Denda Rm1 000 Pelitup Muka Masih Boleh Dirayu Ismail Sabri


 
Mereka yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka masih boleh merayu pengurangan denda tersebut, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Justeru itu katanya tiada keperluan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan mengurangkan jumlah kompaun yang dikenakan.
“Kita kenakan RM1,000 tetapi mereka boleh merayu, kalau dikurangkan maka Kementerian Kesihatan yang mengeluarkan kompaun boleh memberi pengurangan. Jadi, saya rasa tidak perlu pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa.
“Sedangkan kes sedang berlaku dan tindakan perlu dilakukan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak mural kemerdekaan dan pasar pagi Slim River, di sini.
Beliau juga berkata jika perlu dilakukan pindaan terhadap akta itu, usul akan dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang.

Beliau mengulas gesaan Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen supaya  kerajaan  mengkaji semula kadar denda RM1,000 yang dikenakan terhadap mereka yang tidak memakai pelitup muka kerana jumlah itu dilihat membebankan orang ramai, khususnya golongan B40 dan pelajar.
Sementara itu, ditanya mengenai kewujudan virus Covid-19 dengan mutasi D614G yang 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain di negara ini, Ismail Sabri mengingatkan rakyat agar terus patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Saya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa virus yang dibawa (kluster) Sivagangga itu telah dapat dikawal, jadi tidak ada lagi penyebaran virus tersebut (bagi kluster itu) di Kedah, Perlis dan sebagainya,” katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata Institut Penyelidikan Perubatan telah mengesan mutasi jenis D614G dalam tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.


Katanya virus Covid-19 dengan mutasi D614G didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain serta mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.
Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno menasihati penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
“Saya faham kita nak kerja untuk menangkan calon, tempat sesak kalau tak boleh nak lakukan penjarakan fizikal wajib pakai pelitup muka,” katanya. 
Sementara itu, ketika ditemui pemberita semasa melawat pusat media PRK DUN Slim, Ismail Sabri berkata tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di seluruh Kedah.
Beliau berkata kemunculan kluster baharu jangkitan Covid-19 di satu-satu kawasan bukan bermakna Temco perlu dilaksanakan dan arahan tersebut hanya dikuat kuasa selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
“Setakat ini, tiada arahan (laksanakan Temco di seluruh Kedah) melainkan Kementerian Kesihatan maklumkan ia perlu, baru kita akan umumkan serta menyenaraikan apa perkara yang boleh dan tidak sebelum mengeluarkan perintah Temco,” katanya.
Sehingga kini, Kedah mencatatkan empat kluster Covid-19 iaitu Kluster Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Muda dan Kluster Sala membabitkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Baling, Kuala Muda dan Yan. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/08/denda-rm1000-pelitup-muka-masih-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Kena Saman Tak Pakai Pelitup Muka Masa Naik Kenderaan Persendirian Boleh Tuntut Semula Dengan Kkm Ismail Sabri

Yang Kena Saman Tak Pakai Pelitup Muka Masa Naik Kenderaan Persendirian Boleh Tuntut Semula Dengan Kkm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 412 hits
Berita Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan orang ramai yang disaman kerana tidak memakai pelitup ketika menaiki kenderaan persendirian boleh menuntut semula wang mereka dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Perka
Denda Pelitup Muka Rm1 000 Mp Seputeh Dakwa Terdapat Aduan Rasuah

Denda Pelitup Muka Rm1 000 Mp Seputeh Dakwa Terdapat Aduan Rasuah

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 302 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan perlu memastikan terdapat platform untuk mencari jalan keluar bagi mereka yang dikenakan denda RM1 000 bagi pelanggaran pemakaian pelitup separuh muka kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Kok berkata meskipun beliau m...
Pelitup Muka Orang Ramai Boleh Rayu Kompaun Ismail Sabri

Pelitup Muka Orang Ramai Boleh Rayu Kompaun Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 229 hits
73 total views 73 views today Mereka yang dikenakan kompaun RM1 000 kerana tidak memakai pelitup muka masih boleh merayu pengurangan denda tersebut kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Justeru itu katanya tiada keperlu...
Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka Ds Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka Ds Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 233 hits
TANJUNG MALIM Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1 000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berka...
Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 279 hits
Kredit Wan Zamzahidi Wan Zahid Semalam 1 Ogos 2020 penguatkuasaan pemakaian pelitup muka telah bermula dan sebilangan rakyat Malaysia telah dihukum dengan denda RM1000 seorang atas sebab tidak memakai pelitup muka Menjadi banyak persoalan d...
Kompaun Boleh Dikurangkan Atas Budi Bicara Ismail Sabri

Kompaun Boleh Dikurangkan Atas Budi Bicara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 425 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz mengecat mural disebuah dinding semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil N 58 di Pekan Slim River Perak foto AFFAN FAUZI S...
Individu Boleh Tuntut Semula Wang Rm1 000 Jika Disaman Tak Pakai Mask Dalam Kereta Sendiri

Individu Boleh Tuntut Semula Wang Rm1 000 Jika Disaman Tak Pakai Mask Dalam Kereta Sendiri

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 297 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial apabila orang ramai mula pertikaikan tindakan penguatkuasa yang mengeluarkan saman RM1 000 kepada orang ramai walaupun mereka berada di kawasan yang tidak ramai orang Perkara ini mendapat respon Menteri K...
Harga Pelitup Muka Akan Di Turunkan Lebih Rendah Kepada Rm1 Sekeping

Harga Pelitup Muka Akan Di Turunkan Lebih Rendah Kepada Rm1 Sekeping

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi ketika me...
Pengeluar Gesa Kerajaan Turun Harga Siling Pelitup Muka Di Bawah Rm1

Pengeluar Gesa Kerajaan Turun Harga Siling Pelitup Muka Di Bawah Rm1

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 323 hits
Seorang pengeluar berkata pelitup muka dijual pada harga 20 sen sekeping sebelum penularan wabak Covid 19 PETALING JAYA Pengeluar pelitup muka menggesa kerajaan menurunkan harga siling pelitup muka 3 lapis pada harga lebih rendah berbanding...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai