Demokrasi Malaysia Hampir Terkubur Ekoran Parlimen Digantung Anwar


 







Demokrasi di Malaysia hampir dikuburkan berikutan pergantungan Parlimen yang tidak diketahui bilakah akan berakhir.

Bercakap dalam sesi wacana ‘Democracy Forum’ atas tema “Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia” anjuran International Strategy Institute (ISI) di Kuala Lumpur pagi tadi, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan mengenai soal semak dan imbang yang pincang selepas Parlimen tidak dibenarkan bersidang.
"Saya bangkitkan soal demokrasi di negara ini yang malap dan terkubur ekoran penggantungan sidang Parlimen, dan tekankan juga bahawa aspek semak imbang terus terancam di bawah pemerintah sekarang.
"Saya juga sentuh isu kemiskinan dan kesenjangan yang semakin meruncing ketika ini kesan dari wabak Covid-19. Saya berikan beberapa angka kemiskinan yang membimbangkan melibatkan kaum Melayu dan Bumiputera, komuniti Cina, masyarakat India serta kaum etnik Sabah dan Sarawak yang perlu diwacanakan dengan lebih terperinci," katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berbicara mengenai isu rasuah yang dianggapnya menghakis etika kebertanggungjawaban institusi penting kerajaan sejak kebelakangan ini.
"Masalah rasuah dan kebejatan juga terus menghakis keyakinan kita pada institusi-institusi kerajaan dan etika kebertanggungjawaban.
"Agensi atau suruhanjaya yang berkaitan harus dicukupkan sumber serta diberi kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan," katanya.
Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan perlunya usaha meningkatkan kesedaran rakyat berhubung demokrasi dengan wacana berkaitan topik berkenaan harus dibawa ke segenap peringkat.
“Untuk meningkatkan kesedaran rakyat ia tidak harus terbatas pada wacana di bilik-bilik hotel tapi mesti turun ke bawah.
“Cerdik pandai dan golongan elit jangan hanya duduk selesa. Mereka mesti anggap ini sebagai tanggungjawab bersama,” katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/demokrasi-malaysia-hampir-terkubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Lima Orang Ahli Parlimen Pkr Di Tawarkan Lompat Parti Dan Menyokong Pn

Anwar Dakwa Lima Orang Ahli Parlimen Pkr Di Tawarkan Lompat Parti Dan Menyokong Pn

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 433 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Srri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Perikatan Nasional memancing lima Ahli Parlimen parti itu untuk keluar dan menyokong kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Lima wakil rakyat itu adalah M Kar...
5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 624 hits
Seramai lima ahli Parlimen pembangkang menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengadakan perbincangan dengan Umno 5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan UmnoDalam satu kenyataan bersama R...
Ahli Parlimen Pembangkang Jumpa Anwar Di Parlimen Isnin Ini

Ahli Parlimen Pembangkang Jumpa Anwar Di Parlimen Isnin Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 359 hits
Ahli Parlimen pembangkang jumpa Anwar di Parlimen Isnin ini Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Mar 2021 7 23P
Usia Isaac Raees Hampir 3 Bulan Zahirah Aiman Bawa Anak Pulang Ke Malaysia

Usia Isaac Raees Hampir 3 Bulan Zahirah Aiman Bawa Anak Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 537 hits
Selepas lima bulan berada di Perth Australia bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza kini bakal pulang ke Malaysia Menerusi Astro Gempak Zahirah memaklumkan perkara itu dan khabarny...
Kelakarnya Ahli Parlimen Malaysia

Kelakarnya Ahli Parlimen Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 239 hits
FAEZUDDIN PUADLari dalam parlimen boleh Sidang parlimen tak boleh Kelakar
Mahathir Saved Malaysia By Blocking Anwar From Becoming Pm8 In February 2020

Mahathir Saved Malaysia By Blocking Anwar From Becoming Pm8 In February 2020

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 404 hits
Dr Mahathir should be thanked for making sure that Muhyiddin instead of Anwar became PM8 No doubt they talk about minority government backdoor prime minister and all that nonsense That is just a smokescreen to give an impression that their ...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway