakyat juga.

"Ketika ada pemimpin DAP 'fed-up' dengan parti sampai tak nak bertanding lagi, Umno pula menunjukkan kematangan politik," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/dengan-pinda-perlembagaan-umno-siap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Lulus Pinda Perlembagaan Tangguh Pemilihan Lepas Pru

Umno Lulus Pinda Perlembagaan Tangguh Pemilihan Lepas Pru

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 242 hits
malaysiakini comUmno hari ini berjaya meminda perlembagaan parti mereka bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan selama enam bulan selepas pilihan raya umum Cadangan pindaan itu mendapat sokongan sebulat suara membabitkan kira kira 2 58O per...
Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 209 hits
PINDA PERLEMBAGAAN UMNO ELAK PERPECAHAN ATAU ZAHID HAMIDI TAKUT HILANG JAWATAN Hari ini UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas atau EGM bagi tujuan meminda perlembagaannya iaitu pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PR...
Umno Nak Pinda Perlembagaan Pulak Sebelum Ni Dah Buat Ka Belum Pemilihan

Umno Nak Pinda Perlembagaan Pulak Sebelum Ni Dah Buat Ka Belum Pemilihan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 185 hits
Umno pinda perlembagaan hari ini May 15 2022 Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan berkata pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno yang bakal dihadiri lebih 2 000 perwakilan KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal terca...
Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Pindaan perlembangaa...
Pas Kelantan Siap Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Pada Pru15

Pas Kelantan Siap Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Pada Pru15

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 236 hits
PAS Kelantan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan pada PRU15 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2022 6 30P
Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 176 hits
Berikutan permohonan menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebagaimana dibenarkan dalam perlembagaannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau RoS tempoh akhir parti itu mesti mengadakan pemilihannya ialah pada 29 Disember tahun in...
Pas Tak Sedia Putus Dengan Umno Kata Mursyidul Am

Pas Tak Sedia Putus Dengan Umno Kata Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 381 hits
freemalaysiatoday com May 11 2022 9 15 AMHashim Jasin berkata rugi sekiranya hubungan PAS dan Umno tidak dipertahankan kerana Muafakat Nasional merupakan formula terbaik untuk menghadapi PRU15 PETALING JAYA Mursyidul Am PAS Hashim Jasin ber...
Umno Sungai Besar Sedia Terima Tengku Zafrul Jamal

Umno Sungai Besar Sedia Terima Tengku Zafrul Jamal

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 179 hits
UMNO Sungai Besar sedia terima Tengku Zafrul Jamal UMNO Bahagian Sungai Besar sedia menerima kehadiran Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke kawasan Parlimen tersebut walaupun ada bahagian tertentu parti itu di Selangor menolaknya K...
Penganalisis Berbeza Pendapat Mengenai Masa Depan Ismail Selepas Pindaan Perlembagaan Umno

Penganalisis Berbeza Pendapat Mengenai Masa Depan Ismail Selepas Pindaan Perlembagaan Umno

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 196 hits
May 16 2022 Seorang penganalisis berkata Ismail Sabri Yaakob tidak disenangi oleh puak arus perdana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Masa depan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak menentu selepas Umno sebulat sua...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Ets Diselenggara Secara Berkala

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because