Demontrasi Desak 5 Janji K Jaan Ph Luar Parlimen
KL: Kira-kira 40 mahasiswa daripada beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman di luar bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto.
Sekretariat Gerakan Desak Janji PH, Ikhwan Nasyriq berkata memondum diserahkan kepada ahli parlimen pembangkang sebagai mewakili suara mahasiswa menuntut kerajaan menunaikan lima janji kepada anak muda dan mahasiswa."Kami nak mendesak lima janji kerajaan PH dalam PRU ke-14 yang melibatkan peluang pekerjaan, gaji minimum, pendidikan percuma, harga barang dan juga tol."Yang paling (terkesan) besar ialah dalam Bajet 2020 tidak disebut langsung berkaitan dengan PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Pembangkang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di sini, pagi tadi.Wakil pelajar KUIS, Izzuddin Aziz, 22 berkata kehadiran mahasiswa ke parlimen hari ini untuk menyatakan rasa kesal dan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan PH yang gagal menunaikan janji manifesto PRU ke-14.Sementara itu, seorang lagi wakil pelajar, Hazim Md Nor, 22, berkata kerajaan hari ini menang dengan fitnah dan penipuan kepada rakyat."Mahasiswa-mahasiswa yang datang ke sini (hari ini) yang ambil cuti daripada intern, yang sanggup ambil cuti untuk kita desak kerajaan tunaikan janji-janji mereka," kata Hazim.Demonstrasi aman itu bermula sekitar jam 10.45 pagi tadi dan bersurai sekitar setengah jam kemudian selepas penyerahan memorandum kepada wakil ahli parlimen, Tuan Ibrahim yang juga hadir bersamanya beberapa lagi wakil ahli parlimen lain.Dalam persidangan Dewan Rakyat tengah hari tadi, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali membacakan memorandum tersebut.Antara perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah:1) Mendesak kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan.2) Mendesak gaji minimum yang lebih adil
3) Mendesak kawalan kenaikan kos barangan
4) Mendesak penghapusan tol
5) Mendesak melaksanakan pendidikan percuma. – HARAKAHDAILY 17/10/2010
Lihat Sebelum Ini..Jom Lawat Kampung Janda Indo... Penyelesaian.Intip Lagi, Kampung Janda, Kini Di Bogor Pula..Sekitar Artis Menjanda Di Indonesia, Masuk Air?K/Janda: (1)Bunuh Ragol &Politik IndoK/Janda: (2) Bunuh Ragol &Politik IndoK/Janda Aceh: Kampung Tanpa Lelaki.Pasukan Janda Aceh, Berperang Di Jalan Al...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/demontrasi-desak-5-janji-kjaan-phluar.html