Demokrasi Di Malaysia Semakin Tenat Muhyiddin Nafikan Hak Pengundi Muda



16 Julai 2019, 211 dari 222 Ahli Parlimen telah mengundi untuk menyokong supaya had kelayakan pengundi di Malaysia dari umur 21 tahun kepada 18 tahun.

Undian dilakukan selepas Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir membentangkan bacaan buat kali kedua meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.
Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Baca di sini :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undi-18-ruu-lulus-ahli-parlimen-beri-sokongan-majoriti-lebih-dua-pertiga-212815
Sepuluh hari selepas Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut, Dewan Negara pula meluluskan dengan undian lebih dari 2/3 majoriti sokongan Ahli Dewan Negara.
47 dari 68 senator yang menjadi Ahli Dewan Negara telah menyokong usul tersebut.
Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589169/dewan-negara-lulus-pindaan-perlembagaan-turunkan-umur-mengundi-kepada

Namun, pengumuman yang dibuat oleh SPR baru-baru ini amat mendukacitakan

Selepas hampir 2 tahun Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan pindaan tersebut, seramai 5.6 juta pengundi baru sangat-sangat teruja dan berharap akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU 15 nanti




Tetapi pengumuman yang dibuat oleh pihak SPR baru-baru ini amat mengecewakan mereka

Seperti alasan data dan sains yang digunakan oleh Takiyudin untuk 'menghalalkan' penggantungan Dewan Rakyat, begitu juga alasan Covid-19 digunakan oleh SPR sebagai alasan untuk menafikan hak 5.6 juta pengundi muda

Admin tidak berniat untuk meletakkan kesalahan kepada SPR sepenuhnya, kerana admin percaya, kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR itu ada campurtangan dari tangan-tangan ghaib

Lebih kurang seminggu sebelum SPR keluarkan kenyataan, Yang DI Pertuan Dewan Negara, Rais Yatim, telah mengeluarkan kenyataan yang membayangkan keputusan melayakkan secara automatik pengundi yang beurumu 18 tahun ke atas TIDAK akan dilaksanakan sebelum PRU 15

Baca di sini :
https://mykmu.net/2021/03/19/hujah-rais-yatim-tolak-undi-18-jika-jawapan-spm-tentu-akan-gagal/

Rais memberikan alasan yang kebudak-budakan dan tidak boleh diterima akal

Lebih menjengkelkan lagi, demi untuk mendapat kasih sayang dari 'tuan' yang telah mencucuk hidung beliau, Rais sanggup mempertikaikan keputusan yang telah diluluskan dengan undian 2/3 Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Apakah dengan tindakan ini, Rais masih lagi boleh menganggap dirinya sebagai Yang Di Pertua Dewan Negara

Apakah yang menyebabkan Muhyiddin dan PPBM takut dengan perlaksanaan pendaftaran secara automatik bagi pengundi yang berumur 18 tahun ke atas :
1) Pindaan ini juga telah bersetuju supaya semua warganegara Malaysia yang sudah melepasi had umur minimum pengundi, 21 tahun didaftarkan secara automatik dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Dengan perlaksanaan penuh pindaan ini, pengkalan data SPR bagi pengundi yang layak mengundi akan mendapat tambahan sebanyak 5.6 juta orang pengundi baru, termasuk 1.2 juta pengundi yang berumur dari 18 tahun ke 21 tahun

5.6 juta pengundi baharu bukan sedikit, ia adalah penambahan sebanyak 37.6% pengundi dari jumlah 14.9 juta pengundi berdaftar yang direkodkan pada PRU 14

Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/585580/pengundi-cecah-227-juta-menjelang-2023-pm

Ini akan memberikan impak yang cukup besar kepada keputusan dalam PRU 15 nanti

Mengapa Muhyiddin takut

Kerana golongan yang paling banyak terkesan dengan kelemahan dan kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah golongan-golongan muda

Yang dibuang perkerjaan sepanjang tempuh PKP dan PKP 2.0 serta Perintah Darurat adalah golongan muda

Bukan sahaja IKS, malah syarikat-syarikat gergasi luar negara seperti Microsoft, IBM, Sony, Hyundai dan banyak lagi syarikat yang menutup operasi mereka di Malaysia telah menyebabkan golongan muda kehilangan punca pendapoatan serta merta

Salah guna kuasa dengan mengurung rakyat di rumah tetapi ahli politik PPBM dilihat bebas ke sana dan ke sini dengan sesuka hati sepanjang tempuh PKP telah menimbulkan lagi kemarahan golongan muda terhadap Muhyiddin


Lebih memarakkan kemarahan golongan muda apabila terbongkar salah seorang ahli politik PPBM yang berjawatan Timbalan Menteri boleh bercuti selama 3 bulan dalam tempuh PKP dan Perintah Darurat!!

Baca di sini :
https://mykmu.net/2021/03/14/adakah-santhara-penduduk-tetap-new-zealand-tanya-puad/


Sikap tamak kuasa serta sibuk memancing Ahli Parlimen dengan menggunakan kaedah ugutan serta tidak mempedulikan nasib rakyat telah membuka mata anak-anak muda

Baca di sini :
1) https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/111-dan-seterusnya-mohamed-azmin/

2) https://malaysiadateline.com/xavier-dihubungi-menteri-kanan-diugut-sokong-pn-dakwa-su-agung-pkr/


Tanpa rasa bersalah, duit rakyat dan negara yang sepatutnya boleh dikembalikan kepada rakyat telah digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan politik sedangkan kehidupan rakyat sekarang ini lebih teruk dari kais pagi, makan pagi!!

Dalam pengumuman Proklamasi Darurat, Muhyiddin sudah berjanji kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau akan menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen sabaik sahaja Perintah Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021

Dengan keadaan politik dan ekonomi negara terkini, tidak mungkin SPB YDP Agung akan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Darurat selepas 1 Ogos 2021

Ini bermakna, mahu atau tidak, bersedia atau tidak, Muhyiddin terpaksa menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021

Inilah yang sangat ditakuti Muhyiddin, lalu untuk mengurangkan risiko dimalukan pada PRU 15 nanti, maka gelombang pengundi muda mesti dinafikan hak mereka dalam PRU 15

Namun Muhyiddin lupa, anak-anak muda pada hari ini tidak sama dengan anak-anak muda generasi beliau


Jangan sekali-kali berani mengkhianati anak-anak muda hari ini

Mereka adalah golongan pelapis yang akan mengambil alih kepimpinan negara di masa akan datang

Kebobrokan yang Muhyiddin lakukan hari ini tetap akan mereka bongkar meski pun mungkin ketika itu Muhyiddin sudah tidak ada lagi di atas dunia ini

Yang akan menanggung aibnya nanti adalah anak cucu beliau yang hidup ketika itu

Kepada anak-anak muda yang dinafikan hak untuk mengundi kali ini, jangan terlalu kecewa

Kalau tidak dapat menumbangkan Muhyiddin dan konco-konconya di peti undi, bantulah Barisan Nasional untuk menumbangkan PPBM

Tenaga kamu semua amat-amat diperlukan dalam melancarkan jentera pilihanraya Barisan Nasional ketika PRU 15 nanti

Bersama-sama kita lenyapkan PPBM dari persada politik tanah air buat selama-lamanya dengan menghormati sepenuhnya sistem demokrasi negara dalam PRU 15 nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/04/demokrasi-di-malaysia-semakin-tenat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Asasi Pekerja Seks Malaysia Pesuruhjaya Suhakam

Hak Asasi Pekerja Seks Malaysia Pesuruhjaya Suhakam

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Dato Dr Madeline Berma pekerja seks di Malaysia bukan sahaja didiskriminasi malah dianggap melakukan jenayah Keadaan ini berlaku kerana industri pekerjaan seks adalah tidak sah...
Tediaaa Aih Menteri Besaq Nak Belat Ayaq Minta Kat Penang Bila Tenat Anak Muda Pulak Baguih Punya Dok Stone Kah

Tediaaa Aih Menteri Besaq Nak Belat Ayaq Minta Kat Penang Bila Tenat Anak Muda Pulak Baguih Punya Dok Stone Kah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 219 hits
35 remaja dicekup pesta dadah di KedahApril 2 2021 Seramai 35 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Andalas Hutan Kampung pada Khamis kerana menyertai parti liar Kesemua mereka didapati melanggar prosedur operasi sta...
Edisi Khas Mingguan 016 Gempar Muhyiddin Dicabar Pengundi 18

Edisi Khas Mingguan 016 Gempar Muhyiddin Dicabar Pengundi 18

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 239 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0161 LOMPAT PARTI PERKOSA DEMOKRASI 2 NAJIB TEMPELAK JKOM DAN PERDANA MENTERI 3 MUHYIDDIN SPR BAKAL DIHERET KE MAHKAMAH
Pru15 Hak Umno Nak Kerjasama Bersatu Atau Tidak Muhyiddin

Pru15 Hak Umno Nak Kerjasama Bersatu Atau Tidak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 370 hits
malaysiakini comDiterbitkan 27 Mar 2021 5 58 pm Lawan satu dengan satu boleh juga Lawan satu dengan dua pun boleh juga ini politik kata presiden Bersatu menyentuh kemungkinan pertembungan politik PRU15 Keputusan Umno sama ada mahu bekerjasa...
Demokrasi Malaysia Hampir Terkubur Ekoran Parlimen Digantung Anwar

Demokrasi Malaysia Hampir Terkubur Ekoran Parlimen Digantung Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 257 hits
Demokrasi di Malaysia hampir dikuburkan berikutan pergantungan Parlimen yang tidak diketahui bilakah akan berakhir Bercakap dalam sesi wacana Democracy Forum atas tema Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia anjuran Inter...
Anak Muda Perlu Pertahan Hak Undi 18

Anak Muda Perlu Pertahan Hak Undi 18

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 295 hits
Kerajaan yang sering mengungkapkan anak muda sebagai generasi penerus kepimpinan negara tidak sewajarnya menghalang mereka mengundi memilih pemerintah Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak perlu tak...
5511 Hak Melayu Dalam Perlembagaan Sering Jadi Pertikaian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Brolahtv 25 03 2021

5511 Hak Melayu Dalam Perlembagaan Sering Jadi Pertikaian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Brolahtv 25 03 2021

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 347 hits
Hak Melayu dalam Perlembagaan sering menjadi bahan pertikaian di mahkamah dalam segelintir perspektif Hak Melayu telah dipersetujui oleh pemerintah pemerintah di Tanah Melayu sebagai cagaran atau gantian bagi kesediaan orang melayu untuk me...
The Mushroom Perkenalkan Sate Cendawan Pertama Di Malaysia

The Mushroom Perkenalkan Sate Cendawan Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 552 hits
Sate ayam sate daging mahupun sate arnab semuanya telah biasa kita makan dari kita kecil lagi Tapi tahukah korang bahawa sebuah kedai makan di Tampin Negeri Sembilan kini telah memperkenalkan satu lagi sate yang confirm korang belum pernah ...
Muhyiddin Holds Discussion With Sultan Of Brunei

Muhyiddin Holds Discussion With Sultan Of Brunei

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 300 hits
Visiting Malaysian Prime Minister Muhyiddin Yassin began a meeting with Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah in Bandar Seri Begawan today The meeting is being held at Istana Nurul Iman Sultan Hassanal is also the prime minister of Brune...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery