Demokrasi Dan Reformasi Ada Dua Definisi Baharu Rupanya


 


Definisi “demokrasi” sememangnya luas. Dalam konteks artikel ini perlu dinyatakan secara ringkas antara elemennya ialah: ”Satu sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya bebas dan adil”. Betul?
Salah. Jika mengikut definisi Abdul Hadi Awang, presiden PAS dan agamawan tersohor.
Menurut beliau apa yang berlaku pada Februari 2020 adalah demokrasi. Hadi menegaskan kerajaan Perikatan Nasional dibentuk secara demokrasi selepas mengambil alih daripada Pakatan Harapan waktu itu.

Ads by Kiosked“Kita (PN) ambil alih dalam keadaan teratur, tiada tumpah darah, tiada demonstrasi, tak bergaduh rakyat dengan polis,” kata beliau. Oleh kerana tidak ada itu semua maka demokrasi terjalin. Begitu?
Betul tidak ada semua yang Hadi gariskan itu. Cuma beliau tidak ingat (lupa atau terlupa?) untuk menambah satu lagi “yang tiada”. Tiada pilihan raya – elemen penting dalam sistem demokrasi. “Memilih dan mengganti kerajaan melalui pilihan raya bebas dan adil” satu elemen demokrasi yang disebut di atas.
Perikatan Nasional (yang komponennya termasuk PAS pimpinan Hadi) mengambil alih kerajaan melalui apa yang dilabel Langkah Sheraton. Gerak itu dicipta dengan pelompatan sekumpulan Ahli Parlimen kerajaan waktu itu – berpaling tadah dan bergabung dengan pihak lawan.
Lantas Langkah Sheraton diibaratkan rampasan kuasa. Benar rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah seperti yang dikatakan Hadi. Tetapi hakikatnya rampas kuasa dengan menggulingkan kerajaan pilihan majoriti rakyat kerana ia menang pilihan raya yang diadakan dua tahun terdahulu. Hakikatnya PN menjadi kerajaan tanpa melalui proses demokratik yakni pilihan raya. Apa lagi memenanginya.
Namun bagi Hadi itu adalah “proses membentuk kerajaan secara demokrasi”. Tak apa lah. Itu hak beliau untuk percaya sedemikian walaupun berlainan dengan definisi demokrasi yang diterima pakai majoriti. Hak beliau memberi pandangan dan pendapat pun satu elemen demokrasi.
Apa pun perlu diingat dalam demokrasi suara majoriti mengatasi suara minoriti. Tidak tahu sama ada Hadi menganggap dirinya pihak majoriti atau minoriti dalam isu PN bentuk kerajaan secara demokrasi.
Ads by KioskedItu kisah presiden PAS. Ini pula kisah presiden Umno. Ahmad Zahid Hamidi mengaskan partinya mahu kerajaan “yang mempunyai keabsahan rakyat bukan melalui percaturan politik “.
Akan tetapi Umno juga terbabit dalam Langkah Sheraton (bukankah ini percaturan politik?) untuk duduk dalam kerajaan PN.
Tidak lama kemudian Umno menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin untuk melonjakkan orangnya Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaannya. Realitinya bentuk kerajaan tanpa dipilih rakyat pada pilihanraya.
Bagi saya dan tentu juga anda itu juga percaturan politik. Setuju? Tetapi Zahid nampaknya ada pandangan tersendiri – apa itu percaturan politik dan apa itu keabsahan rakyat .
Berkata juga Zahid bahawa pada PRU15 nanti Umno akan mengemukakan satu agenda perubahan atau “reforms agenda”. Ertinya ada “bereformasi”.
“Kedudukan kami jelas. Kami tidak mahu institusi perundangan dan penguatkuasaan dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan,” kata beliau pada apa yang dipanggil taklimat khas presiden Umno tempoh hari.
Ads by KioskedPada masa yang sama iaitu di majlis taklimat khas itu beliau dan barisan kepimpinannya “membayangkan” (sebenar lebih daripada bayangan) rasa tidak puas hati dan kekecewaan Umno terhadap perdana menteri yang merupakan “orang kita” kerana tidak melakukan “sesuatu” atau tidak bersungguh-sungguh membantu parti khususnya kes pemimpin kesayangan Umno, Najib Razak.
Adakah itu satu desakan campur tangan perdana menteri? Adakah itu boleh dilihat sebagai tuntutan ‘manipulasi’ institusi perundangan dan penguatkuasaan oleh pihak berkepentingan? Adakah ini agenda perubahan yang ditawarkan Umno yang diperkatakan Zahid?
Jelas Zahid mempunyai pandangan, istilah, serta definisi apa itu manipulasi? Apa itu “reform agenda”? Apa itu keabsahan rakyat?
Seperti presiden PAS, presiden Umno juga punya hak “freedom of expression” berdasarkan amalan demokrasi. Namun beliau sebagai politikus berpengalaman luas tentu tahu dalam sistem demokrasi ada juga hak “setuju untuk tidak bersetuju”.
Dalam soal agenda perubahan Umno tidak dapat dipasti pada waktu ini pihak mana yang lebih ramai – yang bersetuju dengan definisi Zahid atau pihak yang tidak bersetuju. - FMT
Ads by KioskedArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/demokrasi-dan-reformasi-ada-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Puji Pencapaian Sanusi Bawa Pelaburan Baharu Rm14 4 Billion Ke Kedah

Pm Puji Pencapaian Sanusi Bawa Pelaburan Baharu Rm14 4 Billion Ke Kedah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 156 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 7 20 PMIsmail Sabri Yaakob berkata pelancaran dua projek pelaburan mega itu yang keseluruhannya bernilai kira kira RM24 4 bilion menunjukkan Kedah tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan pusat PETALING...
Menjelang Pelancaran Iphone 14 Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple

Menjelang Pelancaran Iphone 14 Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 130 hits
Seperti diketahui Apple akan melancarkan barisan iPhone 14 melalui acara khas yang dijadualkan berlangsung 7 September ini Menjelang beberapa hari sahaja lagi pelancaran Samsung kini telah memuat naik video yang ditujukan kepada Apple sugge...
Haslindalina Hashim Di Lantik Sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang Yang Baharu

Haslindalina Hashim Di Lantik Sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang Yang Baharu

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 334 hits
KUANTAN Bekas Ketua Wanita Cabang Paya Besar Haslindalina Hashim telah dilantik sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang yang baharu berkuatkuasa pada 1 September 2022 Difahamkan perlantikan tersebut telah mendapat restu daripada Majlis ...
Caruman Siling Gaji Baharu Dikuatkuasa Mulai 1 Sept Menurut Perkeso

Caruman Siling Gaji Baharu Dikuatkuasa Mulai 1 Sept Menurut Perkeso

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 247 hits
Perkeso berkata caruman terpakai bagi pekerja bergaji melebihi RM4 000 sebulan seperti dalam Akta 4 dan Akta 800 PETALING JAYA Pertubuhan Keselamatan Sosial akan menguatkuasakan siling gaji baharu bagi caruman daripada RM4 000 kepada RM5 00...
Rangsang Deria Pedas Anda Dengan Shin Stir Fry Ramyun Baharu Daripada Nongshim

Rangsang Deria Pedas Anda Dengan Shin Stir Fry Ramyun Baharu Daripada Nongshim

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 212 hits
Assalammualaikum semua Nongshim buat pertama kali perkenalkan mi segera tanpa sup sempena Ulang Tahun SHIN Ramyun ke 35 Mi segera atau ramyun Korea kegemaran orang ramai kini memperkenal produk baharu SHIN Stir Fry Ramyun dengan rasa pedas ...
Pru 15 Ph Tak Guna Logo Pkr Seperti 2018 Reka Bentuk Baharu

Pru 15 Ph Tak Guna Logo Pkr Seperti 2018 Reka Bentuk Baharu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 151 hits
agendaily com25 08 2022PH akan memperkenal satu reka bentuk baharu logo yang akan digunakan pada PRU 15 Pakatan Harapan hari ini mengumumkan gabungan itu akan menggunakan hanya satu logo untuk Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang Tetapi majl...
Kini Gabungan Kerjasama Baharu Antara Coca Cola Kfc Dan Pizza Hut

Kini Gabungan Kerjasama Baharu Antara Coca Cola Kfc Dan Pizza Hut

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 256 hits
Hai korang nii nak cerita nii Coca Cola Malaysia dan QSR Brands Holdings Bhd yang merupakan pemilik francais operasi KFC dan Pizza Hut kini mengumumkan kerjasama jangka masa panjang di Malaysia Tiga jenama besar dalam industri minuman dan r...
Covid 19 2 244 Kes Baharu Sembilan Kematian Dicatat

Covid 19 2 244 Kes Baharu Sembilan Kematian Dicatat

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 186 hits
Jangkitan kes baharu COVID 19 pada Sabtu menunjukkan sedikit penurunan kepada 2 244 kes berbanding 2 328 kes yang dicatat pada hari sebelumnya Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4 789 juta kes sejak pandemik melanda negara...
Mini Cooper Parade Kibaran Bendera Terbesar Dirakam Dengan Siri Vivo V25 Baharu

Mini Cooper Parade Kibaran Bendera Terbesar Dirakam Dengan Siri Vivo V25 Baharu

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 176 hits
vivo Malaysia menaja acara perarakan eksklusif MINI Cooper yang unik untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 65 dan membawa Joy of Humanity dengan siri vivo V25 serba baharu Dianjurkan oleh Aktiv Tuning Group sebuah syarikat Automo...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu