Penganalisis Berbeza Pendapat Mengenai Masa Depan Ismail Selepas Pindaan Perlembagaan Umno





Jason Thomas -May 16, 2022     Seorang penganalisis berkata, Ismail Sabri Yaakob tidak disenangi oleh ‘puak arus perdana’ Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.PETALING JAYA: Masa depan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak menentu selepas Umno sebulat suara meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU).
Seorang penganalisis politik percaya keputusan itu terus meletakkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di posisi kuasa dan membuka laluan kepada “puak arus perdana” dalam parti itu untuk menggantikan Ismail akhirnya.
Bagaimanapun seorang lagi penganalisis berkata, masa depan Ismail kini terjamin kerana parti itu sudah menamakannya sebagai calon perdana menteri untuk PRU akan datang dengan tiada pencabar lain kelihatan.
Semalam, Umno sebulat suara mengundi untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan sehingga 18 bulan atau sehingga enam bulan selepas PRU.
Pemilihan parti itu untuk penggal 2021-2023 sudah ditangguhkan dari 30 Jun 2021 dan sepatutnya diadakan menjelang 30 Disember tahun ini.
Penangguhan selanjutnya, yang perlu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, akan menyaksikan Zahid kekal sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon PRU.
Oh Ei Sun.Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, pindaan perlembagaan itu bermakna tempoh Ismail menjadi perdana menteri sudah ditetapkan.
“Umno akan menang agak besar (pada PRU) kali ini, jadi semua ahli Parlimen baharu Umno ini akan setia kepada Zahid dan puak arus perdana Umno,” yang katanya turut termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak.
“Ini bermakna tempoh Ismail pada dasarnya sudah ditetapkan. Mereka tidak menyenanginya secara terang-terangan. Jadi mereka mungkin menggantikannya, sama ada antara mereka sendiri atau seseorang yang mereka sukai selepas ini.”
Azmi Hassan.Namun Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Zahid atau Najib secara terbuka mengakui tidak berhasrat untuk bertanding jawatan perdana menteri.
Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara bersetuju mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri berikutnya untuk BN.
Azmi berkata, Ismail merupakan antara tiga naib presiden Umno yang menyokong usul meminda perlembagaan parti dibentangkan oleh seorang lagi Naib Presiden Umno, Khaled Nordin.
“Ini menunjukkan walaupun beliau ialah naib presiden…kedudukannya sebagai perdana menteri berikutnya terjamin.”
PRU15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023, tetapi Umno mendesak ia diawalkan bagi memanfaatkan momentum yang diperolehinya selepas kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/penganalisis-berbeza-pendapat-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mengabsahkan Pindaan Pada Perlembagaan Umno Dalam Perhimpunan Agong Umno

Umno Mengabsahkan Pindaan Pada Perlembagaan Umno Dalam Perhimpunan Agong Umno

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 205 hits
Perhimpunan Agung Khas UMNOAlhamdulillah hari ini telah berlangsung Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk meminda perlembagaan UMNO dan Sambutan Hari UMNO ke 76 Amanat yang disampaikan oleh Dato Seri Presiden Dr Zahid Hamidi cukup menyuntik sem...
Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 198 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan perlembagaan parti itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan kendudukannya Jelasnya amat malang jika ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang mempercayai tuduhan sedemikian Sebaliknya kata...
Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Pindaan perlembangaa...
Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 160 hits
Berikutan permohonan menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebagaimana dibenarkan dalam perlembagaannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau RoS tempoh akhir parti itu mesti mengadakan pemilihannya ialah pada 29 Disember tahun in...
Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 182 hits
Pindaan Perlembagaan UMNO Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi PRU15 Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli dan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu tetapi juga sebagai kelangsungan...
Sementara Tarikh Pru15 Ditentukan Kabinet Apa Jadi Jika Pindaan Perlembagaan Umno Tidak Diluluskan Ros

Sementara Tarikh Pru15 Ditentukan Kabinet Apa Jadi Jika Pindaan Perlembagaan Umno Tidak Diluluskan Ros

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 218 hits
Meskipun UMNO telah berjaya meminda perlembagaannya melalui Perhimpunan Agung Khas semalam yang menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan perkara itu masih tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendaft...
Pindaan Perlembagaan 2022 Dorong Pemimpin Umno Jadi Diktator Tun Abdul Hamid

Pindaan Perlembagaan 2022 Dorong Pemimpin Umno Jadi Diktator Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 208 hits
By May 20 2022Tun Abdul HamidOleh TUN ABDUL HAMID MOHAMADMAKA Persidangan Agung Khas UMNO pada 15 Mei 2022 pun meluluskan pindaan kepada Perlembagaan UMNO Mari kita lihat pindaan itu dengan lebih dekat Fasal 10 1 1 setelah dipinda berbunyi ...
Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 192 hits
PINDA PERLEMBAGAAN UMNO ELAK PERPECAHAN ATAU ZAHID HAMIDI TAKUT HILANG JAWATAN Hari ini UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas atau EGM bagi tujuan meminda perlembagaannya iaitu pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PR...
Umno Nak Pinda Perlembagaan Pulak Sebelum Ni Dah Buat Ka Belum Pemilihan

Umno Nak Pinda Perlembagaan Pulak Sebelum Ni Dah Buat Ka Belum Pemilihan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 169 hits
Umno pinda perlembagaan hari ini May 15 2022 Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan berkata pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno yang bakal dihadiri lebih 2 000 perwakilan KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal terca...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia